commercial break

19 May 2011

M.A.T.I

Assalamualaikum.

sumber google

Bicara tentang kematian bukan satu perkara yang menyenangkan. Tapi bicara itu perlu diteruskan, kerana kematian bukan kejadian istimewa, tapi sebuah kebenaran. 

Kematian bukan datang dipinta. Kematian datang tanpa disangka. Bila-bila masa dia boleh menjengah ke ruang kehidupan. Pernah kau terfikir bagaimana kematian akan datang bertemu kau? Adakah dia akan memaklumkan kepada kau akan kehadirannya terlebih dahulu, atau adakah dia akan secara tiba-tiba mengetuk tubuh kau?

Pernah kau terfikir, bagaimana saat kematian itu akan berbual dengan kau? Adakah dia akan berbual dengan cara yang baik dengan kau, atau adakah perbualan kamu berdua akan menjadi perdebatan hangat seperti pergaduhan? Adakah kau akan mati dengan lafaz syahadah, atau kau akan mati sambil terbuka mata. 

Pernah tak kau fikir mengenai semua ini? Pernah tak sekali kau fikir bahawa dunia ini bukan kekal abadi. 

Aku risau, gusar, gentar, takut, bila memikirkan mengenai kematian. Aku tidak punya bekal yang mencukupi untuk melawan kematian. Aku tidak punya amal yang banyak untuk menemanku berjumpa kematian. Ya Allah, ampunilah dosaku, keluargaku, rakan-rakanku, serta semua umat islam, agar kami tidak gusar bertemu kematian kelak. Agar kematian kami bukan kematian yang engkau hinakan.


sumber google

nota kaki kiri: takziah buat keluarga salah seorang rakan blogger yang baru meninggal dunia. Al-Fatihah.


4 comments:

Syafiq Rosli said...

kadang aku boleh menangis bila mmp pasal kematian..

Anonymous said...

buat telordibasuh.. alfatihah

cik azeya said...

huu kenape semua orang cite pasal mati. aku takot. bile mase aku pulak?

:(

GR said...

cik azeya: marilah kita sama-sama menyediakan diri :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails