commercial break

23 February 2011

MangaStream, anda tahu apa itu?

Assalamualaikum.
Hari ini saya tak tahu nak cerita apa, tapi tiba-tiba teringin nak beritahu anda semua mengenai MangaStream.
Peminat-peminat manga atau komik jepun pasti tahu mengenai laman ini. Jika anda tidak tahu, silalah buka laman ini.


Kebiasaannya, para peminat manga One Piece, Naruto, Bleach dan Fairy Tail akan membaca manga di sini. Selain itu, ada juga forum untuk membincangkan mengenai manga-manga tersebut. Terdapat perbincangan mengenai ramalan untuk bab akan datang dan juga sedikit maklumat mengenai bab seterusnya.
Jadi, kepada peminat manga, silakan buka laman ini.

Sebelum ni, GR selalu baca manga di laman OneManga yang sudah ditarik balik pengeluaran komiknya atas masalah hakcipta. Antara manga yang GR minat adalah One Piece, Naruto, Bleach, Fairy Tail, Toriko, Reborn, Bakuman, Prince of Tennis, Kenichi dan lain-lain.
Banyak kan? hehe. Ya, GR memang seorang fanatik manga. Rasanya tak salah pun, membaca manga kadang-kadang membantu GR untuk menambah pengetahuan juga dari segi bahasa inggeris. Belajar boleh dalam macam-macam cara kan?

Eh, sebelum terlupa. Untuk laman MangaStream ini mereka hanya mengehadkan galeri kepada 4 bab sahaja. Jadi, anda tidak boleh untuk membaca bab-bab yang sudah terlepas. Jika mahu, anda boleh juga mencari di laman-laman yang lain seperti MangaFox dan MangaReader.
Sekian sahaja, sedikit perkongsian hari ini.
Semoga berjumpa di lain masa.
Wassalam.

nota kaki kiri: anda minat manga apa ya? cuba cerita sedikit =)

4 comments:

Mohd Syahidi said...

ada jgak geng yg mnat ngn mnga....
aku ingt aku sorg jer....hahaha....
lma xdngr cter psl one manga....apa jdik huh???

Aleen Aiden said...

kalau pasal anime,memang alin fail.hu3

deqlis said...

thanks for the info...

GR said...

syahidi: ramai sebenarnya yang minat. onemanga? hak pengeluaran komik tu ditarik balik, kalau tak silap. laman tu ada lagi, cuma tak ada siaran komik.

aleen: hehe, anime menariklah

deqlis: minat manga juga ke? sama-sama :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails