Assalamualaikum.
Dua tiga hari ni kebanyakan blog mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu masing-masing. Tapi tahu tak, dalam semua orang sibuk untuk menyambut hari ibu ni, sebenarnya hari ibu ini tak ada faedah langsung, KALAU:
1. Anak-anak hanya menyambut hari ibu, memberi hadiah itu dan ini sebagai tanda penghargaan kepada ibu mereka pada hari ibu, tapi langsung tak tahu bila tarikh lahir ibu sendiri.
2. Anak-anak berkelakuan baik pada hari ibu, untuk menunjukkan kasih sayang mereka pada ibu mereka, sedangkan pada hari lain, ibu tak dilayan dengan baik pun.
3. Mengucapkan selamat hari ibu dengan ucapan sedih bagai, tetapi hakikatnya, kata ibu selalu dilawan, arahan ibu selalu diabaikan.
4. Kalau pada hari-hari lain, nak telefon ibu punyalah susah, berkira dengan kredit telefon tu, walhal kalau telefon kekasih tak kisah pula, kadang-kadang telefon kekasih sehari lebih dari 10 kali, telefon ibu seminggu sekali belum tentu, apa guna nak sambut hari ibu?
5. Bagi yang duduk jauh dari kampung tu, kalau nak balik jenguk keluarga kat kampung punyalah susah, kadang-kadang nak tunggu ibu atau bapa minta balik, barulah nak balik. Tapi kalau kekasih hati tu duduk di negeri yang sama, diajaknya balik, langsung tak ada halangan. WTH?
6. Kalau ibu ajak teman keluar beli barang, muka masam mencuka saja, kadang-kadang tu mengelak tak mahu keluar, diberi alasan itu dan ini, kononnya malu nak bawa ibu, dah besarlah katakan. Tapi kalau kekasih hati ajak keluar, baru ajak 5 minit lepas, dah siap dengan baju cantik-cantik, terus setuju.
7. Tu, ibu tinggal seorang di rumah, sedangkan anak-anak sibuk nak melepak dengan kawan-kawan, langsung tak terfikir nak teman ibu di rumah. Tak pernah terfikir ke, ibu ni sunyi kat rumah ke, penat lelah seorang kat rumah, tak pernah terfikir??
8. Sibuk ucap hari ibu, tetapi hidup ni asyik ingat kat ibu saja, ayah tak mahu ingat ke?
Ingatlah anak-anak sekalian, pengertian hari ibu ni bukan sekadar pada ucapan semata-mata, tapi bagaimana cara kita melayan ibu bapa kita, bagaimana cara kita mengingati mereka, bagaimana cara kita berbakti kepada mereka. Ibu bapa langsung tidak mengharapkan agar anak-anak mereka jadi orang yang berjaya dengan niat untuk menyenangkan hidup mereka kelak, tetapi dalam fikiran mereka hanya impian agar kita berjaya dan hidup bahagia. Tidak terfikir pun bagi mereka untuk mengharapkan balasan daripada anak-anak mereka.
Tapi, entri ini bukanlah hendak menentang anda semua dari meraikan hari ibu, tidak sama sekali. Cuma apa yang dipinta adalah agar bukan hanya pada hari ibu sahaja kita berkelakuan baik, kita menelefon ibu bertanya khabar, tetapi setiap hari kita seharusnya berkhidmat kepada mereka.
Akhir kata, kalau ada yang terasa dengan entri ni, baguslah kerana anda masih punya perasaan. Jika ada yang bersikap seperti yang dinyatakan, ubahlah sikap anda. Walau anda hidup lama dengan kemewahan dan kejayaan sekalipun, anda hanya punyai sepasang ibu bapa kandung. Jangan anda menyesal apabila terlambat kelak, tak ada gunanya. Bagi mereka yang ibu bapanya sudah kembali ke rahmatullah, doakanlah supaya mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Sekian sahaja, wassalam.
nota kaki kiri: nak jadi anak yang tak lupakan tanggungjawabnya kepada ibu bapa, tapi fitrah manusia untuk selalu lalai dan terlupa. :'(
5 comments:
berpade la kalo buat sesuatu tu. pikir2 ap yang paling utame sebenarnye. =)
betoi2..perkara y sepatutnya kita tahu pasal ibu kita banyak lupakan..
y pentingnya kita ad tanggungjawab y besar ke atas ibu kita...
nice entry...
but selamat ari ibu...
;)
silah: ya, 10 markah untuk silah, hehehe
ain: ya, apa yang penting tanggungjawab sebagai seorang anak itu yang kita laksanakan dahulu, bukannya berebut nak meraikan.
fyna: terima kasih :)
hari ibu tu sebenarnya untuk meraikan siti mariam yang melahirkan nabi isa dan ia dipanggil sebagai the mothers god day..
awk, iklan nuff mengganggu bacaan
Post a Comment