commercial break

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

19 March 2011

Perhatian kepada pemenang pertandingan apa itu kitar semula

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Entri ini khas untuk 3 orang pemenang pertandingan yang GR anjurkan.
Mereka adalah:




Anda semua diminta untuk memberitahu butir-butir diri yang diperlukan.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di dalam entri INI 

Urusan penghantaran hadiah akan dimulakan pada minggu hadapan.
Harap maklum.
Sekian, wassalam. 

12 March 2011

Blogger Idol Anjuran TiaFazunia Kini Bermula

Assalamualaikum.


Ok, GR malu dengan entri ini.
Entri khas untuk menyertai pertandingan Blogger Idol anjuran TiaFazunia.
Anda boleh klik di pautan tersebut untuk melihat semua syarat-syarat penyertaan.
Mari tengok video GR di bawah ya =)

 untuk kelajuan yang lebih mantap, sila ke laman 1Tube

Ok, suara GR yang buruk dan tune gitar yang teruk itu sila abaikan ya.
Ops, lupa. Segala perubahan pada lagu itu memang disengajakan, jadi sila abaikan semua itu, hehehe. 
GR tidak pandai bermain gitar pun, hehehe.
Jadi, kepada anda penulis blog yang berminat untuk menyertai, mari turut serta. 
Hadiahnya pun agak lumayan dan menarik.
Tak rugi pun cuba.
Lagipun, GR menyertai pertandingan ini sebagai tanda sokongan kepada penganjur.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: Malu ok dengan video ni. Redah saja =)

Pemenang Pertandingan Apa Itu Kitar Semula

Assalamualaikum,
GR baru saja tiba dari Shah Alam dan terus menaip entri ini kerana telah berjanji untuk mengumumkan pemenang pertandingan ini.
Terlebih dahulu GR ingin meminta seribu kemaafan di atas kelewatan dalam mengadili entri-entri peserta.
GR sibuk dan tiada masa untuk mengadili dengan cepat.
Jadi, harap anda semua dapat memaafkan GR ya.

Ok, kita teruskan dengan pengumuman pemenang pertandingan ini.
Seperti yang diberitahu sebelum ini, GR sudah mengasingkan entri kepada 3 kategori.
Jadi, mari kita lihat pemenang-pemenang berdasarkan kategori yang ada.

Kategori khas 
Pemenang akan menerima hadiah seperti di atas.
Pemenang bagi kategori ini adalah:


Kategori Entri Bijak

Pemenang tempat pertama:

Pemenang tempat kedua:


Kategori Penceritaan Menarik 

Pemenang tempat pertama bagi kategori ini:

Pemenang tempat kedua adalah:

Jadi, kepada semua pemenang silalah hantarkan butiran seperti berikut:
Nama penuh, alamat dan nombor telefon.
 kepada emel ini:
fitrikarim88@gmail.com
 (sebelum 18 mac 2011)

Urusan penghantaran hadiah akan cuba dilaksanakan seberapa segera.
Kepada yang tidak menang, anda bukan tidak bagus, cuma entri mereka ini menepati ciri-ciri yang dicari.
Semua entri adalah hebat belaka, dan proses penjurian adalah sukar. 
Sekian, itu sahaja. Terima kasih kepada semua peserta. GR amat menghargai penyertaan anda semua.
Wassalam.

nota kaki kiri: maaf kerana proses penjurian asyik tertangguh :(

16 February 2011

Untuk peserta pertandingan

Assalamualaikum.
Entri pendek sahaja.
Perhatian kepada para peserta pertandingan yang dianjurkan oleh GR, iaitu


Penilaian untuk pemenang tak dapat dimulakan buat masa sekarang.
Harap maaf kerana GR tidak punya masa untuk menilai semua entri tersebut dalam waktu terdekat.
Apa-apa pun jika selesai semua perkara, GR akan cuba untuk memulakan penilaian secepat mungkin.
Harap anda semua bersabar.
Untuk hadiah yang diumumkan sebelum ini, disebabkan peserta berjaya mencapai sehingga 20 orang, GR akan sediakan 5 hadiah seperti mana yang dijanjikan.
Hadiah misteri masih kekal misteri, hehehe.

Jadi, diharapkan anda semua bersabar ya.
Sekian, terima kasih kerana sudi menyertai.
Wassalam.

nota kaki kiri: 20 peserta yang sangat bagus kerana sanggup berfikir. tahniah untuk anda =)

30 January 2011

Hadiah Untuk Pertandingan Apa Itu Kitar Semula

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Anda semua dah turut serta dalam pertandingan anjuran saya?

Jika berminat sila klik SINI.
Kali ini saya akan umumkan hadiah yang disediakan untuk bakal pemenang-pemenang pertandingan saya.

Jika mengikut perangkaan asal saya ingin menyediakan 5 hadiah untuk para pemenang.
Tapi, memandangkan ini bukan pertandingan yang menjadi pilihan kerana ianya memerlukan usaha untuk mengerah idea, jadi saya telah mengubah perancangan.
Sekiranya pertandingan ini menerima penyertaan hanya seramai 15 orang dan ke bawah, hadiah akan diberi kepada 3 pemenang. Berikut adalah hadiah yang disediakan:

 

Ok, sekiranya peserta pertandingan melebihi 15 orang, saya akan menambah 2 hadiah tambahan iaitu:


Jadi, jika anda berminat dengan pertandingan saya dialu-alukan untuk turut sama menyertai. Mungkin pertandingan ini sedikit sukar, tapi saya percaya manfaatnya ada disebalik kerahan idea-idea anda tersebut.
Jadi, apa tunggu lagi? Mari turut serta dalam pertandingan saya.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: hadiah tidak seberapa, hanya mengikut kemampuan.

15 January 2011

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula

Assalamualaikum.
Hah, buat pertama kalinya saya ingin menganjurkan pertandingan untuk para pembaca blog sekalian.

Seperti yang tertera di dalam poster pertandingan ini, saya ingin menganjurkan satu pertandingan yang saya rasa berfaedah untuk kita semua.
Apa itu kitar semula?

Syarat-syarat pertandingan ini adalah:
  1. Paparkan poster pertandingan ini di dalam entri anda dan juga di ruangan tepi blog anda (sidebar) dan juga sila sertakan pautan (link) ke entri ini bukan ke blog ini ya (untuk memudahkan orang lain turut sama menyertai)
  2.  Entri hendaklah bertajuk Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula? Bukannya contest ya.
  3. Entri anda hendaklah menceritakan mengenai kitar semula. Apa yang anda tahu mengenai kitar semula. Apa-apa sahaja yang anda rasakan ada perkaitannya dengan kitar semula, boleh anda ceritakan. Sebagai contoh, cara-cara mengitar semula, bahan-bahan yang boleh dikitar semula, amalan kitar semula anda, dan sebagainya.
  4. Format entri tidak ditetapkan, anda boleh menulis secara penceritaan (pengalaman dan lain-lain), secara nota ringkas dan jika anda ada fakta-fakta menarik juga digalakkan.
  5. Pilihan untuk menjadi pengikut adalah di tangan anda, tiada paksaan. Tapi untuk memudahkan anda menerima kemaskini yang mungkin akan diberitahu nanti, lebih baik anda jadi pengikut blog ini. 
  6. Jumlah pemenang belum lagi ditetapkan, berkemungkinan 5 pemenang akan dipilih. 
  7. Hadiah akan diumumkan pada masa akan datang.
  8. Peserta tidak semestinya penulis blog, yang tidak memiliki blog boleh juga menyertai. Anda boleh menaip di dalam format words ataupun pdf dan emelkan kepada fitrikarim88@gmail.com. Dokumen anda juga harus disertakan dengan poster pertandingan ya. 
 Saya akan kategorikan entri anda melalui 3 kategori iaitu:
  • Kategori entri bijak
  • Kategori penceritaan menarik
  • Kategori entri khas
Untuk kategori entri khas ini, penilaian akan dibuat berdasarkan keunikan penceritaan anda melalui bahasa yang anda gunakan samada Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris.

Tarikh tamat pertandingan adalah pada 15/2/2011 jam 11.59 malam.

nota kaki kiri: pertama kali menganjurkan pertandingan, risau tak ramai yang turut serta. 

*kemaskini
lupa nak pesan. tinggalkan link anda di ruangan komen saya ya. :)

Hadiah di SINI 

Contest Cintai Alam Sekitar

Assalamualaikum.
Hah, berdasarkan tajuk entri saya kali ini saya ingin menyertai pertandingan yang sangat baik saya rasakan oleh Ammar. Hadiahnya memang lumayan, dan pertandingan seperti ini amat sesuai dengan misi saya! hehe.
Ok, saya tak mahu berlengah lagi.


Sebab apa saya sangat menyokong pertandingan ini?
Sebabnya saya mengambil jurusan kejuruteraan awam di bawah major alam sekitar.
Jadi, sedikit sebanyak realiti yang berlaku di sekeliling kita ada di dalam pengetahuan saya.
Ok, langkah yang saya rasakan sangat perlu dipraktikkan bukan sahaja di rumah tetapi di setiap bahagian dengan penglibatan setiap pihak.
  • Langkah yang paling mudah untuk menyelamatkan alam sekitar! Kitar semula. Satu proses yang mudah dan ringkas, tapi sangat menyumbang kepada penjimatan tenaga dan penghasilan semula bahan dengan kadar yang lebih jimat.
  • Ok, sedikit sensitif. Hentikan pembangunan tidak terancang. Banyak pembangunan yang terbengkalai dan terhenti di pertengahan proses pembinaan. Kesannya? Pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut di mana tapak pembinaan itu tidak boleh untuk diuruskan semula. Pihak yang terlibat dan puncanya? Fikirkanlah ya.
  • Undang-undang? Panjang kalau hendak dikupas mengenai undang-undang ni. Masalah rasuah menjadi penghalang kepada perlaksanaan undang-undang. Apa-apa pun, undang-undang jika dapat dipraktikkan dengan telus maka pencemaran dapat dikurangkan.
  • Kita sering melihat dan mendengar mengenai isu ini, masalah pembuangan sampah merata-rata. Jadi untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar, kita sendiri harus ada kesedaran. Bukan sekadar memahami, malah mengamalkan gaya hidup yang boleh mengurangkan pencemaran.
Rasanya cukuplah sedikit saranan daripada saya. Disebabkan penganjur tidak membenarkan peserta untuk membuat esei, jadi mungkin sedikit sahaja yang dapat saya sampaikan. Kalau tak, susah penganjur hendak membaca entri saya nanti, hehe. Apa-apa pun, usaha murni oleh penganjur ini sangat saya hargai. Sokongan dari saya adalah seratus peratus untuk beliau. Cukup sekadar untuk renungan bersama, kita belum lagi kehabisan tanah untuk membina tapak pelupusan sampah. Tapi jika gaya hidup yang buruk terus menerus diamalkan, percayalah anda mungkin tidak akan menjumpai hutan rimba di masa hadapan kelak.

Sedikit maklumat mengenai kitar semula, anda boleh baca di SINI 
Gambar dari saya:

Tak edit untuk lebih asli! :P
Ok, rasanya dah lengkap syarat-syarat penyertaan. 
Jadi, harap-harap penganjur bukan sahaja dapat menilai, tetapi dapat mendengar cadangan dari pelbagai pihak.
Sekian terima kasih.
Wassalam

nota kaki kiri: misi untuk menjejak blog malam ini. hanya satu malam! :( 

13 January 2011

Keputusan Pertandingan Gambar Paling Chill

Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Ok, entri ini hanya entri pendek.
Sekadar nak memberitahu hasil keputusan contest gambar paling chill yang telah berlangsung sebelum ini.
Anda boleh lihat keputusan penuh di sini.

Walaupun saya tak menang, tapi termasuk dalam kategori Top20, syukur jugalah.
Pihak penganjur telah memberi saya ini!


Jadi, terima kasih untuk penganjur kerana menganjurkan contest yang menarik ini.
Harap-harap ada lagi contest dari beliau, hehe.
Tak lupa juga ucapan tahniah kepada pemenang tempat pertama dan kedua yang menerima hadiah.
Gambar mereka memang chill. 
Kalau tak percaya cubalah tengok!
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: maaf, masih tak dapat menulis blog secara normal.

09 December 2010

Photo Addict Contest

Ok, hari ni Gedung Rasa dah buat keputusan untuk turut serta dalam contest bertajuk seperti yang tertera dalam banner di atas. Anda juga boleh turut sama menyertai dengan hanya klik SINI.

Ini gambar yang saya nak pertaruhkan.


Tengok baik-baik muka kami, ada tak rupa orang gila bergambar?
Hah, kalau nak tahu ini antara ahli-ahli kelab gila gambar yang memang gilalah! Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang saya rasa kalau anda tengok anda pun turut sama jadi gila bergambar bersama kami, tapi satu saja sudah memadai untuk contest ini. :)

Gambar ini diambil di Melaka ketika kami melakukan penggambaran video untuk subjek Bahasa Jepun 2 pada 8 Oktober 2010. 4 orang bermula dari kiri adalah pelakon utama manakala yang berbaju merah tu lelaki kamera kami. Kami ni salah satu daripada beberapa kumpulan dalam kelas yang buat penggambaran luar daripada kawasan. Penggambaran tak seberapa, ambil gambar tu yang beberapa!

Jadi, anda rasa contest ini menarik? Apa lagi tunggu, jom turut serta ok.

nota kaki kiri: rumput itu lebih menyerlah dari kami ok!

nak tag:
cik anisa
en zarin
cik ida

06 December 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa

Assalamualaikum. Gedung Rasa terjumpa satu contest ni, menariklah! Jadi, Gedung Rasa telah mengambil keputusan untuk mengambil bahagian dalam contest ini.




kalau anda semua nak turut serta, klik sahaja pada gambar di atas ok.
yang bawah ni pula adalah syarat-syarat pertandingan.


ok, ini kisah mengenai seorang gadis yang bernama Rogayah. Kisah bermula dengan,


Rogayah sedang makan tengahari dirumah. Nampak gambar diatas? Itulah makanan yang sedang dimakan oleh Rogayah ketika itu. Rogayah ni sebenarnya seorang yang kuat makan, lauk diatas tu mampu dihabiskan dalam masa selama 5 minit sahaja. Tak percaya? Cuba tanya Rogayah sendiri. Ok, berbalik kepada cerita. Selepas selesai si Rogayah makan, tiba-tiba


telefon bimbit Rogayah berbunyi menandakan ada mesej masuk. Seperti yang anda lihat diatas, mesej itu menyatakan bahawa ada orang minta share kredit dari Rogayah. Tapi awas, jangan tertipu! Itu sebenarnya kod antara Rogayah dan kekasihnya yang mana sebenarnya menyatakan dia ajak Rogayah keluar. Mereka terpaksa buat begitu sebab mak ayah Rogayah ni selalu tengok telefon bimbit dia. Tambahan pula mereka memang susah nak bagi si Rogayah ni keluar dengan sewenang-wenangnya. Jadi, Rogayah bolehlah bersedia dengan pelbagai tipu helah untuk diberi kepada mak ayahnya lepas dia terima mesej ni. Tapi, penulis pun sebenarnya tak faham kenapa tak Rogayah padam saja mesej daripada kekasihnya selepas dibaca, tak perlulah nak guna kod-kod ni. Yang itu semua hanya Rogayah saja yang tahu. Ok, kita teruskan. Adik-adik jangan tiru tau perangai Rogayah ni. Berdosa kalau tipu mak ayah. Jadi, Rogayah bersiap-siap untuk keluar. Setelah mendapat keizinan, dia


keluar dari rumah dengan kucing kesayangannya, Remi. Nama Remi ni diambil dari pada idola si Rogayah ni Remi Gaillard. Anda kenal tak Remi Gaillard? Hah, kalau tak kenal cuba cari di laman YouTube. Eh, jauh pulak menyimpang. Rogayah ni memang tak boleh dipisahkan dengan si Remi ni. Sampai ada yang kata mereka ni kembar seiras. Hah? Kembar seiras? Penulis pun tak tahu bagaimana pandangan mereka yang kata mereka ni kembar seiras. Apa-apa sajalah. Si Remi ni ada satu tabiat buruk iaitu tak pandang kiri kanan bila melintas. Sudahnya selalunya si Rogayah ni kena marah dengan pemandu-pemandu di jalanraya bila saja si Remi ni melintas sesuka hati. Ialah kan, takkan nak marah kucing tu, manalah dia nak faham. Jadi, seperti biasa Rogayah kena marah lagi, kali ni oleh pemandu teksi pula. Teruk jugalah, sampai teksi tu terbabas sebab leka maki si Rogayah ni. Rogayah pun buat tak kisah saja, seperti kata pepatah "alah bisa tegal biasa". Sedang leka dia berjalan ke destinasinya, tiba-tiba jantung Rogayah berdegup-degup


 "oh, kacaknya dia ni. Aku terpikat!" Rogayah menjerit dalam hati, tanpa rasa ragu-ragu apatah lagi simpati kepada kekasihnya yang sedang menanti di tempat biasa. Dia ternampak seorang lelaki yang kacak, lebih kacak daripada Remi kucingnya, malah jika dibandingkan dengan kekasihnya lagilah jauh tertinggal. Maka, Rogayah yang sudah biasa mengayat jejaka dalam facebook dan myspace mula menyusun ayat dan strategi. Dia cuba untuk mengayat jejaka tersebut dengan yakinnya, malangnya lelaki tersebut buat tak tahu saja pada Rogayah tanda malas nak melayan. Seperti dalam drama-drama melayu yang kita tonton, secara kebetulan entah macam mana kekasihnya ada sedang berjalan disitu. Dia ternampak perbuatan si Rogayah ni, maka dia pun pergi ke arah Rogayah lalu berkata. "Sampai hati you buat i macam ni. Mulai hari ni, kita putus" yakin saja kenyataan dari dia. Maka, Rogayah menyesal keran buat begitu. Sudahnya, dia hanya tinggal Remi saja sebagai peneman. Kekasihnya lari, jejaka baru tadi pun dia tak dapat. Sekian, tamatlah riwayat Rogayah bersama Remi.

Ok cik Ain Zulaikha saya dah turut serta dalam contest ni. Sila hakimi entri saya ya. Oh, sebelum terlupa, ini adalah hadiah-hadiah yang ditawar kan.

Ok, nak tag rakan-rakan.

Cik Ida

nota kaki kiri: cerita ini tiada kaitan dengang yang hidup sekarang ataupun yang hidup masa zaman dahulu ok. apatah lagi yang sudah tiada di muka bumi. jika ada persamaan kisah hidup secara tiba-tiba(mungkinkah?) ianya hanyalah kebetulan. ini semua rekaan untuk contest sahaja. terima kasih.

04 December 2010

Contest Gambar Paling Chill

ok, hari ini hari untuk menyertai pelbagai contest.
kalau anda-anda nak turut serta dalam contest ini sila klik SINI
gambar yang saya pertaruhkan adalah:

kalau anda rasa anda happening, percayalah kami lebih happening!

ok, rakan-rakan yang saya nak tag

*maaf kalau yang ditag telahpun turut serta. mungkin ada yang terlepas pandang :)

ok, atas permintaan penganjur. saya akan dedahkan satu rahsia.
saya suka warna biru. ahakz.

Sekian, terima kasih kepada penganjur.

Contest Baju Sama

GEDUNG RASA telah terjumpa satu contest yang menarik dari blog INI
contest ini agak menarik untuk disertai, jadi GEDUNG RASA telah mengambil keputusan untuk turut serta.

ok, ini adalah gambar yang GEDUNG RASA pertaruhkan. 


*serabai ok, waktu malam!

sahabat dalam gambar ini adalah En. Shahmeer seorang rakan saya dari UiTM. Kami dah berkawan sejak dari zaman diploma di UiTM Perlis sehingga sekarang zaman ijazah di UiTM Shah Alam.
Baju ini kami dapat ketika menyertai larian Kemerdekaan Peringkat Nasional kawasan Perlis ketika tahun 2008. Saya dan beliau turut sama menyertai larian ini dan secara automatik kami dapat baju yang sama.
Jadi, silakan tuan penganjur untuk menghakimi entri saya. sekian terima kasih

ok, saya nak tag rakan (bukan syarat pertandingan ok!)

nota kaki kiri: nasib baik baju sahaja yang sama, kalau seluar pun sama mungkin layak untuk saya menang. ^_^

02 December 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST



Ok, ini 'contest' pertama yang GEDUNG RASA sertai. Kalau anda-anda ingin turut sama menyertai 'contest' ini boleh KLIK DI SINI.

Lagu yang ingin saya sertakan untuk 'contest' ini adalah lagu yang dinyanyikan oleh BRUNO MARS-GRENADE
Mengapa saya suka lagu ini?
Sebabnya, susunan lagu dia sangat menarik dan liriknya juga bagus bagi saya. Lagu ini pertama kali saya dengari melalui Laman YouTube versi siaran langsung. Vokal Bruno Mars sangat mantap ketika menyanyikan lagu ini.

Ada juga kisah disebalik lagu ini ya. Boleh dikatakan citarasa muzik saya berbeza dengan sesetengah orang. Apabila seorang kawan saya mendengar lagu ini, secara spontan dia berkata "tak sedap langsung lagu ni. entah apa-apa". Agak menyentap jugalah, sebabnya kritikan itu diluahkan ketika saya disisi dia. Berdiam saja saya ketika itu. Tapi, tiada masalah pun kerana citarasa kita semua berbeza bukan, walaupun kita 'sekepala'.

Saya sertakan sekali lirik lagu tersebut dibawah ini ok!

Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss, Had your eyes wide open -
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked, Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won't do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I'm numb Tell the devil I said “hey” when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman,
That's just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had

And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won't do the same

If my body was on fire, ooh You’ d watch me burn down in flames You said you loved me you're a liar Cause you never, ever, ever did baby...
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won't do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no




p/s: ini adalah versi 'live' yang membuat saya jatuh cinta pada lagu ini. =)

referral: mommy pinky

rakan-rakan yang ingin 'ditag'
*dikemaskini untuk penambahan isi. :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails