Assalamualaikum.
Alhamdulillah, GR kini sudah selesai menjalani peperiksaan untuk semester ini. Bagaimana rasanya? Err, biarlah keputusan yang keluar nanti menentukannya, hehe. Selesai berusaha, kenalah bertawakal pula kan? Tak bolehlah kalau nak menaruh harapan terlampau tinggi. Yang penting GR dah cuba untuk lakukan yang terbaik. Ok, kali ini GR nak tunjuk satu video yang menyentuh hati GR. Maksud menyentuh hati di sini adalah GR tak sangka bahawa perkara ini berlaku di sebalik lambakan produk makanan di dunia ini. Sebelum GR mengulas mengenai video ini, sila tonton dahulu ya.
Kredit kepada EmanHalia sebab menyebarkan video ni.
Dah selesai tonton video tu? Agak-agaknya apa perasaan anda semua? Ada tak rasa sedih, marah, geram, lapar, eh lapar? Entah-entah ada yang rasa tak mahu makan daging sudah lepas ni agaknya. Pertama kali GR tonton video tu, hampir-hampir GR menangis (serius tak tipu!) apabila mengenangkan betapa kejinya sifat manusia yang melakukan perkara sebegini.
Hilang sudah ke rasa perikemanusiaan mereka? Di mana letaknya akal dan fikiran mereka? Jangan kata itu ajaran agama mereka, kerana setahu GR tiada agama di dunia ini yang mengizinkan keganasan terhadap makhluk lain. Kerana terlampau mengejar kemewahan dan keuntungan dalam menghasilkan salah satu keperluan utama manusia, mereka terlupa akan hak makhluk-makhluk tersebut. Ya, mereka bukannya seperti kita, mampu untuk berkata-kata dalam meluahkan perasaan mereka, tetapi mereka juga sama seperti kita, punya deria rasa yang sama. Jadi, mengapa tidak kita melayan mereka dengan lebih berperikemanusiaan.
GR harap, dengan pendedahan video ini, ada tindakan yang telah diambil kepada pihak yang terlibat dalam mengamalkan perkara sebegini. Harap-harapnya semua pihak yang melakukan perbuatan sebegini akan berjaya dikesan, kerana GR percaya masih banyak lagi yang belum dibongkarkan. Harapnya, tiada aktiviti seperti ini di negara kita, amin. Sekian sahaja entri pendek untuk malam ni. Wassalam.
nota kaki kiri: video ni dah tersebar dah pun, tapi GR masih tetap mahu menyebarkannya. anda semua mungkin juga boleh melakukan perkara yang sama?
3 comments:
sedihnye..
if binatang tu haram utk kite org islam pon..
tapi xkan lah "dia" tega2 nye buat macam tu..
xd hati n perasaan betul..
=)
Errr, seriously tak sanggup nak tengok video nie. Baru tengok sikit. Errr :| Dunia dunia.
manusia sekarang sudah kembali ke zaman jahiliah semula. :(
Post a Comment