commercial break

12 September 2010

impian sang pemuja

aku ingin terbang ke langit
aku ingin gapai bintang yang berkerdipan
aku ingin bersama bulan
aku ingin jua melihat awan

semua itu telah lama kudambakan
tanpa pernah aku lupakan
bagaimana rasanya lelah mengejar impian
takkan mudah untuk kau dapatkan

aku seorang pemuja
pemuja yang lelah tanpa bicara
kerna setiap bicara yang aku tuturkan
adakalanya mengundang kebinasaan

apa itu impian?
apa itu harapan?
apa itu dambaan?
pernah kau fikirkan?

impian, bukan jaminan
harapan, bukan kejayaan
dambaan, adakalanya satu penyiksaan
tidakkah kau rasakan?

aku tidak pernah berhenti
berhenti bermimpi di siang hari
usah dikira berapa kali
tidak terhitung jari jemari

namun
andai impianku tidak ku kecapi
adakah aku harus berhenti?
berhenti dari terus bermimpi?
berhenti dari mencari-cari?

andai hari ini aku berhenti
dari mengejar impian ini
pasti lewat hari nanti
aku menyesal tiada henti

jadi usah dikira kegagalanmu
tapi dinilai kualiti kejayaanmu
berapa puaskah hatimu?
bila kau melihat kejayaanmu

2 comments:

fieza said...

dalam maksudnya tuh...;)

cik kompas said...

jgn pernah berputus asa.

kegagalan itu sebenar pengalaman pahit yang mengajar seribu erti untuk terus melangkah kehadapan.

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails