commercial break

13 February 2011

Apa blogger ni dah buat?

Assalamualaikum.
Sekarang GR berada di fakulti, bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewa.
Secara tiba-tiba saja perkara ni bermain di fikiran.

guna semula, sumber google

Sepanjang GR menjadi penulis blog, pelbagai jenis blog yang GR dah lawati.
Macam-macam ada sebenarnya dalam dunia blog ni, bukan sekadar diari sahaja.
Kalau dulu semasa belum menulis blog GR fikirkan bahawa blog itu hanya menjadi tempat luahan hati oleh penulisnya. Umpama diari, semua aktiviti akan diceritakan.
Tapi rupa-rupanya GR tersilap kerana ramai penulis blog yang menggunakan blog mereka sebagai medium menyampaikan informasi, teguran, melawak, mengarang dan macam-macam lagilah.

Sekarang apbila dah bergelar penulis blog, GR terfikir pula apa yang pernah GR sumbangkan untuk pembaca?
Adakah ada kesannya kepada orang yang membaca? Berfaedah ke penulisan GR?
GR tak mahu penulisan itu menjadi sia-sia, malahan sebaiknya GR selitkan setiap pesanan yang berguna. Bukan apa, kita memang tak sempurna tetapi kalau ingin menunggu orang yang sempurna, sampai bila teguran itu akan bermula kan?
Buat penulis blog yang lain, GR tahu anda semua penulis yang hebat, tapi tak salah kalau kita sama-sama fikir mengenai hal ini. GR juga insan yang banyak kekurangannya.

Sekian, sedikit perasaan yang tersimpan dalam gedung ini.
Wassalam

nota kaki kiri: semoga setiap penulisan kita mampu memberi impak yang berguna~


8 comments:

alyana hamdan said...

gud abg fitri...
hehe...

Fairuz Zainal said...

ye. saye sokong anda! majulah dunia blog! keh keh kehh

Unknown said...

betul tu..entri merepek camne pun, kalau diselitkan pesanan yang baik, ada juga jariahnya..

www.masterfaiz.com

Anonymous said...

gedung.......bagus2...teruskan....
semoge gedung mnjadi blogger yg b'kredibiliti ....hee

Cik' Umie Kalsum said...

bersetuju dgn anda..terbaek! keep it up... :))

Unknown said...

tulis dengan jujur, pada masa yang sama jaga sensitiviti sesama manusia.. :)

KELI OH KELI said...

GR...banyak yg kamu sumbangkan pada pembaca...bahasa kamu yg bersahaja dan penulisan yang baik.

ada idea2 kamu tersendiri pada kebanyakkan entry kamu..tahniah!
(^__^)

GR said...

yana: terima kasih

fairuz: ya, terima kasih kerana menyokong saya. hehehe

silah: terima kasih. insyaallah, sama-samalah kita :)

umi: terima kasih kerana bersetuju

zulfikar: insyaallah, saya akan dengar nasihat anda =)

keli: rasa berharga bila anda memberi pandangan yang bagus terhadap saya. terima kasih =)

terima kasih semua. insyaallah, saya akan singgah di blog-blog anda. belum ada kesempatan lagi untuk meneliti blog-blog yang lain.

=)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails