commercial break

23 July 2010

Menjerit jom!!


 
assalamualaikum.
dah tengok video di atas? so, apa pendapat korang? cool kan? hehe..
actually, video ni adalah mengenai TACOMA NARROW BRIDGE yang terletak di US.
kejadian ngeri ini berlaku pada 7 November 1940, selepas 4 bulan dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
uniknya, jambatan ini runtuh kerana angin selaju 42mph walaupun secara asasnya jambatan ini dibina dengan kebolehan untuk menahan angin selaju 120mph.
kejadian ini adalah salah satu sejarah runtuhan yang terburuk dalam dunia pembinaan.
kesilapan pada binaan ini adalah pada kebolehan aerodynamicnya yang yang membolehkan ia runtuh.
binaan seperti ini yang panjang dan tergantung seharusnya membenarkan angin untuk menembusi supaya ia tidak memberi kesan pergerakan.



apa-apa pun, perkara dah pun berlaku kan? at least, mereka dah dapat contoh untuk mengelakkan kesilapan seperti ini daripada berulang. so, betullah kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya. hehe.
lagipun, jambatan ni dah pun dibina semula dengan struktur yang selamat. tak ada dah rasa goyang-goyang.

 

tapi jangan pulak lupa, tak mustahil kejadian ini boleh berulang kalau ALLAH mahu ia terjadi semula. ye dok??

sekian, itu saja coretan kala ini..
wassalam.

1 comment:

cik kompas said...

ciptaan manusia tak akan pernah setanding dengan ciptaanNYa.

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails