Assalamualaikum w.b.t.
Hai, selamat malam kepada anda yang membaca entri ini. Tapi ini khusus untuk yang baca sewaktu GR baru siap siarkan entri ini. Kalau yang baca waktu lain tu, selamat waktu lainlah, hehehe. Ok, hari ni GR kurang sihat sikit sebenarnya. Rasanya sebab banyak minum minuman sejuk agaknya. Lagipun sekarang ni GR berada di pejabat waktu siang, duduk dalam bilik berpenghawa dingin, sejuk sangat. Bila keluar rehat atau balik pula, cuaca kat luar terlampau panas. Tu yang sampai rasa nak demam tu.
Anda semua perasan kan, sekarang ni cuaca di Malaysia panas sangat. Eh, seluruh Malaysia ke? Tak pasti pula, hehe. Tapi di Melaka ni cuaca panas terik setiap hari. Agak-agak anda semualah, kenapa perkara ni terjadi? Tak tahulah kalau-kalau hari ini atau dalam minggu ni ada keluar berita untuk penjelasan tentang masalah cuaca ni, sebab GR memang jarang tengok berita sebenarnnya, huhuhu. Ok, GR nak kongsikan masalah alam sekitar yang kalau dilihat ada perkaitan dengan masalah perubahan cuaca atau lebih selalu disebut dengan climate change.
Climate change berkaitan dengan masalah pemanasan global yang hangat diperkatakan sekarang ini, di mana ianya mengenai masalah peningkatan suhu bumi sejak akhir-akhir ini. Agak-agaknyalah, apa punca pemanasan global ni? Ada sesiapa yang tahu? Ok, masa dah tamat, biar GR beri jawapan, hehe. Punca utama pemanasan global adalah daripada masalah kesan rumah hijau (greenhouse effect). Apa itu kesan rumah hijau?
sumber google |
sumber google |
Bagaimana gas karbon dioksida terhasil dengan banyak? Masalah-masalah seperti pembakaran sampah secara terbuka dan asap kenderaan serta rokok merupakan antara punca penghasilan utama gas karbon dioksida. Keadaan menjadi lebih teruk apabila masalah penebangan hutan berlaku secara berleluasa menyebabkan penghasilan karbon dioksida menjadi tidak terkawal malah, penghasilan gas oksigen juga semakin berkurangan.
abaikan lukisan yang terlampau buruk itu, haha |
Nampak tak perkaitannya di situ? Jadi, langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida ini adalah dengan kurangkan penggunaan kenderaan, hentikan pembakaran terbuka dan juga amalkan kitar semula. Sebab itu kerajaan menggalakkan penggunaan kenderaan awam, selain dari untuk mengurangkan kesesakan lalulintas, ianya juga bertujuan untuk mengurangkan kadar pencemaran udara dengan mengurangkan kadar penggunaan kenderaan di jalanraya. Tapi rasanya sistem pengangkutan awam di negara kita belum cukup efektif lagi bukan?
Jadi di sini, GR bukan saja berpesan untuk anda semua, malah GR juga berpesan pada diri sendiri. Untuk kurangkan penggunaan kenderaan, bermakna kurangkan aktiviti bersiar-siar anda, dan utamakan untuk berada di rumah, hehe. Itu GR amalkan dalam kehidupan seharian GR. Bukan saja memberi kesan yang baik kepada bumi, malah kepada keluarga juga bukan?
Kesan pemanasan global ini akan bertambah teruk lagi saban hari, malahan sehingga mungkin akan menjejaskan generasi akan datang nanti? Fikirlah demi kebaikan anak-anak yang bakal menemui dunia di masa akan datang. Sekian saja, pesanan ikhlas dari GR. Wassalam.
nota kaki kiri: nak selamatkan bumi kita bukan mudah tau.
*entri ini dimampatkan untuk memendekkan kandungan. jika mahu diceritakan secara mendalam, akan mengambil masa yang panjang. =)
3 comments:
hoho.. memang panas sgt2 skng ni.. tak tahan.. tp takleh la kalau tak naik kenderaan sendiri.. kalau naik kenderaan awam.. pehh.. penuh warga2 asing.. tak menahan nk bau..-__-"
tp time keje jela naik kenderaan sendiri.. time cuti, duduk umah jek.. ok kan.. huhu..
ouhh baru tau, patutlaa ramai yang bising2 kat twitter "panas, panas" tapi sye xtau pun cuaca kat luar sekarang nie tengah panas terik, mungkin sebab sekarang nie cuti sem, sye hanya duduk kat rumah diam-diam kot :p
nieza: kalau tak mahu naik kenderaan awam, boleh berkongsi dengan rakan sekerja, hehehe.
cik zetty: rumah awak rumah iglu ke? hahaha
Post a Comment