commercial break

03 July 2013

Masa

Assalamualaikum.

Masa lampau. Perkara paling jauh yang manusia ada. Naiklah kenderaan sepantas mana sekalipun, tiada satu pun yang dapat kembali ke masa lampau. Ramai yang menyangka, dia sentiasa ada masa untuk melakukan apa yang dimahukan mereka. Namun kita sebenarnya terlupa, betapa singkatnya masa yang kita ada untuk dibuang begitu sahaja.

Usah buang masa menangisi kesakitan semalam. Padam ia untuk mencari kesenangan hari esok. 
Usah buang masa mencari perkara yang jelas sia-sia, guna ia sebaiknya untuk buat hidup kita dan orang lain agar gembira.
Usah buang masa mengejar sesuatu yang bukan hak kita, sebaliknya hargai apa yang kita ada untuk memanfaatkan hidup ini sebaiknya.

Masa, hargailah masa.

*Amat memerlukan masa untuk memenuhkan ruang blog usang ini.

2 comments:

Unknown said...

Lama tak datang blog nie... Datang ziarah sini...

Sya_Merpati Putih 88 said...

setuju sangat...
masa itu sangat berharga, malah lebih berhagra dari emas..
masa lalu memang dah tak dapat kita nak undur kembali, usah dikesali, tapi jadikan ia sebagai pemangkin kejayaan kita pada hari ini..

selamat berblog kembali..! :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails