commercial break

26 May 2011

Kononnya nak menegur, tapi...

Assalamualaikum

Ehem, malam ini malam jumaat. Pelbagai kisah yang ada di malam jumaat kan? Tak perlu GR sebut, mesti sudah pelbagai yang terbayang mengenai malam jumaat, hehe. Tapi entri malam jumaat ini bukanlah untuk menceritakan semua itu.

Kalau boleh GR tak mahu bercerita mengenai perkara ini. Tetapi apabila melihat seolah-olah perbuatan ini menjadi satu trend dunia blog sekarang, jadi GR mengambil keputusan untuk mengulas sedikit mengenai perkara ini. Kalau kita lihat, ianya seakan-akan trend untuk penulis-penulis blog bercerita mengenai aurat wanita seperti yang hangat pada masa sekarang adalah legging

Ok, GR sebenarnya suka apabila melihat penulis-penulis blog ini melakukan sesuatu yang baik, iaitu menegur perbuatan yang salah. Biarlah kisah samada niat mereka itu benar-benar ikhlas atau sekadar ingn menarik perhatian itu di sebalik tabir. Allah sedia mengetahui akan semua itu. Tetapi apa yang GR kesalkan adalah perkara ini semakin menjadi-jadi dan ianya sudah berubah menjadi perkara yang buruk pula.

Lihatlah cara penulis-penulis ini ingin membuatkan pembaca untuk tertarik dengan entri mereka. Samada ianya melalui tajuk, ayat-ayat yang ditulis, malah ada yang meletakkan gambar-gambar yang tak sepatutnya. Kalau pada tajuk, semuanya mahukan tajuk yang hangat, sehinggakan ada yang kadangkala menyakitkan mata. Mengenai ayat-ayat pula, ada yang menyebut tempat-tempat sulit, mencaci untuk menegur. Adakah cara ini betul? Mungkin mereka rasa dengan menulis ayat-ayat seperti itu boleh menarik perhatian dan memberi teguran secara terus supaya mudah terasa, tapi cara mereka itu salah.

Gambar pula, ada yang menyelitkan gambar-gambar yang tidak elok untuk dijadikan contoh. Sedar atau tak, anda sendiri sudah mendedahkan aurat orang lain, malah turut dikira bersubahat. Kita mahu menegur mengenai aurat, tetapi kita pula yang menunjukkan aurat tersebut, walaupun itu bukan tubuh kita. Jadi hukumnya apa? Anda fikirlah sendiri.

Menegur itu satu perkara yang sangat baik, apabila ianya mematuhi syariat yang ditetapkan. Tetapi harus diingati, matlamat tidak menghalalkan cara. Tegurlah dengan cara yang sebetulnya. Mahu teguran itu pedas? Mahu teguran itu lebih berkesan? Percayalah, kekasaran bukanlah cara yang terbaik. Contoh termudah adalah Rasulullah sendiri. Pernah ke kita dengar cerita mengenai Rasulullah berkasar ketika menegur orang lain? Malah kelembutan Rasulullah itu sendiri yang menjadi daya penarik untuk orang-orang kafir memeluk islam. Walaupun kita tidak mungkin menjadi seperti Rasulullah, seharusnya kita cuba yang terbaik untuk mencontohi baginda.

Teguran ini adalah sebagai peringatan bersama, termasuklah untuk GR sendiri. GR juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan dosa. Andai ada yang tersilap dari pihak GR, tegurlah, InsyaAllah GR akan terima teguran anda.

Sekian sahaja, wassalam. Maaf jika ada kesilapan.

nota kaki kiri: maaf kepada pembaca yang bukan seorang penulis blog.

6 comments:

Fairuz Zainal said...

kadang2 gua takut. tak tau ajal maut datang menjemput bila. -__-"

Hans Hanis said...

saya sangat sokong entry nih
betul tu
nak menegur biarlah antara kita dan orang yang ditegur itu jer tahu
kalau boleh tegur dengan baik
dan jangan malukan dia depan ramai orang secara luar mahu pun di alam maya nih
nice entry

Review Filem Karak Disini

Blog User said...

Sama-sama kita jadi orang yang baik :)

Fahmi Jaafar said...

saya setuju 1oo%.. tp kengkadang manusia ni kalo tunjuk yg elok2 je dorang kurang nk layan. grrrr

Unknown said...

setuju dengan GR... penulisan GR semakin hari semakin berisi dan berani...thumbs up...

masalah penulis yang maki hamun dan carut marut... mungkin dia berilmu tapi dia kurg berakhlak.

GR said...

fairuz: samalah, takut jugak :(

hans: ya, menegur pun ada caranya juga. terima kasih :)

rafidah: sama-samalah kita :)

peep: yang penting kita sudah sampaikan teguran kita kepada mereka :)

zulfikar: terima kasih, anda salah seorang inspirasi GR. ya, mereka tidak berfikir sebelum melakukannya :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails