Assalamualaikum w.b.t.
GR menang!! Alhamdulillah, kali pertama menyertai dan sudah merasa kemenangan. Rezeki dari tuhan nampaknya, hehe. Ok, sebenarnya GR saja nak berkongsi sedikit mengenai aktiviti GR semalam. GR telah menyertai pertandingan memancing di Tasik Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan memancing ni diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan hadiahnya pun tidaklah lumayan sangat seperti GP Joran yang berlangsung setiap tahun, hehe.
sumber google |
Punyalah semangat GR pagi semalam, memandangkan pertandingan bermula 8.30 pagi dan waktu pendaftaran adalah dari 7 - 8 pagi, jadi pukul 6 pagi lagi GR dah bangun. Bangun dalam keadaan segar pulak tu. Sebenarnya tak ada pengalaman menyertai mana-mana pertandingan memancing, jadi agak teruja semalam, hehe. GR masuk pun sebab yuran penyertaan yang murah. Kalau GP Joran tu yuran sampai RM80 dan ke atas, memang tak masuklah.
Jadi, disebabkan keterujaan itu, dengan penuh semangatnya GR mendaftar di pertandingan ni. Kawan-kawan tak ada yang ikut, bawa adik-adik sepupu pun jadilah, hehe.
kawasan memancing pertama |
Pada awalnya, pertandingan agak rancak apabila 5 minit bermulanya pertandingan, sudah ada orang menaikkan keli seberat 750 gram. Orang tersebut secara automatiknya memenangi kategori tangkapan terpantas. Dahlah dapat ikan terpantas, ikan tu pula agak besar. seperti yang GR katakan tadi, pada awal pertandingan agak rancak. Dalam masa sejam awal pertandingan kelihatan peserta-peserta lain berjaya menaikkan ikan-ikan mereka. GR hanya mampu memandang dalam keadaan sabar, haha.
Setelah sejam awal pertandingan itu berlalu, suasana mula berubah menjadi sunyi dan membosankan. Tangkapan hanya beberapa ekor sahaja. Tak ramai yang menaikkan ikan, tidak seperti pada awal-awal pertandingan tadi. Masa ni GR sudah mula rasa teramat bosan kerana bukan sahaja tak dapat ikan, malahan umpan tak berusik langsung. Kelihatan peserta-peserta di kawasan sekeliling GR juga mengalami perasaan yang sama.
"Aku rasa ikan dalam tasik ni buta, tak nampak umpan" kedengaran suara salah seorang peserta.
GR hanya mampu tergelak. Biasalah memancing kan, perlukan kesabaran. Lebih kurang sejam 15 minit sebelum pertandingan tamat, iaitu pukul 10.45, kami membuat keputusan untuk menukar tempat. Salah sebuah tempat yang lebih sunyi, namun luas, menjadi pilihan. GR memilih untuk duduk di atas pangkin, kerana sudah mula malas, hehe.
Hasilnya tetap sama, umpan masih juga tidak diusik. Masing-masing dah bosan tahap maksimum. GR sempat lagi tidur selama 20 minit, haha. 15 minit sebelum pertandingan tamat, kami terlihat kelibat anak-anak ikan haruan. Hah, apa lagi, ibu haruan menjadi buruan. Ya lah, di mana ada anak-anak ikan haruan, di situ akan ada ibunya.
Setelah mencuba berkali-kali, adik sepupu GR masih tak berjaya. Melihat keadaan itu, GR pula mencuba nasib.
"Zapp!!" tangkapan terkena.
"Dik, lari dik, cepat-cepat, sempat lagi ni" kedengaran suara pakcik yang di kawasan berhampiran menjerit.
GR berlari sekuat hati, nak ambil gambar ikan pun tak sempat, haha. Mana taknya, masa hanya tinggal 5 minit saja lagi. GR adalah peserta terakhir yang mendapat ikan. Betul-betul tangkapan terakhir, di minit-minit akhir. Tangkapannya, ikan haruan seberat 300 gram. Walaupun kecil, membawa tuah tau. GR mendapat tempat ketujuh dan menerima hadiah wang tunai. Taklah banyak mana pun. Nak tau berapa?
masa atas pentas, tapi selepas ambil hadiah pulak |
inilah hadiahnya, hehe. tak mahal mana pun |
Hah, dah tau kan hadiahnya, hehe. Taklah mahal mana, tapi amat bermakna bagi GR. Pengajaran yang GR dapat kali ni adalah, rezeki tu boleh datang dalam apa cara sekalipun. Apa yang penting, cara kita menerima rezeki tu, samada bersyukur ataupun tidak. Yang paling penting, kita mendapatkannya dengan cara yang halal. Itu sudah cukup.
Apa yang bermakna sangat bagi hadiah ini adalah, ianya adalah hadiah pertama GR dalam pertandingan memancing malah baru kali pertama menyertai pertandingan memancing. Keduanya, GR memang perlukan duit, untuk perbelanjaan semasa praktikal, jadi duit ini boleh dijadikan duit untuk menampung perbelanjaan seharian, hehe. Syukur Alhamdulillah.
Sekian sahaja untuk kali ni, sekadar berkongsi cerita. Nak baca atau tak, terpulang kepada anda. Tapi kalau dah baca peringatan ni bermakna dah baca sampai habislah kot, haha. Wassalam.
nota kaki kiri: bila dah menang sekali, rasa nak masuk pertandingan lagi. agaknya inilah yang membuatkan kaki pancing tergila-gila nak masuk pertandingan.
7 comments:
tahniah! jika rezeki tidak ke mana:)
thniah weh..
apapun tahniah. kemenangan pertama tu pembakar semangat.. walau bukan yg paling baik tp antara yg terbaik
TERKINI : CIKGU SHIDA SEMUA ADA, KAU APA ADA?
TERKINI : LAWATAN BERHANTU
TERKINI : CERITA ATAS KATIL DI MALAM HARI
tahniah
wah..lepas ni bole join GP joran pulak..
hohohoh..
tahniah.. :)
tak mahal?? err
deqlis: terima kasih, betul tu, semua rezeki.
SR: terima kasih.
lekat-lekit: tu lah, semangat terbakar dah ni, haha. termia kasih.
sekeping hati: terima kasih
misssenget: GP joran mahal sangat yuran masuknya, huhu.
macy: tak semahal hadiah pertandingan lain, huhu
Post a Comment