commercial break

05 April 2011

3 Tips mengurangkan rasa gementar ketika pembentangan

Assalamualaikum.

Ok, GR sedang gementar tak tentu hala mengenangkan pembentangan usul untuk projek tahun akhir yang akan berlangsung esok. Kenapa gementar sangat? Sebabnya tajuk projek GR tidak berapa nak lekat di hati, hehehe. Maksudnya bukan projek yang benar-benar diminatilah. Jadi, takut-takut soalan yang ditanya nanti tak dapat dijawab pula.

Mari, GR curi masa untuk kongsi sedikit tips yang diberikan oleh pensyarah GR semasa mengambil subjek presentation skills dua semester lepas. Tips berkenaan dengan bagaimana mahu mengurangkan rasa gementar dan juga bagaimana mahu menjadi pembentang yang baik.

Tumpukan pandangan ke arah objek, orang atau tempat yang anda selesa

Ok, tips pertama adalah tumpukan pandangan anda kepada tempat atau objek yang anda selesa untuk mengelak daripada berasa gugup semasa melakukan pembentangan. Tapi bukan bermakna anda pandang objek/tempat tersebut sepanjang masa ya, nanti silap-silap kena tegur dengan panel pula. Kenapa anda perlu pandang tempat/objek yang anda selesa? Ini adalah untuk mengurangkan tekanan kepada anda. Cuba fikir, kalau anda pandang panel atau penilai sepanjang masa mesti terasa tekanan bukan? Jadi, alihkan pandangan seketika ke tempat lain untuk mengurangkan tekanan tersebut.

Contoh objek/ tempat: tingkap, dinding, poster di dinding, kawan-kawan.

Elakkan dari memikirkan terlampau banyak mengenai penilaian

Selalunya kan, semasa kita membuat pembentangan mesti asyik fikir mengenai penilaian panel tersebut, atau dalam erti kata yang lebih mudah apa yang dia fikir mengenai kita. Jadi, kalau boleh kurangkan atau hilangkan terus dari pemikiran anda mengenai perkara tersebut. Sebenarnya, kita tak perlu terlalu tertumpu pada penilaian, sebaliknya kepada isi dan perkara yang ingin kita sampaikan tersebut. Jadi, bila kita dah fokus kepada isi pembentangan kita, insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar.

Selalunya bila fikir terlampau banyak mengenai penilaian panel akan menyebabkan kita terlepas isi-isi penting yang ingin kita sampaikan.

Bergerak-gerak ke tempat lain untuk mengurangkan tekanan

Hah, yang ini rasanya agak bagus untuk diamalkan. GR dah pun mengamalkan tips ini. Istilah bergerak tu bukanlah bermaksud anda perlu untuk melakonkan aksi ya, cuma sekadar bergerak ke kiri atau ke kanan sedikit. Anda juga boleh bergerak menghampiri rakan-rakan ataupun panel, jika anda mahu, hehehehe. Ok, lebih mudah kalau anda bergerak ke arah skrin dan menunjuk ke arah isi anda yang terpampang di atas skrin itu. Sekadar untuk melegakan fikiran anda ya. Jika anda lebih kreatif, anda juga boleh membuat gambaran mengenai isi anda menggunakan isyarat tangan ataupun lebih mudah jika anda menulis atau melukis sambil membuat pembentangan tersebut.  GR nak buat macam ni esok, hehehe.

Selesai sudah 3 tips untuk kali ini. Gambar di bawah?

sumber google


 Itu sahaja rasanya untuk entri kali ni. Tak boleh nak taip panjang-panjang, nanti tak sempat nak bersedia untuk pembentangan.
Doakan GR untuk berjaya membuat pembentangan esok ya?
Sekian. wassalam.

nota kaki kiri: jangan jadi macam gambar tu sudahlah~

9 comments:

aliarosli said...

gud luck

Anonymous said...

entri yg sesuai utk mse skg ni.
dh la mggu ni ngn mggu lpas deret present. adehhhh

selalu nk gelabah sbb x phm ape yg nk dibentangkan. T__T

GR said...

alia: terima kasih :)

silah: minggu-minggu akhir memang sibuk dengan pembentangan kan? hehehe, tak apa, boleh faham kalau berusaha :)

Nieza Micha said...

lorhh.. nape fitri tak bg tips ni mase nieza stdy dulu..? hehehehehe...

nieza kalau present memang gugup habis.. markah pun ckit jek.. huhu..-__-"

Ifti Larina said...

hehe masa skolah dulu paling suka buat presentation. tp masa tu jugak la paling nervous

~Your Footsteps In Mine~ said...

tips bgus feat....i loike..sya akn guna tips2 tu..tp nk pndg mna ek tuk jd slesa..huhu

GR said...

nieza: agak-agak dulu kita pernah kenal tak? hehehe. tak apa, boleh dipertingkatkan lagi tu =)

ifti: biasalah, gementar masa pembentangan tu perkara biasa. semua orang rasa, hehehe

lili: gunalah, hehe. pandang mana-mana ruang yang selesa. pandang tingkap pun ok apa? :)

Unknown said...

bguslah....sesuai di masa n ketika ini.....

GR said...

mata hitam: baguslah sebab sesuai :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails