commercial break

19 February 2011

Dia mimpi, aku rindu?

Assalamualaikum.
Sedang membuat kerja di fakulti, dan tiba-tiba terpaksa menaip entri ini.
Kata orang tua-tua, kalau kita mimpikan seseorang itu, maka bermaksud orang itu teringatkan kita.
Eh, betul ke ada kata-kata ini? GR tak pernah dengar, tapi ada orang beritahu, hehe.

Betul ke kalau kita mimpikan seseorang, maka bermaksud orang itu teringatkan kita.
Wah, jadi kalau GR mimpikan Lisa Surihani bermaksud dia teringatkan GR?
Kan seronok kalau begitu, hehehehe.
Bagi GR, mimpi ini hanya mainan tidur. Kadang-kadang ianya boleh membuat kita terpesong kalau menafsir sesuka hati.
Memang ada mimpi-mimpi yang menjadi petanda sesuatu untuk kita, tapi bukan semuanya.
Hanya yang terpilih sahaja, bukan semua orang akan dapat memahami sesuatu melalui mimpi.

Jadi, untuk mereka yang percaya akan kata-kata sebegini dan mudah mentafsirkan mimpi, beringatlah ya.
Bukan hendak menidakkan kata-kata orang dahulu, cuma orang dahulu apabila mereka berkata-kata kadang-kadang maksud mereka lain. Sebagai contoh, jangan makan beralih, nanti kahwin ramai. Walhal maksud mereka sebenarnya adalah jangan makan beralih supaya senang untuk mengemas dan tidak mengotorkan tempat lain.

Jadi, kepada anda semua janganlah mudah percaya kepada semua perkara. Fikirkan dahulu supaya kita tidak terpesong.
Sekian sahaja, wassalam.

nota kaki kiri: dia yang mimpi, dialah yang rindu :)

5 comments:

Anonymous said...

btol btol btol...
*dlm gaye ipin*

Unknown said...

saya setuju nota kaki....
dia mimpi dialah rindu...
hahaha...

visit my blog!!!!

brat2104 said...

otak ada gelombang. dan gelombang tu kalau cukup kuat boleh jadi penghubung antara 2 orang. mungkin gelombang otak si perindu tu sampai kepada si pemimpi.. tu yg pemimpi tu mimpi kat dia..

sebab aritu aku rindu gile kat seseorg dan mlm tu dia mimpi aku.. hehe

aku tau dia xkan rindu aku =(

Syafiq Rosli said...

haha wah lisa tuh..

GR said...

silah: haha comel je. :P

azrul: haha betul kan tu. insyaallah :)

brat: tapi kalau kita mimpi orang yang dah tiada? atau orang yang tak kenal kita macam mana? hehehe

syafiq: haha aku nak jugak lisa

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails