Assalamualaikum.
Dah 2 hari blog ini tidak berisi dengan entri baru, ada orang yang ternanti-nanti ke entri dari blog ni? Huhuhu. Sejak masalah blogger 2 hari lepas, GR rasa malas nak menaip entri baru. Jadi GR ambil kesempatan atas masalah itu untuk rehat seketika, hehe. Jadi, apa khabar anda semua? Hari ini dah Ahad, esok dah kembali bekerja kan. Rehat sehabisnya hari ini, hehe.
Anda pernah tak melakukan perkara yang anda rasa anda pernah lakukan (apa punya ayat ni). Macam ni, contohnya:
Zaki pergi ke kedai membeli barang. Dalam kesibukan membeli barang itu, tiba-tiba dia terjumpa kawan lamanya dan berbual mesra. Usai perbualan itu, sedang dia berlalu pergi, tiba-tiba,
"Eh, aku rasa macam dah pernah jadi apa yang aku buat tadi. Macam dah berulang" Zaki tersentak.
Hah, pernah tak anda mengalami situasi sebegini? Nak kata semua orang pernah mengalaminya, GR pun tak tahulah. Tetapi yang pasti dah berkali-kali GR mengalami perkara sebegitu. Fenomena ini dinamakan sebagai deja vu. Daripada hasil carian google, berdasarkan wikipedia, deja vu bermaksud:
'the experience of feeling sure that one has already witnessed or experienced a current situation, even though the exact circumstances of the previous encounter are uncertain and were perhaps imagined'
sumber google |
Maksud di atas adalah, pengalaman merasakan bahawa sesuatu perkara yang sedang dialami itu pernah dialami sebelum ini, walaupun sebenarnya ianya adalah tidak pasti bahawa perkara tersebut pernah berlaku sebelum ini.
Bukan sekali dua GR mengalami deja vu ni, dah berkali-kali dah pun. Masa terfikir tu, mesti yakin sangat kan bahawa perkara itu pernah berlaku dulu. Tapi biasanya, GR rasa seperti semua tu pernah berlaku dalam mimpi, huhu. Anda semua pernah mengalami perkara yang sama? Mungkin majoritinya pernah mengalami kot.
Hah, mesti anda tertanya-tanya mengenai punca sebenar perkara ini berlaku bukan? Penjelasan dia sebenarnya agak panjang dan GR perlu untuk menterjemahkan maksudnya. Jadi, apa kata GR beri pautan sahaja, hehe. Jika berminat, anda boleh baca di :
Kalau malas nak klik, boleh cari di google sahaja, hehe. Tapi maklumat tak banyak, mungkin perlu mencari buku yang berkaitan. Kebanyakan yang ada di awal carian tu berkaitan dengan filem dan lain-lain lagi. Ataupun mungkin ada pembaca yang mahu menerangkan puncanya di ruangan komen? Haha, mesti panjang kalau buat macam tu.
Ok lah, GR dah melalut ni, hehe. Sekian sahaja untuk entri hujung minggu ini. Selamat kembali bekerja esok hari, hehe. Tapi hari selasa nanti cuti balik kan. Ok, wassalam.
nota kaki kiri: tak pernah tengok pun filem Deja Vu tu. Seronok ke?
8 comments:
ya.. dejavu.. kte pun penah mcm tu byk kali.. xtau la mcm mna bende mcm ni berlaku.. kalo pk lme2, penin diwat nye..
selalu rasa cam ni...hehehe
pernah pernah !!
hehe eksaited :P
selalu jugak rasa camtuh huhu
follow here. nice entry :)
pernah pernah hehe
sy penah gak terjadi mcm ni au...tapi mase g jalan kat suatu tempat..n then tersa cm tempat 2 penah pg je..
btw nice entri la...:P
misz myza: hehe, jangan fikirlah senang, baru tak pening.
hizaki: ok, maknanya anda normal :P
j. syazwana: wah, teruja dengan deja vu ke? hehe, terima kasih :)
cik zetty: ya, memang pernah :P
zora: kan, sama je. cuma selalunya GR berkaitan dengan perbualan, hehe. terima kasih :)
ustaz ade ckp..yg tu trjadi bila roh kita bjlan time kite tdo..ade byk lg explanation..dah lupe..hik3..=P
cik bulan: ada sesuatu yang kita tak tahu :)
Post a Comment