commercial break

16 May 2011

Kemalangan dan Kejadian Kejam di Sekolah

Assalamualaikum w.b.t.
Esok hari cuti umum, sempena Hari Wesak. Apa aktiviti anda esok ya? Esok GR nak menyertai pertandingan memancing, harap-harap ada rezeki esok, hehe.

GR baru pulang dari membeli peralatan memancing yang belum lengkap. Dalam perjalanan tadi ternampak kejadian kemalangan melibatkan motorsikal. Ya Allah, ngeri bila tengok mangsa menggelupur. Rasa kasihan bila tengok dia macam tu. Macam mana agaknya kalau kita yang terlibat dalam kemalangan ya? GR dulu pernah mengalami kemalangan sebanyak dua kali. Tapi bukanlah kemalangan parah. 

Kali pertama, GR dilanggar sebuah van semasa menunggang basikal. Waktu tu masa darjah 4 kalau tak silap, tahun 1998. Nasib baik basikal saja yang teruk, kaki GR cuma bengkak sahaja, walhal kena langgar van tu, huhu. Kali kedua pula semasa sekolah menengah, tak ingat tahun bila. Kemalangan sekeluarga semasa menaiki kereta. Kami tak apa-apa, cuma mangsa yang dilanggar tu patah kaki. Tak mahu lagi mengalami kemalangan, harap-harap dijauhkan.

sumber google

Hah, hari ini 16 Mei, hari guru kan? Jadi sempena hari guru ni GR teringat pula peristiwa semasa sekolah dulu. GR namakan peristiwa ni sebagai peristiwa kejam, hehe. Nak tau kenapa? Baca cerita GR dulu eh.

Waktu tu, baru seminggu GR memasuki Sekolah Teknik Melaka Tengah. Selepas selesai seminggu menjalani orientasi, tiba masa untuk mulakan kelas pula. Jadi macam biasalah, setiap minggu kita ada rutin perhimpunan. Semasa perhimpunan tu rutinnya macam biasalah, ada ucapan alu-aluan cikgu dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, semasa perhimpunan sudah selesai, cikgu disiplin pada waktu itu membuat pengumuman.

"Semua pelajar jangan keluar dulu! Hari ni kita nak rotan semua pelajar tingkatan 5. Pelajar tingkatan 4 kali ni kita lepaskan, sebab kamu semua baru lagi dalam sekolah ni. Jadi, hari ini kita nak tunjukkan pengajaran kepada kamu semua. Lain kali jangan bising-bising semasa perhimpunan" cikgu bersuara tegas.

Hah, apa lagi. Masa tu tengok cikgu-cikgu yang ditugaskan merotan semua dah siap sedia memanaskan badan, meregangkan tangan. Punyalah semangat cikgu-cikgu ni, semua muka teruja nak merotan pelajar. Dah lah jadi sejarah, semua pelajar tingkatan 5 kena rotan. Sebelum tu GR tak pernah dengar hukuman macam tu.
Selang beberapa minggu, kalau tak silaplah, semua pelajar pula yang kena rotan. Kali ni, tak ada yang terlepas, dengan pengawas-pengawas sekali kena.

Hah, kejam tak? Inilah suasananya kalau belajar di sekolah teknik dan vokasional. Cikgu-cikgunya lebih tegas berbanding sekolah harian biasa. Mungkin sebab suasana dan sikap pelajar di sekolah ini lebih kasar berbanding sekolah harian biasa.

Kalau hukuman yang kami semua terima tak cukup nak diceritakan dalam satu entri. Mungkin berpuluh-puluh entri agaknya, baru habis. Sebab terlampau banyak peristiwa dan kejadiannya. Mungkin GR akan cerita sedikit selepas ini. Kalau berminat bolehlah tunggu, hehe.

Ok lah, sempena hari guru ini GR ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru terutamanya yang pernah mengajar GR dahulu. Senarai cikgu-cikgu yang GR tak boleh lupakan:

Cikgu Hau Kim Chai (Matematik Tambahan)
Cikgu Tan Lang Seng (Lukisan Kejuruteraan)
Cikgu Omar (Bahasa Melayu)
Cikgu Ho Peng Hee (Kimia)
Cikgu Yunus (Bahasa Melayu -Sek. Rendah)
Cikgu Samad (Warden Asrama-Ting. 1-3)
Cikgu Azlan (Warden Asrama Ting 4-5)
Cikgu Hamdan (Warden Asrama Ting 4-5)
Cikgu Mohamad (Cikgu Disiplin- Ting 4-5)
Cikgu Maimah (Cikgu Muzik -Sek Rendah)
Cikgu Norizan J (Cikgu Muzik & Bola Baling -Sek. Rendah)
Cikgu Norizan I.B (Cikgu Bahasa Inggeris - Sek. Rendah)
Cikgu Mat Noor (Cikgu Matematik-Sek Rendah)

Sebenarnya nak senaraikan ramai lagi, tapi panjang pula nanti, haha. Kepada cikgu-cikgu semua, samada yang tersenarai atau tak, terima kasih tidak terhingga kerana atas tunjuk ajar anda kepada anak murid anda yang sangat degil ini. Segala ketukan, tamparan, sebatan, bebelan, cubitan dan pesanan cikgu tetap saya kenang. Saya berterima kasih kepada cikgu-cikgu semua kerana jasa cikgu dalam mengajar anak-anak murid cikgu, dan membentuk kami menjadi insan yang berguna. Kalau ada yang jadi tak berguna itu, bukan salah cikgu tau! Hahaha.

Terima kasih yang tidak terhingga ini ditujukan khas kepada semua cikgu-cikgu dari Sekolah Kebangsaan Pulai (1995-2000), Sekolah Rendah Agama Pulai (1997-200), Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub (2001-2004), dan Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah (2004-2005). Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dari UiTM Arau (2006-2009) dan UiTM Shah Alam (2009-Sekarang). Anda semua juga adalah guru kami.

sumber google

Semoga cikgu berbahagia dan dalam keadaan dirahmati selalu. Jasa cikgu-cikgu semua tak akan terbalas oleh kami. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Semoga semuanya sejahtera selalu. Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: kadang-kadang terfikir nak jadi cikgu

2 comments:

@cik_ezati said...

awak ritu pun nyaris2 nak excident kan, lain kali hati-hati, biar lambat asalkan selamat *aku membebel ke ape nie :p*

p/s: wahh cikgu, kalau rezeki anda ke arah cikgu, cikgu fitri hahah :))

Anonymous said...

rindu bljar di sek mngh teknik mlka tgh. lgi2 rindu dkt cikgu hau kim chai sbb selalu kna rotan dgn dia . . terima kasih cikgu
#BatchMelttec2009/2010

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails