Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa lagi pada hari ini. Masih lagi bernyawa untuk memohon keampunan kepada ALLAH S.W.T atas segala dosa-dosa kita.
Entri kali ini memaparkan video mengenai keindahan bacaan ayat suci Al-Quran.Sebelum menonton video ini, bagi sesiapa yang mengatakan dengan mendengar lagu itu boleh menenangkan jiwa anda. Silalah pertimbangkan semula. Saya pasti, kalau tidak semua sekalipun, pasti ada di antara anda yang menonton video ini akan menemui ketenangan.
Jadi, silalah tonton video di bawah ini
Bagaimana, apa pandangan anda?
Sebak, insaf, dan terasa kerdilnya diri tatkala mendengar bacaan beliau.
Kalau nak dibandingkan dengan bacaan saya, amatlah jauh perbezaannya.
Siapa kata lagu adalah penenang jiwa? ALLAH S.W.T telah menyediakan kita dengan panduan yang lengkap. Al-Quran sebagai penenang jiwa, sumber pengetahuan, rujukan sains dan lengkap dengan segalanya.
Sedihnya bila mengenangkan mat-umat islam kini semakin meminggirkan Al-Quran tatkala para pengkaji barat berebut-rebut untuk mengkaji Al-Quran dalam mentafsir penemuan baru. Bahkan mereka yang bukan beragama islam itu lebih memahami Al-Quran dari kita umat islam sendiri.
Rintihan ini adalah untuk mengingatkan diri saya juga kerana saya juga antara golongan yang tidak memahami Al-Quran.
Jadi, sekadar untuk renungan bersama. Marilah kita Meningkatkan kembali martabat Islam sebagai agama yang satu dan benar di mata semua orang. INSYAALLAH.
1 comment:
sgt suke entri nih...;p
Post a Comment