commercial break

28 May 2011

Untuk awak, bakal isteri saya

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni GR nak sampaikan pesanan kepada bakal isteri GR. Tetapi pesanan ini boleh dibaca oleh semua orang kerana ianya bukan pesanan peribadi. Hehehe. Jadi buat bakal isteri yang datang dari rusuk kiriku, pesanan ini untuk awak.

1. Awak, saya tak tahu siapa awak, bila saya akan jumpa awak, di mana akan saya jumpa awak. Walaupun mungkin sekarang kita dah pernah berjumpa, tapi saya tetap tak tahu siapa awak. Jadi, apa yang saya ingin dari awak, supaya awak terima saya seadanya, sebagaimana saya akan cuba untuk menerima awak seadanya.

2. Awak, saya bukan seorang yang baik, bukan seorang yang mampu untuk membimbing semua orang. Tapi saya mahu awak tahu, saya ingin menjadi pembimbing awak, saya ingin mengimamkan solat awak, saya ingin menegur awak jika awak melakukan kesalahan di mata saya dan saya juga ingin awak menegur saya sekiranya ada yang silap dari saya di mata awak.

3. Awak, sebagaimana saya ingin awak menerima saya, saya juga ingin awak menerima keluarga saya. Awak tentu tahu, tanggungjawab anak lelaki berbeza dengan tanggungjawab anak perempuan terhadap keluarganya. Jadi awak, sekiranya awak mencintai saya kelak, saya ingin juga awak mencintai keluarga saya. Saya juga akan cuba mencintai keluarga awak, sebagaimana sepatutnya saya lakukan,

4. Awak, impian saya adalah, setiap kali saya pulang bekerja, saya ingin disambut dengan senyuman manis dari awak agar hilang segala resah dan kepenatan ketika saya bekerja. Jadi awak, jika boleh saya tak mahu awak bekerja, saya akan cuba untuk menyara awak selagi mana saya mampu. Saya ingin makan dan minum dari air tangan awak sendiri

5. Awak, sekiranya kita dikurniakan anak kelak, saya mahu awak dan saya bersama-sama menjadi pendidik kepada anak kita. Saya tak mahu salah seorang daripada kita sahaja yang akan bertungkus-lumus memantau anak-anak kita. Seeloknya, saya ingin menjadi seorang bapa dan guru untuk anak-anak saya, sementara awak jadilah guru ketiadaan saya di rumah.

6. Awak, saya tak tahu samada saya sempat jumpa awak atau tidak. Andai kata saya tak berkesempatan untuk bertemu awak, saya ingin memberitahu bahawa inilah impian saya terhadap awak, sekian terima kasih, kepada awak, yang tidak saya kenali buat masa sekarang.


4 comments:

K said...

wah, kata-kata yang ikhlas dari hati =)

semoga ianya tercapai :D

insyaAllah

Afifi said...

wah... bgs dh merancg ni.. bese la dah de awek mmg kena rncg sume ni.. cpt2 la kawin ye.. hahaha...

GR said...

anon: ;)

sergeant: amin. terima kasih :)

fifi: baca betul-betul yang pertama tu. hehehe

Sya_Merpati Putih 88 said...

wah..sweet nye..semoga segala impian awak nie akan menjadi kenyataan ye...(^____^)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails