Assalamualaikum.
GR baru sahaja balik dari makan di kedai mamak.
Dapat idea nak taip entri masa makan seorang tadi. Rupanya ada hikmah juga makan seorang ni ya, hehehe.
|
Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam |
Hah, itulah gambar restoran yang GR singgah untuk makan tadi. Promosi percuma untuk restoran ni, hehehe.
Sebenarnya GR bukanlah pengunjung tetap kedai-kedai mamak ni, cuma kadang-kadang sahaja.
Cuma yang GR hairankan adalah, kenapa apabila dibuka kedai mamak seperti ni, pasti ramai pengunjungnya?
Nak kata masakan yang sedap, tak juga kerana banyak lagi kedai yang menyediakan masakan yang lebih sedap.
Mungkin kerana restoran mamak seperti ini dibuka 24 jam memudahkan orang ramai untuk datang?
Ada ke sesiapa yang sudi jawabkan soalan ni untuk GR? hehehe.
Ops, GR bukannya bersifat diskriminasi kepada restoran mamak ya, cuma kalau nak diikutkan masakan mereka tidaklah sesedap restoran masakan kampung dan harga juga ada yang lebih mahal sedikit.
Jadi, mengapa masih ramai yang datang makan di restoran mamak ni?
Tolong, GR sudah pening memikirkannya.
*jangan percaya
|
Ramai kan? |
Tengok, ramai kan pengunjung di restoran tersebut?
Ok, GR tak cemburu pun dengan kejayaan restoran mamak mengambil hati pelanggan. Itulah yang dinamakan rezeki.
Jadi, kepada anda-anda yang suka makan di restoran mamak, cuba beri jawapan kepada GR mengapa anda suka makan di restoran ini?
Ok, tiada jawapan agaknya, hehe.
Oh ya, ini ada pesanan khas:
*untuk para pengunjung yang singgah di blog GR ini, terima kasih GR ucapkan. Buat masa ini, GR tak dapat untuk menjelajah ke blog-blog lain. Apa-apa pun bila GR sudah kurang sibuk, insyaallah GR akan cuba singgah di blog-blog anda semua. Sesungguhnya anda adalah pengunjung yang hebat. =)
Sekian sahaja,
wassalam.
nota kaki kiri: curi masa untuk menaip entri. kerja tak siap lagi ni.
NOTA KHAS: PERTANDINGAN APA ITU KITAR SEMULA AKAN DITUTUP MENJELANG 12.OO TENGAH MALAM INI. GR TAK SEMPAT UNTUK MENGUMUMKANNYA PADA WAKTU ITU NANTI. HARAP MAKLUM