commercial break

22 February 2011

Bil yang selalu orang abaikan

Assalamualaikum.
Hai apa khabar semua.
Anda selalu bayar bil astro, bil elektrik, bil telefon?
Anda boleh membayar bil talian telefon bimbit anda yang adakalanya mencecah ratusan ringgit sebulan, anda boleh membelanjakan duit anda untuk menaik taraf keupayaan kenderaan anda, anda boleh membelanjakan wang beratus-ratus ringgit dalam satu hari untuk membeli-belah pakaian berjenama.

Hah, tapi anda sering terlepas pandang bil yang satu ini.
Bil ini sering diabaikan sedangkan ianya adalah sangat penting dalam menjaga kestabilan alam sekitar dan sumber air kita.
Bil perkhidmatan Indah Water.
Apa itu Indah Water? 
Indah Water adalah satu syarikat yang menguruskan rawatan sisa kumbahan dari rumah anda.
Terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan dan bandar, anda pasti tahu mengenai bil Indah Water ini.

laman sesawang Indah Water
Anda boleh membaca maklumat lanjut mengenai Indah Water di http://www.iwk.com.my
Bil ini tidaklah mahal mana, cuma RM48 untuk 6 bulan. Pasti mampu bukan?
Kenapa anda perlu membayar bil ini? Ianya kerana proses merawat sisa kumbahan bukanlah satu proses yang mudah dan murah. Buat masa ini, realitinya sistem rawatan sisa kumbahan di negara kita masih di tahap sederhana dan tidak efektif atas dasar kos yang tinggi. Jadi kepada anda semua, langsaikan bil Indah Water untuk kebersihan alam sekitar dan sumber air kita.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: nanti GR akan cerita serba sedikit mengenai sistem rawatan air dan sisa kumbahan. Insyaallah :)

3 comments:

alyana hamdan said...

hehehe....
info yang terbaik bagi mereka yang stay kat bandar..
yana xperlu lah kan..yana stay kampung jek..hehe...

Miss Bluepinkiey said...

x pernah dengar pun ttg ni..thx 4 d info yer..:D

GR said...

yana: tak apa untuk pengetahuan bersama. hehehe

miss: tak pernah tahu ke? ok sekarang dah tahu. sama-sama :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails