commercial break

31 December 2011

Kisah ubat yang hancur

Assalamualaikum w.b.t.

Wah lamanya tak menaip di blog ni. Gara-gara terlalu sibuk dengan tugasan sebagai pelajar tahun akhir. Sekarang ni GR hanya menanti detik peperiksaan sebelum tamat segala usaha sebagai seorang pelajar. Lepas ini kena cari kerja pula. Jadi apa khabar anda semua? Masih ada yang membaca blog ini? Huhu. Sekarang ni GR tak berapa sihat. Doktor sahkan GR demam dan terkena jangkitan. Err jangkitan apa itu tak pastilah pula, tapi kena ambil darah jugalah. Adalah sesuatu tu agaknya. 

Banyaknya ubat yang harus dimakan!
Sebenarnya ilham untuk entri kali ini datang daripada ubat-ubatan yang GR dapat semalam. Teringat zaman kecil dahulu, punyalah susah nak makan ubat. Kalau dulu, GR memang tak boleh nak makan ubat. Walaupun ubat itu hanya perlu diminum, memang susah nak habiskan. Setiap kali makan ubat saja, pasti muntah kembali. Pelik jugalah, kenapa jadi macam tu kan. Sampaikan kena marah dengan mak GR sebab susah sangat nak makan ubat, hehe.

Jadi terpaksalah guna alternatif lain untuk makan ubat. Nak tahu apa caranya? Malu jugalah nak cerita, sebab GR tak pernah cerita kat sesiapa pun sebelum ni. Kira pembaca blog ni beruntung jugalah, haha. Macam ni caranya, kalau ubat yang berbentuk pil, mak GR kena hancurkan ubat tu jadi serbuk, letak atas sudu. Tapi kena tambah air sedikit. Buat macam tu, senanglah pula nak makan. Tapi sebenarnya, kalau dah dihancurkan, ubat tu jadi lebih pahit. 

Sumber Google
Hah, ubat yang berbentuk kapsul di atas ni lagi memberi masalah kepada GR. Lagi susah nak telan. Jadi, terpaksalah mak keluarkan serbuk yang ada dalam kapsul tu, lantas dimakan dengan cara yang sama sepeti sebelum ni. Ubat yang ni lebih pahit daripada pil biasa, huhu. Kalau ubat cecair pula, tak boleh diminum secara terus, kena diselang-seli dengan minum air. Susah kan? Hehe.

Tapi itu semua dululah, waktu kecil lagi. Sekarang dah senang nak makan ubat. Bila teringat balik, tersenyum jugalah, huhu. Apa puncanya susah nak makan, mungkin sebab GR sendiri dah selitkan dalam fikiran yang ubat ni pahit. Walhal, makan dengan cara macam tu lebih pahit.

Itu sajalah cerita kali ini. Dah lama sangat tak menulis blog, tak mampu nak tulis panjang-panjang. Nantilah kalau ada kesempatan lagi, blog ini akan kembali aktif. Mungkin tak seperti dulu, tapi mungkin dapat peluang dalam seminggu dua atau tiga kali pun jadilah. Kepada yang masih membaca blog ini, terima kasih GR ucapkan. Kepada yang baru baca blog ini, terima kasih juga sebab sudi singgah di blog picisan ini. GR harapkan agar semua orang berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sekian, terima kasih.

nota kaki kiri: Kalau sakit tu, makanlah ubat ya. Jangan harapkan sakit tu nak sembuh sendiri tanpa berusaha =)

5 comments:

cik kompas said...

hahaha...takut ubat ya...

kdg2 memori zaman kecik2, boleh buat kita senyum bila ingt.

semoga cpt sembuh

brat2104 said...

sama la kaedah kita. siap dulu benci dgn kapsul.. rupanya mkn kapsul tu la yg senang.. huhuhuh

Nieza Micha said...

Kalau Nieza, sampai skung x reti nak telan ubat.. hahaha.. terok betul..XD

fathiahRAIHANA said...

haa sama la kecik2 dulu ckup susah nk makan ubat bijik2 ni, haha. yg si mak pulak jenuh cr jalan nk suruh mkn jugak hee.

Miss Red Apple said...

baguslah.. sy pon samer la.. tp sy nie dulu dah terbiasa telan ubat smpai naik jemu. last2, jadi fobia dgn ubat, doktor dan hospital. susah gila nak telan ubat.. nampak ja..terus lari. skrg nie, Alhamdulillah, berani telan balik ubat klau sakit..

lawatan dari:
kebun epal dan tagged

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails