kadang-kadang, bila sedih akan ada orang yang mampu menggembirakan kita.
kadang-kadang bila susah akan ada pihak yang mampu untuk membantu kita.
kadang-kadang bila terlupa sesuatu akan ada orang yang mengingatkan kita.
semua orang akan punya seseorang atau orang-orang yang mereka hargai seumur hidup mereka.
lupakan seketika keluarga kerana keluarga memang tidak akan lari dari kehidupan kita.
mereka yang dimaksudkan adalah sahabat.
anda punya sahabat? jika anda tidak suka bergaul sekalipun saya percaya anda tetap sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat.
apa yang sahabat anda pernah lakukan untuk anda?
ketika anda sakit, berjauhan dari keluarga sahabat anda yang menjaga anda.
ketika anda terlupa sesuatu sahabat anda akan mengingatkan anda.
ketika anda berasa letih seharian suntuk melakukan pekerjaan gelak tawa sahabat anda yang akan mengurangkan kepenatan anda.
ketika anda tiada teman untuk berbicara ada sahabat yang mendengar luahan hati anda.
anda juga punya sahabat yang tersendiri.
sahabat banyak ragamnya ketika bersama.
ada yang menggembirakan, adakalanya ada jua yang membangkitkan kemarahan.
tapi kemarahan itu tidak pernah kekal andai mereka itu sahabat sejati anda.
sahabat jangan disalah pilih kerana akan tiba suatu detik mereka ini yang membantu anda mencorak seni kehidupan anda.
sahabat jangan disakiti hati mereka secara berlarutan kerana anda jua yang merana jika anda bermusuhan kelak.
jadi, anda terkenangkan sesiapa di ketika ini?
mungkin anda mengingati sahabat anda.
ya, saya juga punya sahabat saya tersendiri untuk dihargai.
sahabat saya sendiri yang boleh untuk saya percayai.
sahabat saya sendiri yang boleh ditangisi penderitaan mereka.
sahabat saya sendiri yang sukar untuk saya temui.
Sahabatku membimbingku, sahabatku jua mendewasakanku |
No comments:
Post a Comment