commercial break

15 April 2011

|Pendapat| Benarkah follower tak penting?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya agak lama GR tidak menaip entri yang berkaitan dengan blog dan penulis blog. Entri terakhir mengenai blog adalah pendapat. Jadi hari ini GR akan memberi pendapat mengenai pengikut atau followers. Diulangi, memberi pendapat ya! Maka entri ini adalah semata-mata berdasarkan pandangan peribadi GR dan diharapkan penulis blog yang membaca entri ni dapat menilai pendapat ini.

guna semula, sumber google


Siapa kata follower tak penting?

Ok, setelah membaca beberapa entri mengenai isu follower ini, apa yang dapat GR simpulkan adalah kebanyakan yang menyentuh mengenai isu tersebut mengatakan follower tak penting. Berbeza dengan pendapat GR, sebenarnya follower adalah penting bagi sesebuah blog. Mengapa ianya penting? Ianya menunjukkan bahawa ramai atau tidak orang yang mengikuti perkembangan blog kita ini. 

Follower bukanlah semata-mata menunjukkan samada mereka minat atau tidak kerana apabila seseorang itu telah menjadi pengikut sesebuah blog, maka segala kemaskini entri akan disalurkan secara terus melalui dashboard mereka. Dari situ segala perkembangan kita akan diikuti mereka bukan? Maka ianya adalah penting kerana setiap orang yang menaip entri mahukan entri mereka diterima ramai melainkan mereka yang sekadar menulis untuk suka-suka tanpa sebarang tujuan.

Ya, GR sendiri akui bahawa setiap kali menaip sesuatu entri GR mengharapkan agar ramai yang menerima dan membacanya. Ini adalah asas bagi seorang penulis blog.

Tak penting untuk kejar follower?

Serius, perkara ini tidak benar. Tidak penting untuk mengejar follower? Tidak sama sekali kerana apabila seseorang mengambil keputusan untuk menjadi seorang penulis blog, mereka pasti mahukan pembaca samada pembaca sekali seumur hidup mahupun pembaca setia. Jadi, secara automatiknya mereka mahukan follower kerana walaupun dikatakan bahawa follower ini tidak semestinya pembaca yang setia tetapi mereka tetap orang yang berkemungkinan tinggi untuk membaca setiap entri kita.

Jadi, pendapat GR adalah penting untuk kita mencari follower kerana mereka ini sebenarnya adalah golongan yang berpotensi tinggi untuk menjadi pembaca setia. Lihatlah penulis-penulis blog yang terkenal, bukankah follower mereka ramai? Ini adalah hakikat!

Jangan jadikan mengejar follower sebagai kepentingan utama

Ok, berlawanan dengan pernyataan di atas, tidak perlu menjadikan perkara ini sebagai kepentingan utama. Follower datangnya dari pembaca, dan pembaca tujuannya adalah untuk meneliti entri. Jadi, apa yang penting adalah binalah cara tersendiri dalam penulisan entri anda dan cubalah untuk menawan hati pembaca. Tumpukan dahulu pada entri-entri anda dan kemudian pengikut itu akan datang dengan sendiri. Biarpun ianya mengambil masa yang lama tetapi bersabarlah. Tiada kejayaan yang akan datang bergolek bukan?

Tetapi, kadang-kadang entri kita benar tetapi pembacanya tidak ramai, maka jangan bersedih kerana ada sesetengah perkara benar yang tidak disukai orang ramai. 

Kadang-kadang perkara benar ini tidak disukai kerana ianya adalah hakikat dan kenyataan yang berlaku dalam kehidupan seharian dan mereka ini cuba untuk mengelak dari menerima kenyataan. Jadi, selagi anda menaip perkara yang benar dan memberi manfaat kepada semua, jangan bersedih apabila orang tidak membaca kerana masih ada yang mengetahui kebenaran tersebut.

Cari follower setia

Ok, ini yang GR sendiri cuba lakukan. Mencari follower yang setia. Maksudnya di sini adalah pembaca yang setia. Konsep follower sebenar bagi GR bukanlah berdasarkan jumlah pengikut yang terpampang tetapi berdasarkan pembacaan entri kita. Orang-orang yang membaca entri kita tidak semestinya mempunyai blog atau akaun google, malah mereka mungkin sekadar orang yang hanya membaca blog. Jadi, mana tahu jika kita ada pembaca setia yang tidak berdaftar sebagai follower tetapi menjadikan laman kita sebagai bookmark mereka? Siapa tahu kan? Tapi yang semestinya bukan blog ini.

Hentikan konsep 'i follow you, you follow me

Perkara ini sebenarnya sudah banyak kali disebut oleh penulis blog yang lain dalam entri mereka. Tetapi perkara ini masih lagi berlaku. Awal-awal dulu ketika GR masih terlampau baru dalam dunia blog ini, GR mengikut rentak mereka dengan kembali menjadi pengikut, tetapi setelah serba sedikit memahami dunia blog, GR sudah menghentikan perbuatan itu. Tak ada gunanya pun jika memiliki follower yang ramai tapi tidak membaca entri kita. Jadi, bagi mereka-mereka yang masih mengamalkan konsep ini harap anda menyedari perkara ini.

Mungkin GR akan mengambil masa selepas ini untuk melihat semula senarai blog yang diikuti dan membuat pemilihan semula. Jadi, maaf jika ada yang rasa sedih sebab pengikut berkurang seramai seorang, hehe.


Rasanya itu sahaja yang GR ingin katakan pada entri kali ini. Jadi, jika ada penulis blog yang tidak bersetuju dengan apa yang GR tulis ini, anda boleh memberi pendapat anda. Ini sekadar pendapat peribadi GR ok, bukan untuk menghentam pendapat penulis yang lain. 
Oh ya, GR ingin mencadangkan 2 blog yang rasanya berbaloi untuk diikuti. Jika ingin tahu mengapa mereka berbaloi untuk dikuti, anda boleh membaca entri-entri mereka. =)
http://zulfikarhazri.blogspot.com/

http://amirazoe155.blogspot.com/

Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: mendambakan kredibiliti untuk menjadi seorang penulis blog yang baik




10 comments:

mizayusof said...

miza juga mengharapkan follower yang setia.

Amira Atiya said...

first betul gak apa abg fit cakap.
second terharu.. waaaa

Anonymous said...

fllower yg setia tu payah nak crik. kalo dh jumpe nak kekalkan plak. adehhhh.

GR said...

miza: semua penulis blog mahukan perkara yang sama bukan? =)

amira atiya: ya, sama-sama penulis hebat =)

silah: sebab itulah, dunia blog bukan dunia yang mudah.

ayanuts said...

setuju dgn apa yg GR tulis tu

GR said...

ayanuts: terima kasih :)

Esempoi said...

tak berapa penting pun.
pengunjung tetap lagi penting...

GR said...

esempoi: tapi follower juga berkemungkinan sebagai pengunjung tetap kita

Faris Adli said...

"apabila seseorang itu telah menjadi pengikut sesebuah blog, maka segala kemaskini entri akan disalurkan secara terus melalui dashboard mereka"

tanpa follow blog orang tu pun kita boleh tahu entri terbaru blog orang lain guna RSS

Unknown said...

wahai encik GR yang baik budiman, kenapakah aku terlepas entry kau yang ini?

aku sangat terharu, terima kasih banyak-banyak.

pendapat aku pasal follower, aku suka follower genuine yang follow kita ikhlas tanpa dipinta-pinta..

dan follower itu memang penting sebab dari situ dia akan baca entry baru kita.

tapi blog aku ramai silent reader, kwn2 FB, opis dan kawan kepada kawan banyk baca.

anyway.. tulisan kau bagus sebab kau jaga tatabahasa dan ejaan, teruskan, jangan gadaikan Niche yang kau dah ada!

thanks..

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails