Assalamualaikum.
Hai hai, kita bertemu lagi, alhamdulillah umur masih ada. Masih ada ruang untuk memperbetulkan diri ini yang sentiasa tidak lekang dari melakukan kesalahan. Apa khabar anda semua? Semoga hari-hari anda masih baik, dan bertambah baik seterusnya. Terkejut dengan tajuk entri kali ini? Ya, entri ini berkaitan dengan kawan. Kenapa perkataan bodoh? Sila baca sehingga habis ya, hehe.
Setiap dari kita ada kawan kan, tak kiralah kawan dari kecil, sekolah mahupun di ipt. Kadang-kadang kawan tu kita boleh dapat dengan pelbagai cara, tepi jalan, malah kadang-kadang terlibat dalam kemalangan pun boleh membuatkan kita bertemu dengan sahabat baru.
"Berkawan tu biar betul, jangan salah pilih kawan, nanti rosak"
Pernah tak anda dengar ayat seperti di atas? Mesti selalu kan, kalau tak selalu pun masa kecil dulu mesti pernah dengar, hehe. Apa yang ingin GR fokuskan hari ini adalah mengenai sikap kita ketika berkawan. Mesti ada di antara anda yang mengalami situasi di mana kawan anda mengalami perubahan sikap selepas dia berhijrah ke suasana yang lain. Apa yang GR maksudkan adalah samada kawan anda itu melanjutkan pelajaran,bekerja, ataupun berpindah ke tempat lain.
Kadang-kadang ada di antara kawan-kawan yang berubah sama sekali, tidak mahu lagi bergaul, kadang-kadang tegur pun tak mahu. Ada sesetengah orang juga merasakan diri dia lebih baik dari orang lain dan tak mahu lagi bergaul dengan sesetengah orang yang selama ini menjadi kawan mereka. Mungkin pada pandangan mereka, tidak sesuai lagi untuk bergaul dengan kawan-kawan yang ketinggalan (ketinggalan dari pandangan mereka).
Ya lah, mungkin ada di antara kawan-kawan kita yang tidak melanjutkan pelajaran lagi, atau apabila sudah berpindah ke bandar, kawan-kawan di kampung sudah tidak di pandang lagi. Sebab itu, seperti dalam tajuk entri ini, "kau bodoh, tak boleh kawan dengan aku lagi".
Mungkin ada yang merasakan diri mereka sudah jadi berbeza apabila berjaya melanjutkan pelajaran, atau apabila sudah mendapat pekerjaan yang bagus. Tetapi seharusnya mereka sedar, mereka ini mungkin pandai dari segi yang lain, dan semestinya ada perkara yang kita tidak pandai dan terdapat orang lain yang lebih mahir daripada kita sendiri.
Sebagai contoh ya, GR tidak mahir mengenai bab-bab enjin, tetapi kawan-kawan GR mahir mengenai enjin. Tetapi GR mahir mengira permasalahan yang rumit, sedangkan mereka tidak. Tengok, masing-masing ada kemahiran sendiri, jadi, mengapa perlu dibeza-bezakan kawan yang selama ini menjadi rakan sepermainan kita?
GR sendiri tidak melupakan kawan-kawan di kampung, malah sehingga sekarang masih berkawan rapat. InsyaAllah, tiada masalah walaupun jalan hidup kami berbeza sama sekali, semua itu hanya rezeki dariNya.
Mengenai memilih dalam berkawan pula, ya ianya memang patut. Memang patut untuk kita memilih ketika berkawan dan berhati-hati ketika memilih. Tetapi, andainya ada rakan-rakan kita yang terjebak dengan gejala tidak sihat, janganlah serta-merta kita hindari mereka. Sebolehnya, cuba untuk menasihati mereka. Malah, walaupun kadang-kadang kita tidak mampu untuk mengubah mereka kembali, janganlah 100% menghindari mereka, cuma kawallah tindak tanduk kita agar tidak terpengaruh. Tetapi, kalau memang tak boleh nak mengelak ataupun mereka memang memberi pengaruh yang buruk, terpaksalah kita hindari mereka perlahan-lahan.
Ok, cukup sampai di sini cerita mengenai kawan. Sebenarnya nak cakap sikit, tapi dah jadi panjang. Maaflah, GR memang tak mahir untuk menghasilkan entri pendek tapi padat, cuma pandai membebel panjang-panjang, hahaha.
Ini ada sedikit pesanan kepada yang sudi membaca entri GR. Terima kasih GR ucapkan dan kepada yang memberi komen, maaf sebab kadang-kadang GR tak sempat nak singgah kembali ke blog anda. Tetapi InsyaAllah, GR akan singgah walaupun lewat, cuma tak semestinya GR akan komen entri anda. Kadang-kadang GR baca entri, tapi tak tahu nak komen apa. Jadi lebih baik GR simpan entri tu dalam hati, lebih baik kan? Hehe.
Sekian sahaja entri kali ini, semoga berjumpa dalam entri yang lain. Wassalam.
sumber google |
nota kaki kiri: Terima kasih kepada semua yang sudi berkawan dengan GR =)
4 comments:
menusuk kalbu der,,
hehe
kalo jupe kekwn lame, sumtime dorg mcm segan dgn kite, ak pun hanya mampu memeberi senyuman je, itu je yg minimum kan,
jgnlah nampak dr jauh pastu mengelak terus.. nampak sgt x suke org tu kan..
kite sume same je.
xperlu nak segan2 dgn kekawan kite kan..
alhamdulillah stkt ni kwn2 saye baik2 kot, ade la 2-3 org yg cam kt atas tuhh.. grrrr
tu aa pasal. aku kawan je ngan sume orang. bagus aku ni. kan? hahaha :P
wan: tak perlu segan, semuanya sama saja.
peep: nasib baik 2-3 orang, bukan 10-11 orang, hehe
fairuz: aah, kau memang bagus :P
Post a Comment