commercial break

29 November 2010

LAPORAN KHAS

Laporan khas dari gedung rasa.

Kira-kira jam 2.50 petang, kami warga UiTM yang terlibat dengan Skim Khidmat Pelajar (SKP) bahagian Perancangan dan Strategik (PPS) untuk Konvokesyen Edisi 73 dikejutkan dengan kejadian ribut. Bermula dengan hujan renyai, secara tiba-tiba bertukar menjadi ribut yang boleh dikatakan ganas jugalah!

Tragedi bermula dengan pergerakan ricih meja-meja jamuan untuk konvokesyen yang cuba untuk mencederakan rakan SKP saya, Encik Fareez tapi tidak berjaya gamaknya. Beliau berjaya mengelak menggunakan jurus rahsia, lantas mengejutkan kami semua warga-warga SKP. Dalam kekalutan semua orang untuk melarikan diri dari keganasan ribut tersebut, masih terdapat para pelajar yang mungkin tidak mempunyai deria rasa datang kepada kami seraya berkata "Kak @ Abang, nak dapatkan kad biru". 

Mungkin mereka sudah biasa dengan suasana ribut, itu saya tidak tahu. Tapi yang pastinya, kami semua warga SKP PPS berusaha selagi terdaya untuk melarikan kaunter kami ke bahagian lain. Kesudahannya adalah sangat baik, kami selamat tanpa sebarang kecederaan walaupun baju kami mengalami kebasahan. Setelah kaunter berjaya dipindahkan, kad biru kembali menjadi rebutan pelajar yang ingin segera mendapatkan jubah konvokesyen mereka. P/S: hari ini adalah sesi raptai dan pengambilan jubah

Oleh itu, saya sertakan juga bukti-bukti kejadian untuk anda ambil iktibar. 





Seperti yang anda lihat di atas, gerai-gerai sempena konvokesyen telah rosak teruk akibat kejadian ini. Namun, seharusnya kita bersyukur kerana tiada kecederaan dilaporkan berlaku. Takziah ke atas para peniaga yang mengalami kerosakan barang-barang. Mungkin hari esok, harga barang akan turun dan pelajar akan membeli secara borong, siapa tahu?

Sekian laporan khas dari GEDUNG RASA. Terima kasih kerana membaca!

28 November 2010

Akal, Iman dan Nafsu

situasi 1
terlihat duit sahabat di atas meja


nafsu: kau nampak duit atas meja tu? takde orang punya, rezeki kau tu!
akal: siapalah yang tinggalkan duit atas meja ni, nanti hilang baru nak beringat.
iman: lah, siapa yang tinggal duit atas meja ni. baik aku tolong simpan, nanti tanya diorang. susah kalau dia hilang duit ni nanti.

situasi 2
dalam perjalanan ke sekolah


nafsu: alah, jomlah kita ponteng. mak bapak kau bukan tau pun kita ponteng
akal: janganlah ponteng, kalau kantoi nanti kena denda. taknak lah aku
iman: Allah tu kan maha melihat, sekali pun mak bapak aku tak tau tapi Allah sentiasa tau. taknak la ponteng.

situasi 3
diajak sahabat untuk ke kelab malam


nafsu: jom ke kelab. kat sana nanti boleh kita cuci mata. ramai gadis-gadis cantik kat sana
akal: mak ayah aku tak bagi lah. takkan aku nak pergi jugak.
iman: ish, berdosa lah. aku takut la nak pergi tempat2 macam tu. zina lah semua tu.

situasi 4
azan maghrib sudah berkumandang


nafsu: ish aku letihlah main bola tadi, tak larat nak solat. nanti aku qada' la
akal: rehat dululah, letih bersukan petang2 ni. aku nak tidur kejap, kejap lagi aku bangun mandi lepas tu solat lah
iman: dah azan ni, baik aku mandi cepat2. nanti maghrib habis pulak, tak baik melewatkan solat.

sedikit sebanyak perbezaan antara akal, iman dan nafsu. jadi, di antara ketiga2 tu yang mana akan kita pilih? sama2 lah kita sedikit sebanyak berjihad untuk melawan nafsu. cuba anda lakukan kerana saya juga sedang mencuba sedaya upaya. (^_^)


23 November 2010

kasih seorang ibu, sayang seorang bapa

ibu, sembilan bulan menanggung berat kita.
ayah, selagi terdaya memerah kudrat untuk bekerja.
ibu, bila kita menangis sedia memujuk.
ayah, bila dipinta pelajaran sebolehnya akan ditunjuk.

ibu, bila saja kita lapar akan sedia memasak.
ayah, bila saja ada kemahuan dari kita akan cuba untuk memenuhi.
ibu, setia untuk menyiapkan kita untuk ke sekolah.
ayah, yuran sekolah adalah keutamaan baginya walaupun penat serta lelah.

ibu, tidak pernah tidak cuba untuk menyambut kita pulang dari sekolah
ayah, sekalipun mungkin tiada di rumah kepulangan kita tetap menjadi perhatiannya
ibu, sentiasa jelas kegembiraannya apabila kita berjaya dalam peperiksaan
ayah, sekalipun jarang untuk mempamerkan tetap bangga dengan kejayaan itu.

ibu, orang pertama yang akan bersedih jika anaknya terpaksa berjauhan.
ayah, tidak bersedih tapi sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya.

ibu dan ayah, adakah orang pertama yang anda fikirkan bila merangkul kejayaan?
ingatlah anak-anak sekalian, kasih ibu sayang bapa bukan sembarangan. 


Domain Murah

Related Posts with Thumbnails