commercial break

14 September 2010

Awak tak suka?



Awak, saya selalu perhatikan awak bila kita berjalan bersama. Muka awak akan jadi masam bila awak nampak pasangan lain lalu depan kita. Bila awak nampak mereka berpegangan tangan, awak akan mengalih pandangan. Bila awak nampak betapa mesranya mereka berpelukan, awak akan buat-buat pandang saya.

Awak, bila kita keluar bersama saya tak pernah menyentuh awak. Pegang tangan awak pun saya tak pernah. Bukan saya tak sayang awak, bukan saya tak sukakan awak.

Tiba satu hari, awak bertanya pada saya. "awak, kenapalah awak tak nak pegang tangan saya? cuba tengok pasangan lain, mereka nampak mesra saja. bukan macam kita, macam tak ada perasaan bila berjalan sama." Saya hanya tersenyum bila awak kata begitu. Bukan sekali sahaja awak bertanyakan soalan yang sama, bahkan selalu. Selalu juga awak persoalkan pada saya, betul ke saya sayangkan awak?

Hari ini, saya nak jawab soalan awak.

Kenapa saya tak nak pegang tangan awak? Kenapa saya tak nak peluk mesra awak?

Awak belum jadi milik saya. Awak belum terikat dengan saya. Awak dan saya belum disatukan dengan ikatan nikah. Jadi, saya tak boleh menyentuh awak. Awak dan saya belum tentu ada jodoh. Sekalipun saya sangat berharap agar kita berdua akan diikat dengan ikatan nikah, itu belum lagi berlaku.
Saya tak nak pegang tangan awak, sebab ianya untuk suami awak.
Saya tak nak peluk awak, sebab pelukan itu untuk suami awak.
Saya tak mesra dengan awak sepertimana pasangan lain sebab saya tak nak awak ingat kemesraan itu sekiranya antara kita tiada jodoh.

Jadi, awak masih berharap agar saya memeluk awak? Agar saya memegang tangan awak? Kalau itu harapan awak, maaf sebab saya bukan orang yang boleh awak harapkan.

2 comments:

farah A said...

nak nanges , wuu

cik kompas said...

erm..sudah jadi kebiasaan remaja sekarang. sebenarnya perkara itu bkn biasa tp luar biasa.

apa yg penting, jaga hati,jaga diri, insyaallah iman terjaga.

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails