commercial break

08 April 2011

Kau kunci selipar itu

Assalamualaikum.
Dah macam jadi kebiasaan pula, siarkan entri baru waktu tengah malam ataupun pagi. Hai, banyaknyalah kerja yang perlu GR habiskan. Nasib baik dah selesai 75% tugasan, hehe.

Anda semua yang sudi baca entri ni, pernah duduk asrama tak? Kalaulah anda semua pernah duduk di asrama, apa perasaan anda apabila terkenang balik peristiwa-peristiwa semasa menetap di asrama dulu? Mesti ada macam-macam peristiwa kan? Sedih, gembira, lawak, marah, semuanya ada. Tapi kalau nak diikutkan, menetap di asrama banyak meninggalkan kesan kepada mereka yang terlibat. Semestinya banyak perkara manis yang akan mereka alami. GR juga tak terlepas dari mengalami perkara yang sama. Berpeluang untuk menetap di asrama sejak daripada tingkatan satu dan sehingga sekarang masih hidup berjauhan dengan keluarga. Ok, lupakan seketika semua itu. Sekarang GR nak kongsikan beberapa perangai atau perbuatan yang kebiasaannya akan dilihat berlaku kepada pelajar-pelajar yang menetap di asrama.

Tapi GR akan nyatakan semuanya melalui entri yang berbeza. Untuk kali ini, entri mengenai:

Selipar
macam biasa sumber dari google


Hah, selipar. Kalau mengenai perihal selipar ni lah kan, boleh diceritakan selama 3 hari 2 malam berturut-turut tanpa henti (melebih-lebih seketika ya ^_^). Macam-macam peristiwa mengenai selipar ni. Tapi, GR nak ceritakan sedikit sahaja peristiwa mengenai selipar ni.

1. Selipar berkunci
Hah, yang ini memang tak dijual di kedai runcit, kedai gunting rambut mahupun dobi. Aktiviti ni juga memang tak ada diceritakan di layar perak, drama-drama tv dan juga maharaja lawak. Selipar berkunci. Mesti ada antara anda yang baca entri ni pernah lihat selipar yang dikunci dengan mangga ataupun yang lebih ekstrem menggunakan rantai. Biasanya dilihat di kawasan surau dan dewan makan asrama. Gambar? Maaf, dulu masa GR sekolah kamera memang belum mampu untuk dimiliki. hehehe.

2. Selipar separuh ataupun ditoreh-toreh
Selipar separuh ni lagilah dahsyat. Selipar separuh ni bukanlah bermakna dia ni spesis khunsa (separuh lelaki separuh perempuan), tapi selipar memang betul-betul ada separuh. Macam mana boleh jadi separuh? Sebab tuan punya selipar ni dah potong separuh selipar dia. Tujuan? Untuk membezakan selipar dia dengan orang lain. Pelik juga GR masa tengok selipar separuh ni, kan ke serupa dia tak pakai selipar. Perumpaan untuk orang yang memakai selipar separuh ni adalah sama dengan memakai baju melayu dipadankan dengan seluar pendek (ada kaitan ke? hehe). 
Untuk selipar yang ditoreh-toreh tu, kalau anda nak tahu torehan mereka kadang-kadang kreatif, kadang-kadang tak berapa nak menjadi. Tapi tak pernah lagi GR jumpa selipar yang ditoreh dengan seni batik setakat ni.

3. Selipar cap nama sendiri
Hah, yang ni biasa sangatlah kan tengok di asrama. Selipar cap nama sendiri. Bak kata penterjemahan bahasa inggerisnya, ada copyright sendiri. Bangga tak ada selipar cap nama sendiri? Tujuannya adalah untuk mengumumkan hakmilik atau hakcipta ke atas selipar tersebut. Tapi sebenarnya tak berkesan pun cara ni untuk menghalang orang dari mencuri, bahkan si pencuri tu lagi berasa bangga sebab dapat curi barang yang terang-terang ada nama tuan empunya. Sebab apa? Bukti dia tu berani. 

4. Selipar salah kawan
Ok, abaikan tajuk untuk isi ini. Itu hanya metafora sahaja, hehe. Selipar salah kawan ni maksudnya selipar sebelah lain sebelah lainlah. Kalau sebelum ni ada cerita kisah mengenai selipar tak sama, kali ini lebih kurang juga. Cuma yang ini boleh dikatakan perkara biasa di kalangan pelajar asrama. Malu atau segan sudah tiada dalam kamus hidup, kalau setakat berkaitan dengan selipar ni. GR pun pernah menjadi salah seorang ahli kelab selipar tak sama kawan ni, hehe. Kadang-kadang tu sengaja sarung selipar tak sama sebab nak elakkan dari dicuri. Tapi kalau dah namanya pencuri, ambil tetap ambil juga.

Ok, rasanya cukup setakat 4 sahaja agaknya? Tak boleh panjang-panjang, nanti semua bosan pula baca kan. Dahlah blog ni bosan. Ini baru pasal selipar, belum masuk lagi perkara lain. Nantilah lain masa GR masuk bab lain pula. Sekian, terima kasih sudi baca. Wassalam.

nota kaki kiri: rindunya nak jenguk asrama sekolah~

10 comments:

Amira Atiya said...

hahaha.... selipar berkunci~

Ms. Qhayal said...

haha.kau mengingatkan aku masa zaman kt skolah asrama dulu.slipar aku selalu hilang tiap kali pegi surau.bila dh hilang aku rela berkaki ayam balek ke dorm.aku tak suka amek slipar orang bila selipar aku dah hilang.pernah sekali tu, selama seminggu aku berkaki ayam ke hulu ke hilir kt kawasan sekolah tuu

@cik_ezati said...

selipar cap nama sendiri tu yg best HAHA, bangga kejap sebab ada copyright atas name sendiri tapi mcm hampehhhh je bile still kene curi =.='

p/s: selipar berkunci? mcm best je hahahahak

zura asyfar addy rifqhiey said...

haha...lawak2...btw teringt kenangan dok asrama dulu..mmg ramaila yg wat cm tu...kite tpaksa bl selipar lain dr org lain cz tak nk bg hilang...haha

GR said...

amira: mahu cuba? hehe

aren: wah, sucinya hati. tapi aku pun sama macam tu, tak nak ambil selipar orang lain. cuma kadang-kadang kalau dah tahap tak tahan tu terambil juga sekali dua. ter tau, maksudnya tak sengaja. hehehe

zetty: haha, memang bangga. tapi sayangnya nama kat kaki. pencuri bukan kira apa, kalau dah nama pun pencuri. cuba kunci selipar tu, mesti sama je rupanya. haha

GR said...

itulah kan. beli barang dari kawan-kawan sendiri. kadang-kadang ada yang beli dari pencuri sebab tak tahu. haha

Nieza Micha said...

haha.. kalau nieza pulak kes kasut.. nieza nak pakai, tp tapak dlm kasut tu takde.. tp ade time2 kasut tu tetibe takde sebelah or takde langsung.. pelik pulak.. tgk2 rupe nye ade india tu amik kasut tu wat harte.. siap sorokkan.. cam sengal.. geram jek.. dia la yg selalu pakai kasut tu.. grrr...-__-"

GR said...

hehe, dia minat dengan kasut nieza kot.

Unknown said...

lol..nice post..

GR said...

terima kasih =)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails