commercial break

29 November 2010

LAPORAN KHAS

Laporan khas dari gedung rasa.

Kira-kira jam 2.50 petang, kami warga UiTM yang terlibat dengan Skim Khidmat Pelajar (SKP) bahagian Perancangan dan Strategik (PPS) untuk Konvokesyen Edisi 73 dikejutkan dengan kejadian ribut. Bermula dengan hujan renyai, secara tiba-tiba bertukar menjadi ribut yang boleh dikatakan ganas jugalah!

Tragedi bermula dengan pergerakan ricih meja-meja jamuan untuk konvokesyen yang cuba untuk mencederakan rakan SKP saya, Encik Fareez tapi tidak berjaya gamaknya. Beliau berjaya mengelak menggunakan jurus rahsia, lantas mengejutkan kami semua warga-warga SKP. Dalam kekalutan semua orang untuk melarikan diri dari keganasan ribut tersebut, masih terdapat para pelajar yang mungkin tidak mempunyai deria rasa datang kepada kami seraya berkata "Kak @ Abang, nak dapatkan kad biru". 

Mungkin mereka sudah biasa dengan suasana ribut, itu saya tidak tahu. Tapi yang pastinya, kami semua warga SKP PPS berusaha selagi terdaya untuk melarikan kaunter kami ke bahagian lain. Kesudahannya adalah sangat baik, kami selamat tanpa sebarang kecederaan walaupun baju kami mengalami kebasahan. Setelah kaunter berjaya dipindahkan, kad biru kembali menjadi rebutan pelajar yang ingin segera mendapatkan jubah konvokesyen mereka. P/S: hari ini adalah sesi raptai dan pengambilan jubah

Oleh itu, saya sertakan juga bukti-bukti kejadian untuk anda ambil iktibar. 





Seperti yang anda lihat di atas, gerai-gerai sempena konvokesyen telah rosak teruk akibat kejadian ini. Namun, seharusnya kita bersyukur kerana tiada kecederaan dilaporkan berlaku. Takziah ke atas para peniaga yang mengalami kerosakan barang-barang. Mungkin hari esok, harga barang akan turun dan pelajar akan membeli secara borong, siapa tahu?

Sekian laporan khas dari GEDUNG RASA. Terima kasih kerana membaca!

7 comments:

Syafiq Rosli said...

huhu..agak teruk jgk ye..seb bek la xde kecelakaan..x sgka..

GR said...

yeah, tau tape. tak sangka leh kena ribut secara tiba2.

blurryhanis said...

whoOAAA...dasyat semalam...pengalaman..kelakar kte smlm

SuhaNa said...

Amaran dari Tuhan untuk sesiapa yang berfikir~

GR said...

hanis: yeah, mmg lawak!
suhana: peringatan untuk mengingatkan kealpaan. :)

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

Alahhuakbar!

dah lama tak ambil tahu berita keadaan di Malaysia :( Haih. ributnya dekat mana ni...?

GR said...

tak mengapa, mungkin anda sibuk dengan tugasan anda sebagai pelajar ya?
ini di uitm shah alam.

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails