commercial break

Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

30 December 2010

promosi bahagian tujuh (akhir)

Assalamualaikum. 
Bahagian ini adalah bahagian terakhir segmen promosi blog oleh saya.
Sebelum tu saya nak minta maaf sebab bahagian yang terakhir ini tidak serupa dengan bahagian-bahagian sebelum ni kerana saya mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan. Tapi, apa-apa pun saya tetap juga mempromosikan semua blog yang ada cuma dengan cara yang sedikit biasa.

tak mintak, google bagi juga
Ok, di bawah adalah senarai blog-blog yang terakhir untuk segmen promosi saya.

Kenapa anda perlu singgah sini? Hah, sebab tuan punya blog ni adalah seorang yang comel dan peramah serta beliau adalah bekas jiran saya di Shah Alam. Orangnya kecil sahaja dan agak petah bila berkata-kata. Entri yang saya rasa anda patut baca dalam blog ini adalah bercerita tentang hobi. Hah, kalau anda tengok hobi beliau ni agak menarik jugalah. Saya pun tak sangka, selama kenal dia ni dia ada hobi begini.


Blog ini menarik sebab saya suka tengok template yang beliau gunakan. Ala-ala pink, terserlah sifat keperempuanan beliau, hehe. Kali pertama saya singgah di blog beliau adalah ketika entri contest makan ayam. Hah, masa tu tengok gambar beliau makan ayam nampak sangat tengah kawal keayuan tu. Kalau tak silap, beliau menang contest ni. Seingat sayalah.


Hah, dia ni saya mula-mula kenal masa masuk kumpulan Blogger Tercinta Official (BTO). Masa tu saya hairan juga tengok, asyik-asyik minta 20sen mamat ni. Tapi bila dah borak dengan ahli-ahli kumpulan tu memang seronok. Dia ini agak gila sedikit. Kalau nak kenal dengan dia sila masuk kumpuan BTO ok. Entri dia yang menarik adalah fobia itu apa? Hah, entri yang ni saya suka, jadi anda cubalah tengok mana tau anda juga suka.


Ok, cuba masuk blog ini, tengok ada daun-daun gugur, cantik. Blog ini adalah mengenai perkhidmatan katering. Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah boleh cuba ke blog ini ya. It's western time, kata mereka dalam entri ini. Ada gambar-gambar masakan mereka. Saya tengok pun boleh jadi lapar balik ni.


Hah, ini blog Cik Farah Nordin kita ni hah. Kebanyakan entri-entri beliau adalah mengenai kehidupan beliau. Sekali-sekala kalau kita tengok kitar hidup orang lain pun bagus juga, mana tau boleh jadikan pedoman. Blog dia pun cantik juga, secantik orangnya. Tapi jangan kacau ya, dah berpunya tu, hehe. Ok, cuba tengok entri selamat bertunang ni. Bila tengok gambar-gambar dari entri tu buatkan saya rasa nak bertunang cepat pula, hehe.


Hah, blog si Iz ni sangat kemas. Tengok tersusun dengan rapi blog dia. Sejuk hati bila buka. Taklah serabut dengan pelbagai widget dan segala bagai kan. Jadi, bila buka pun mudah. Entri-entri beliau juga bagus. Tapi yang paling saya suka apabila beliau meluahkan pendapatnya dalam entri mari kongsi pendapat. Bila baca entri ni, terserlah sifat beliau yang peka dengan isu-isu semasa.


Hah, ni blog adik kita Alyah. Baru saja selesai PMR. Nak tahu keputusan? Kena tanya pada tuan badanlah ya. Beliau pun ahli BTO juga. Blog si budak kecil ni cantiklah, saya suka, hehe. Masa mula-mula dia beritahu tukar template, buka blog dia je dah terpegun. Kalau tak percaya, silalah datang. Entri dia yang bertajuk sekali-sekala nak juga berjalan di taman bersama mama tersayang patut anda baca. Tajuk dia memang panjang kan? Nak tahu apa yang ada silalah baca ya.


Blog ini sangat menyejukkan hati. Nama blog pun sedap dibaca, Bahtera Seorang Hamba. Banyak sangat entri-entri menarik dan berguna untuk kita semua. Kalau tak percaya, cuba singgah di blog ni. Entri yang menyentuh hati saya adalah doa dari sahabat, sebab saya seorang yang sangat menghargai sahabat-sahabat saya. Jika anda juga sama seperti saya, cubalah ya baca entri itu.


Hah, blog ni pun comel juga. Dengan header gambar anime yang ala-ala romantis tu, ditambah lagi dengan warna latar belakang yang pink, memang comel blog ni. Tambah lagi, beliau letakkan lagu salah satu kugiran kegemaran saya iaitu Paramore, Turn It Off. Bertambah-tambahlah sokongan saya pada dia ni, hehe. Jadi, saya rasa anda boleh baca entri maria elena oleh beliau. Ada video sekali, kebetulan siang tadi baru kali pertama saya singgah di blog Maria Elena tu. Jadi, apa kata anda lihat blog ini juga ya.

Sekian, promosi terakhir dari saya. Saya nak ucap terima kasih pada semua yang mengambil bahagian dalam segmen saya ni dan minta maaf untuk sembilan penulis blog terakhir yang tidak dapat diletakkan dalam entri serupa dengan penulis blog yang lain. 
Sekian, wassalam

nota kaki kiri: berusaha keras melawan masalah emosi yang sedang melanda. tolong doakan saya supaya dapat melawan masalah ini ya.

29 December 2010

promosi bahagian enam

Assalamualaikum

kali ni saya tak curi, tapi pinjam
BAHAGIAN SATU

"Eh, dah pukul 4.30 lah. Lama sangat aku kat Coffee House ni. Baik aku balik" bisik Sharifah yang sedari tadi asyik leka melayari internet. Dia mengemas komputer ribanya dan bergerak pulang. Sedang dalam perjalanannya untuk ke tempat meletak kereta, dia terlihat seorang perempuan tua dalam keadaan tak terurus sedang berjalan.

Makcik itu bernama Fitria, seorang perempuan tua berumur dalam lingkungan 50-an. Kelihatan tidak terurus, dia melangkah tanpa arah tujuan. Apabila dilihatnya seorang perempuan dalam lingkungan 30-an keluar dari kompleks membeli-belah itu, dia menuju ke arah mereka. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" orang tua itu meminta. "Ish, betul ke tak betul makcik ni. Mintak duit nak makan KFC. Baik aku kenakan dia balik" perempuan itu, Mz merancang sesuatu. "Makcik, makcik nak makan KFC ya? Saya ni duit tak ada sangatlah nak bagi. Tapi saya ada benda yang lebih baik dari tu" Mz berbicara sambil tersenyum. Makcik Fitria memandang terkebil-kebil tanda tidak memahami, namun dia tetap menanti. "Macam ni makcik, saya ada buku ni, buku mengenai petua cirit-birit. Ada lagi banyak buku makcik. Makcik nak tak? Saya sebenarnya penjual buku" tanpa rasa simpati Mz mempromosikan buku-bukunya. Orang tua itu terkulat-kulat memandang. Dia hampa memikirkan situasi itu. Lalu dia beredar tanpa sepatah bicara. "Agaknya perempuan tu tak betul ke. Dia tengok aku ni macam mampu beli buku ke?" bisik hati Makcik Fitria. Eloklah tu, si muda memikirkan yang tua tidak betul manakala si tua juga memikirkan perkara yang sama mengenai si muda.

Makcik Fitria berhenti hadapan deretan kedai, berseberangan dengan kompleks membeli-belah tersebut. Dia masih mengharap agar ada yang simpati dengannya. Zaki, seorang eksekutif muda yang baru sahaja turun dari pejabatnya terkejut melihat seorang perempuan tua berhenti di hadapannya. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" Makcik Fitria mengulangi dialog yang sama digunakannya tadi. "Manusia ni, selalu begini. Mudahnya mengeluh, sukarnya bersyukur" agak puitis kata-kata yang diucapkan Zaki kepada Makcik Fitria. Makcik Fitria tergamam. "Ah, yang seorang ni nak berpuisi pulak. Macam-macam orang ada kat dunia ni lah" bentak hati Makcik Fitria lagi. Mukanya hampa, lalu beredar. Kelihatan pula seorang lelaki muda bersama gitarnya sedang berjalan. Hanif, seorang pelajar kolej swasta jurusan muzik sedang dalam perjalanan untuk menemui seseorang. Mukanya kelihatan tegang. Pada mulanya, Makcik Fitria teragak-agak untuk menegur tapi dicekalkan juga hatinya kerana memikirkan KFC yang diinginkannya. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" dialog yang sama diucapkan. "Apa? Kenapa? Teruk sangat ke lelaki melayu ni?" dengan nada yang agak tinggi Hanif memekik. Dia berlalu tanpa menghiraukan Makcik Fitria yang terpinga-pinga kerana ditengking. "Kenapa aku pulak yang kena marah? Ada kaitan dengan KFC ke?" bicara Makcik Fitria sendirian. Hanif sebenarnya mengalami masalah emosi kerana kekasihnya lari meninggalkan dia dan memilih seorang jejaka dari Indonesia.


 Dari belakang Makcik Fitria, kira-kira 100 meter kelihatan seorang lelaki tercungap-cungap mengambil nafas. Dia kelihatan termengah-mengah. Lelaki itu adalah Radzi, seorang yang obses dengan panda. Makcik Fitria masih lagi tidak berputus asa, dia melangkah ke arah Radzi. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" sekali lagi Makcik Fitria mengulang dialog yang menjengkelkan itu. "Eh, makcik tepi makcik. Aku nak cepat ni, aku nak lari dari rumah" Radzi berbicara dalam keadaan tercungap-cungap. Dia lantas berlari kembali meninggalkan Makcik Fitria yang sekali lagi dihimpit kekecewaan. Tiba-tiba datang seorang perempuan muda, Arienna Afiqah namanya. "Makcik, saya dengar tadi makcik minta makanan pada budak yang lari tadi tu. Nah makcik, saya bagi RM10, makcik makanlah apa yang boleh. Manusia sekarang kebanyakannya sudah hilang sifat perikemanusiaan mereka" Afiqah berkata sambil menghulurkan sekeping not RM10 kepada Makcik Fitria. "Terima kasih nak, anak sungguh baik hati. Dapatlah makcik makan KFC selepas ni" Makcik Fitria mengucapkan terima kasih lantas berlalu pergi. Hatinya keriangan kerana akhirnya dia dapat menjamah KFC yang diidamkan selama sebulan.

nota kaki kiri: maaf, tak dapat siap semalam. apa-apa pun ini kesudahan gembira. bahagian seterusnya cerita baru. jangan fikir sangat perkaitan antara semua bahagian. hehe.

BAHAGIAN AKHIR

28 December 2010

promosi bahagian lima

Assalamualaikum

saya curi dari mr google

"Woi!" terdengar jeritan seseorang. Ikin tersentak. "Alamak, telefon aku punya berbunyilah. Wayang dah nak mulalah ni. Nasib baik aku dah tetapkan jam tadi. Ain, jom masuk" bicara Ikin. Ain dan Ikin segera beredar meninggalkan dua pasangan yang bersandiwara ibarat pentas Pilih Kasih tadi.

Sementara itu, di satu sudut yang lain Sharifah sedang menikmati kopi kapucino di Coffee House. Sambil melihat pada skrin komputer ribanya, suasana petang itu terasa tenang di situ. Suasana bising di sekeliling seakan-akan tidak didengari. Matanya hanya tertumpu pada berita yang menarik perhatiannya. Pembunuhan yang tidak disengajakan, itu tajuknya. Dia menggelengkan-gelengkan kepalanya ketika membaca berita itu. Terlintas di hatinya untuk berborak dengan rakan baiknya Kukin mengenai berita itu. Di lihatnya pada paparan aplikasi Yahoo Messenger, Kukin sedang berada di talian. "Assalamualaikum. Weh, buat apa? Ada baca berita pasal kes pembunuhan tu tak?" Sharifah menaip. "Waalaikumsalam. Ada, bukan tu je ada lagi satu aku jumpa. Tajuk berita tu ibu bunuh bayi selamatkan orang. Kau kena baca yang tu" Kukin membalas. "Banyak kes-kes kematian sekarang kan. Bukan bunuh je, kemalangan lagi" Sharifah mengutarakan pendapatnya.

Sharifah membuka pula laman facebooknya. Sudah lama dirasakan tidak dibuka. Di lihat di ruangan utama, ada beberapa status dari rakan-rakannya yang menarik perhatian. Teringat pula kepada rakannya Sakina. Apabila dia membuka profil rakannya itu, dia terbaca status Sakina, 'belajar menulis'. Hampir saja tergelak, dia lantas memberi komen, "baru nak belajar menulis kak? Ajar saya sekali boleh? hehe". Selang beberapa saat, Sakina membalas komennya itu, "maaf, aku sibuk. Nanti kita borak". Balasannya itu nampak serius, mungkin Sakina betul-betul sedang melakukan sesuatu, itu yang difikirkan Sharifah.  "Buzz" perkataan itu muncul di skrin komputer riba. "Hai Pah. Weh, kat mana? Kau rajin baca berita kan. Hari ni aku terjumpa satu blog ni. Ada berita agak ngeri" kelihatan di skrin, Nur Natrah menyapa. "Apa dia?" Sharifah membalas ringkas tapi berminat. "Kes bunuh, tapi mangsa terselamat. Kena tikam tak mati-mati, nasib baik ada orang datang tempat kejadian tu awal. Kalau tak mungkin dah arwah. Ajal tak sampai lagi tu" ringkas Natrah menerangkan. "Apasal banyak sangat kes bunuh ni? Dah macam semua pembunuh berpakat-pakat nak buat jenayah pulak" bisik Sharifah sendirian dalam hati.

 "Hai Pah, kau buat apa?" Fauzi pula menyapa di Yahoo Messenger. "Aku tau kau bosan Pah, Jom singgah blog aku. Tengok tips-tips berguna untuk orang-orang yang bosan dalam lif. Nanti kau cubalah, haha" Fauzi menerangkan tanpa dipinta. Dia memang begini, memang bercakap banyak. "Hah kau, ada je. Nanti aku singgah blog kau tu. Aku tahulah kau baru buat blog, promosi ya" Sharifah membalas. Mereka berterusan berborak. Macam-macam hal yang diceritakan. "Pah! Aku sedih sangat ni!" tiba-tiba Nurul Farhanah mencelah. "Kenapa? Apa yang buat kau sedih ni?" Sharifah membalas ringkas. "Rumahku dimasuki perompak! Habis barang-barang aku hilang. Aku dah buat laporan polis. Tengah tunggu polis siasat" Farhanah memberitahu perkara sebenar. "Ye ke? Ish, kasihan. Aku tumpang simpati kat kau. Jangan sedih sangat ya. Semua ni ujian tuhan" Sharifah memberi kata-kata semangat kepada Farhanah.

akan bersambung lagi~~

nota kaki kiri: maaf, saya sangat buntu untuk entri yang ini. nampak entri kali ini sangat tidak bagus!
:(
mengambil masa untuk memikirkan idea. natijahnya, entri ini terlewat sehari. Insyaallah saya akan cuba siapkan bahagian enam hari ini juga.

BAHAGIAN ENAM 

26 December 2010

Promosi bahagian empat

Assalamualaikum

encik google yang bagi

 "Aku rasa macam kita dipermainkan saja" balas Rabiatul. "Aah lah. Kita dah terkena ni" Hanis mengiyakan. Khadija masih lagi tersenyum sendirian. Sementara itu, Shaherah berjalan ke arah mereka sambil meminta maaf. Dia menjelaskan segala-galanya kepada mereka berdua. Sesudah itu, mereka bersalaman dan Shaherah berlalu pergi bersama Khadija.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis memerhati dari jauh sahaja insiden yang berlaku itu. Dia diam tanpa bersuara. Gadis itu adalah Ikin. Dia sedang menunggu rakannya tiba. Mereka telah berjanji untuk menonton wayang. Tiba-tiba, terdengar deringan nada dering telefon bimbitnya. "Hah, awak kat mana? Dah lama saya tunggu ni" Ikin bertanya. Perbualan di telefon itu tidak lama. Sesudah itu, Ikin bergerak ke arah ruang legar utama Kompleks membeli belah itu. " Ain Zulaikha! Dah lama tunggu awak tahu tak. Kenapa lambat?" Ikin menjerit setelah rakan yang dinantikannya kelihatan di situ. Mukanya mencuka masam. "Alah, maaf la. Jalan sesak tadi. Jangan marah ya, nanti tak cantik" Ain memujuk. "Habis, saya cantiklah ni?" Ikin berkata dengan nada agak mengada-ngada. "Ya awak cantik, tapi yang pastinya saya lagi cantik" Ain membalas sambil tergelak kecil. Ikin tersenyum, dia kenal benar dengan perangai Ain, suka membuat orang lain tertawa. Mereka beredar ke arah kaunter tiket panggung wayang di tingkat 3. "Alah, ada lagi 30 minit sebelum masuk panggung ni. Jom kita duduk kat sini dulu" Ain berkata sambil menudingkan jari ke arah bangku yang tersedia. "Ikin, awak nak tahu sesuatu tak?" Ain memulakan bicara. Ikin hanya menganggukkan kepala tanda berminat. "Saya gangster tau" Ain melawak lagi. Ikin hanya tergelak kecil. Pada hemahnya, dia memang tahu dengan perangai Ain yang agak gila-gila itu.

" Assalamualaikum, hai saya nak kenal boleh?" Aren yang berada di bangku sebelah sejak tadi bersuara. Kelihatan dia dan seorang lelaki di sebelahnya memandang Ain dan Ikin sambil tersenyum. "Saya Aren, saya samseng jugak. Saya belasah Justin Bieber. Justin Bieber patah gigi tau" Aren berlawak sambil tersengih. Dia berkata-kata sebegitu sejurus mendengar kata-kata Ain tadi. Ain dan Ikin berpandangan sesama mereka. Tiada balasan suara, hanya mengangkat bahu sahaja reaksi mereka. "Hai, saya pula Syafiq. Kalau nak tahu, saya blogger melaka" lelaki yang dari tadi mendiamkan diri di sebelah Aren mula bersuara. Yakin sungguh gayanya. "Nama awak berdua siapa?" Syafiq meneruskan lagi kata-katanya. Ain dan Ikin masih lagi tidak memberikan tidak balas, malah mereka hairan mengapa mereka berdua tiba-tiba sahaja berkata begitu. "Ish, budak 2 orang ni, pantang nampak orang cantik" bisik hati Ain seakan-akan perasan. Dia dan Ikin masih tidak memberi reaksi kepada Syafiq dan Aren.

Syafiq mencuit tangan Aren. "Weh, weh nampak tu? Awek kau dengan awek aku dah datang. Mampus dia nampak apa kita buat ni" Syafiq berbisik kepada Aren. Mereka lantas mengalihkan pandangan yang dari tadi tertumpu ke arah Ain dan Ikin. Mereka cuba untuk berlagak biasa, seperti tiada apa yang berlaku. "Oh, ini keje abang ya? Pantang ada perempuan lain, nak kacau saja" Noraliza meninggikan suara setelah melihat kejadian tadi. "Kitorang baru tinggalkan sekejap, dah mula nak menggatal. Lelaki oh lelaki, semuanya sama saja!" Noraliza meneruskan kata-katanya. Seorang lagi gadis yang bersamanya tadi hanya diam memandang Syafiq. "Dilah tak sangka, sanggup abang buat macam ni belakang Dilah ya. Betullah kata orang, cinta itu sedap tapi menyakitkan. Agaknya, selama ni abang selalulah buat macam ni ya" Dilah yang dari tadi hanya diam kini meluahkan rasa hampanya. Riak mukanya kelihatan sedih, sementara Noraliza pula kelihatan marah benar wajahnya. "Woi!" tiba-tiba kedengaran suara menjerit.

akan bersambung lagi~~~

nota kaki kiri: entri dibuat tersekat-sekat kerana ada masalah di luar. tapi, disebabkan ada beberapa entri yang menarik dari senarai penulis kali ini, bahagian ini antara yang termudah untuk dilaksanakan.
*ruangan sudah ditutup

BAHAGIAN LIMA 

25 December 2010

Promosi bahagian tiga

Assalamualaikum

Sumber masih dari google

"Hah? Kau dah bertunang? Kenapa kau tak beritahu aku? Senyap-senyap je kau ya" Chawi terperanjat dengan kenyataan Nub itu. Nub hanya tersenyum tanpa bersuara. Jika dia panjangkan lagi cerita, macam-macam yang akan ditanya, itu yang difikirkannya. "Alah, emak kahwinkan aku" terdengar deringan nada dering telefon bimbit Nub berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mukanya berkerut-kerut membaca mesej itu seolah-olah ada yang mengganggu fikirannya. "Chawi, aku kena balik. Ada hal penting ni" ujar Nub kepada Chawi. "Ok lah, tapi kau lepas ni kahwin jangan tak jemput pulak" Chawi memerli rakannya itu. Nub tergelak kecil sambil melangkah keluar dari rumah itu. Dia melambai kepada Chawi sebelum beredar.

Sementara itu di kawasan ruang legar Pasaraya Jusco Bukit Tinggi, Rabiatul kelihatan berlegar-legar tanpa arah tujuan. Dia berseorangan di kala ini. "Alah, ku sangkakan panas tapi terhujan pulak. Macam mana aku nak balik rumah ni. Lambatlah aku sampai nanti" Dia mengeluh sendirian. Dia teringatkan Kak Shida yang berada di rumah, lalu dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Nombor Kak Shida dengan pantas didail. Kak Shida berlari mendengar deringan telefonnya. Dia yang ketika itu berada di dapur terpaksa meninggalkan kerjanya untuk menjawab panggilan. "Oh, si Abi ke" Kak Shida berkata apabila terlihatkan namanya dari skrin telefon. "Assalamualaikum. Ya Abi nak apa?" Kak Shida bertanya. "Kak, Abi balik lambat. Kat sini hujan lebat" Rabiatul berkata. "Hah, alang-alang lambat tu pergilah tengok Motor Show 2010 kat situ. Ambil gambar, akak nak tengok nanti ya" Kak Shida mencadangkan kepada Rabiatul. "Ok kak, insyaallah" Rabiatul membalas.

Telefonnya disimpan kembali di dalam beg. Dia tersenyum sendirian mengenangkan cadangan kakaknya itu. Dia sendiri tidak teringat ada pameran kenderaan sedang berlangsung. Lalu dia mengorak langkah menuju ke kawasan pameran. "Abi, oi Abi!" dari belakang kedengaran seseorang memanggil namanya. "Hah, kau ke Hanis. Aku ingat siapa yang panggil aku tadi. Kau nak ke mana ni?" Rabiatul bertanya. Gadis yang ditemuinya adalah Hanis, rakan sekolahnya. "Aku nak ke pameran kat sini. Kau?" soal Hanis kepada Rabiatul. "Aku pun sama jugak." Rabiatul menjawab ringkas. "Lah, ye ke. Dah tu, apa tunggu lagi? Jom jalan" dengan perasaan riang kerana sudah berteman, Hanis berkata-kata. Sedang mereka asyik berjalan, tiba-tiba kelihatan seorang perempuan cuba untuk menegur mereka. "Hello, i am Miss El. Could you guys please listen to me for a while? tegur seorang perempuan berpakaian kemas kepada mereka. "For what?" Rabiatul bertanya meminta kepastian. "I just want both of you to take part in my 30 minutes survey. Could you?' Miss El cuba untuk memujuk. "You see, i am from beauty saloon. We just open new branch here. And we want to give a discount ticket for lucky person to get the facial treatment session with us. Do you want to take part or not?" Miss El menerangkan dengan jelas kepada mereka. "Eh, is that so? We are so sorry. We are in hurry now. Plus, we are already beautiful and do not need any facial treatment" Rabiatul menjawab dengan nada berjenaka. Miss El hanya tersenyum dan berkata "it is okay then. So sorry to interrupt you. Thank you" lantas beredar dari situ.

"Eh, pandai kau berbahasa Inggeris ya. Aku dah tak tahu nak cakap apa tadi" Hanis memuji Rabiatul. Rabiatul hanya tersenyum. Mereka tiba di kawasan pameran tersebut. Kagum dengan kenderaan-kenderaan yang ada, mereka tidak henti-henti memuji. Gambar diambil semahu mereka. Pelbagai aksi yang digayakan. Mereka ini memang pantang mengambil gambar. Jika ada kamera, maka ada sahaja muka mereka. Khadija yang sekian lama berada di situ leka memerhatikan aksi mereka berdua. Tertarik dengan cara mereka berdua menggayakan aksi di hadapan kamera. Dia segera pergi menegur. "Assalamualaikum. Cik berdua. Yang ini memang pantang saya. Saya tak boleh kalau tengok orang bergaya macam cik berdua ni" dia dengan secara tiba-tiba menegur Rabiatul dan Hanis. "Eh, awak siapa?" Hanis bertanya. "Macam ni cik berdua, saya ni jurugambar bebas. Saya memang suka ambil gambar orang-orang macam cik berdua ni. Boleh jadi model untuk saya?" Khadija menerangkan. Mereka berdua setuju dengan permintaan Khadija itu. Sesi bergambar sendiri kini menjadi seolah-olah sesi fotografi majalah fesyen. 

Sementara itu, dari sisi tepi kawasan mereka bergambar kelihatan seorang gadis memandang mereka dengan muka tidak puas hati. "Tak boleh jadi ni, aku kena juga tegur si Khadija tu" gadis itu berkata sendirian. Lantas dia melangkah ke arah mereka. "Wahai sahabatku yang baik hati. Sayang, kau buat apa kat sini? Kan aku suruh tunggu kat sana" gadis itu menegur. "Eh, NorShaherah. Apa kau buat kat sini. Kan kau ke tandas tadi?" Khadija bertanya sambil tersenyum. "Apa aku buat? Patut aku yang tanya apa kau buat dengan kamera aku tu? Suka hati je ambil gambar orang lain ya" Shaherah meninggikan sedikit suaranya. Hanis dan Rabiatul memandang antara satu sama lain. "Jurugambar pinjam kamera orang?" Hanis berbisik kepada Rabiatul. "Aku rasa macam kita dipermainkan saja" balas Rabiatul.

bersambung di bahagian empat~~~

nota kaki kiri: agak sukar kali ni, semua yang tersenarai adalah perempuan. jalan cerita sedikit suram. pesanan biasa, sesiapa yang tidak tahu mengenai segmen ini, boleh klik di SINI

24 December 2010

promosi bahagian dua

Assalamualaikum

gambar sama untuk sepanjang edisi khas ini. sumber dari google

Kisah setakat ini di sini.
Untuk lebih faham, lebih baik kalau baca. :) 

Amar sudah berlalu pulang ke rumah. Sementara itu, HourPinky yang berada di rumah sedang mengelamun. Dia teringatkan kenangan  masa lalunya. HourPinky ini sebenarnya salah seorang daripada rakan-rakan Amar dan Alinac dan seorang yang suka mengelamun. Kalau dia dah mula mengelamun, boleh mengambil masa 3jam. Sedang dia mengelamun, "dumm!" terdengar bunyi hentakan pintu dari bilik abangnya Chawi. "Argh. Kenapa? Kenapa mesti jadi macam ni?" Chawi menjerit berseorangan. "Bang, kau kenapa? Dah gila?" HourPinky bertanya dengan nada kemarahan. "Ni ha. Doraemon episod akhir?. Aku dah lama ikut komik ni. Rasa tak puas hati pulak dah sampai episod akhir." Chawi menjawab. "Habis tu? Kau nak lukiskan komik tu ke? Kan pelukis dia Fujio F. Fujiko tu dah mati jatuh gaung. Kau tak ingat?" HourPinky membalas. Chawi hanya diam sambil membuat mimik muka tidak puas hati.

"Weh, korang ni tak tau duduk diam ke kat rumah? Hari-hari nak dengar korang bertekak. Apa kau ingat aku ni pekak ke?" tiba-tiba terdengar jeritan Yats kakak sulung mereka berdua. "Kau ingat laki aku takde kat rumah kau boleh bising-bising sesuka hati je?" Yats membebel lagi. "Aku ada broadband terbaru ni hah. Korang kalau nak guna bagitau aku dulu. Jangan pakai sesuka hati. Bayar 20 sen dulu" kemarahan Yats mulai reda. Dia memang begitu, marahnya tidak pernah lama. Dia berlalu ke dapur untuk memasak lauk tengahari untuk mereka semua. "Assalamualaikum. Ada orang dak kat rumah?" tiba-tiba kedengaran suara dari luar rumah. Yats menjengah. " Assalamualaikum, kak saya Nub. Kakak apa habaq? Akak kenai dak saya ni?" kelihatan seorang lelaki memperkenalkan dirinya kepada Yats. "Alah, ingat tak? Saya dulu kawan Chawi masa sekolah teknik dulu. Kan saya pernah tidoq sini" Nub cuba memperkenalkan diri dengan lebih jelas."Hah, Nub. Ingat, ingat. Masuklah, Chawi ada kat dalam" Yats mempelawa Nub masuk ke rumah.

"Nub! Amboi lamanya tak jumpa kau. Rindulah, haha. Buat apa datang rumah aku ni? Nak jemput kenduri kahwin ke?" Chawi berseloroh apabila melihat Nub di dalam rumahnya. "Alah dak aih Chawi. Aku saja mai rumah hang ni. Kebetulan pulak aku ada hal sikit kat kawasan hang ni. Hang apa habaq? Amboi, segak hang la ni noh?" Nub membalas dalam loghat utaranya. Mereka bersalaman. Chawi menjemput Nub duduk di ruang tamu rumahnya. Mereka berbual mesra. "Hah Chawi, hang ingat dak si Aqilah yang hang dok gilakan dulu tu?" Nub secara bertanya secara tiba-tiba. "Ingatlah, sampai sekarang aku suka dia lagi" Chawi membalas. "Aku dengaq la ni dia dah putus cinta. Ada peluanglah hang" Nub berkata-kata dengan penuh yakin. "Ye ke? Wah, ada peluang aku ni. Aku ada tengok si Aqilah punya facebook. Dia dah makin lawalah sekarang. Makin aku suka kat dia lah. Nanti aku nak add dialah." Chawi dengan penuh bersemangat bercerita kepada Nub.

"Hah kau Nub, apa cerita dengan Amira budak yang kau suka tu? Ala, budak yang comel tu" Chawi cuba untuk mendapatkan reaksi Nub. "Semalam, aku baca status dia kat facebook tu. Dia tulis Suprise? Siapa terkunci?. Apa yang dia nak sampaikan tu aku tak perasanlah. Sebab aku tak komen pun." Chawi masih berharap agar Nub memberi reaksi. "Err, aku, aku sebenaqnya" Nub teragak-agak untuk memberitahu. "Apa? Cakaplah." Chawi tenang berkata. "Sebenarnya aku dah pun bertunang dengan dia, hehe" Nub tersengih menjawab. "Hah?" Chawi sangat terkejut.

Akan bersambung~~

Ok, buat semua yang masih tidak tahu apa yang saya lakukan. Anda masih boleh melibatkan diri dengan klik SINI.

nota kaki kiri: masih lagi perkara yang sama, jangan diambil hati atas cerita yang direka ini. semuanya hanya rekaan semata-mata. saya dah buat keputusan untuk melibatkan 6 penulis blog sahaja bagi setiap entri. jadi bersabarlah dalam menunggu giliran anda ya. oh ya, saya mengubah tajuk entri anda dari segi bahasa kerana tiada penggunaan bahasa sms dalam entri saya ya. pendapat anda sangat diperlukan untuk peningkatan prestasi. luahkan pendapat! :)

*PROMOSI KETIGA DI SINI 

23 December 2010

promosi bermula bahagian satu

Assalamualaikum.
Pertama sekali, terima kasih kepada anda yang telah turut serta dalam segmen yang saya cuba anjurkan untuk pertama kalinya. Sehingga waktu ini, sambutan boleh dikatakan baik jika diambil perkiraan usia kematangan blog saya ini.
Jadi, malam ini saya akan mula untuk menulis entri untuk mempromosikan blog-blog mereka yang telah terlibat sama dalam segmen ini.
Ceritanya begini.



Pada suatu hari, Alinac sedang menyediakan sarapan sambil berkata, "aku dah pandai masak lontong ni" dengan riangnya. Dia memang gemarkan lontong, sehingga sanggup menuntut ilmu memasak lontong di Melaka. Sedang asyik Alinac menyediakan sarapannya itu sambil mendengar Era Fm yang mendendangkan lagu dondang sayang, dia tersentak apabila mendengar jeritan Amar yang memanggilnya sambil berkata "Nac, nak cekodok penyet tak?". "Eh, kau ni Amar. Buat terperanjat aku saja. Cuba-cubalah belajar bagi salam. Takdelah aku terperanjat. Nak juga cekodok tu, rasa sikit. hehe" Alinac membebel. Amar menghulurkan cekodok penyetnya itu. 

Sedang mereka secara tiba-tiba sarapan berdua, terdengar pula bunyi hon dari jalanraya. "Jom tanam pokok mari kita hijaukan kampung kita" terdengar suara Ejulz AJK Kebersihan kampung sedang berkempen dengan lori dan pembesar suaranya. Ejulz memang seorang yang aktif di kampung, setiap kali ada kempen yang diuar-uarkan di televisyen dia akan segera laksanakannya di kampung. " Hah, tu tak lain si Ejulz la tu. Tak habis-habis dengan kempen. Kerjanya tidak, kempen je yang lebih" Alinac bersuara. Amar hanya mampu berdiam. Tiba-tiba lagi (cerita ni memang banyak tiba-tiba), terdengar pula bunyi orang menjerit " saya rindu awak! Saya nak jumpa awaklah!" Sebenarnya, itu adalah jeritan dari si Chiorika jiran kepada Alinac. Sudah sememangnya rutin dia setiap pagi akan menjerit sedemikian. Semenjak dia dapat peluang untuk berlakon sebagai pelakon tambahn, setiap hari dia akan menjerit dengan dialog yang sama. Sebenarnya dialog itu sahaja yang diucapkannya dalam drama yang pernah dilakonkannya. Katanyalah, dia tak boleh lupa kenangan berlakon tu, jadi dia menjerit setiap hari untuk tidak melupakan kenangan manis tersebut Tapi Alinac syak bahawa dia sebenarnya kecewa sebab hanya sepatah saja dialognya.

Amar hanya mampu menggelengkan kepala. "Nac, aku balik dululah. Dah lama pulak rasa duduk kat rumah kau ni" Amar meminta diri. Sedang Amar berjalan pulang, tiba-tiba dia terpandang akan Afifaa yang datang kepadanya dengan membawa sesuatu. " A, Aa, Amar. Ni, ada wa,war, warkah untuk awak" ujar Afifaa sambil malu-malu. Afifaa adalah seorang gadis yang digilai ramai di kampung tersebut. Tapi dia secara terang-terangan menyukai Amar. Lalu, dia berlari-lari anak selepas memberi warkah itu kepada Amar. Amar hanya mampu tersenyum seketika sambil memikirkan yang dia sebenarnya agak bangga menjadi pilihan Afifaa. "Woi Amar! Aku nak bagi kau rabbit ni, ambillah" Amar dikejutkan lagi oleh sapaan secara mengejut si Fatten guru mengait di kampung itu. Fatten seorang yang pandai mengait dan merupakan salah seorang sahabat baik Amar. "Oh, kau Fatten. Terima kasih lah. Comel jugak kau buat" Amar membalas. Lalu Amar berlalu pulang ke rumah.

Kisah akan bersambung lagi~~

Ok, untuk promosi pertama seramai 6 orang penulis blog terlibat. Entri ini akan menjadi entri kisah yang bersambung. Segala cerita adalah rekaan semata-mata dan turut disertakan dengan link satu entri dari setiap satu penulis blog. Pemilihan adalah berdasarkan urutan komen ok. Insyaallah, saya akan cuba siapkan sambungan entri setiap hari. Nantikan sambungannya ya!
Sekian, wassalam

nota kaki kiri: kepada penulis blog yang terlibat, sila jangan ambil hati dengan cerita rekaan ini. hehe. kalau ada apa-apa kelemahan yang anda rasa, tolong beri pendapat ya! kepada anda-anda yang tak tahu mengenai apa yang saya buat ini, anda boleh klik SINI

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails