commercial break

11 February 2011

Pemandu itu biadap, bagaimana?

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia (perasan sebentar ya).
Apa khabar semua? Sihat harapnya.
Sudah beberapa hari GR tak update blog kerana kesibukan.

Untuk entri kali ni, GR nak kongsi sesuatu. 
Bagaimana untuk melayan pemandu yang biadap di jalanraya? Mesti ramai pembaca yang mengalami benda yang sama dengan GR. Berhadapan dengan pemandu yang biadap dan ego bukannya mudah, sebabnya mereka ini tak kisah mengenai orang lain. Pengecualian diberi kepada mereka yang mempunyai kes kecemasan. Bagaimana klasifikasi pemandu biadap dan ego  itu dan bagaimana hendak berhadapan dengan mereka menggunakan cara yang berhemah? Sila teruskan bacaan anda.



Situasi pertama:

 Anda sedang beratur menunggu lampu isyarat bertukar menjadi warna hijau. Barisan ketika itu sangat panjang dan teratur. Tiba-tiba sebuah kereta tanpa rasa was-was berhenti di tepi anda sambil menunjukkan bahawa dia sudah bersedia untuk memasuki ruang di hadapan anda walaupun hakikatnya ruang itu kecil. Apa nak buat?

Buka cermin kereta anda lalu pandang ke arah kereta tersebut. Lemparkan senyuman yang paling sinis sambil perlahan-lahan menekan pedal minyak dan merapatkan jurang kereta anda dengan kereta hadapan. Awas, pandang hadapan semasa menekan pedal minyak dan jangan terlalu rapat.

Situasi kedua: 

 Anda sedang memandu di laluan yang sempit dimana hanya boleh memuatkan sebuah kereta dan sebiji motor sahaja. Tiba-tiba, di hadapan ada sebuah kereta lain sedangkan di belakang anda ada beberapa buah kereta lagi. Kereta di hadapan tak mahu mengalah dan anda pula tidak boleh bergerak kerana tiada lagi ruang. Apa perlu anda buat?


Pandang tepat ke arah kereta tersebut sambil melemparkan senyuman yang paling tak ikhlas kepadanya. Tekan pedal minyak perlahan-lahan, awas perlahan-lahan ya. Sekiranya dalam masa seminit tiada reaksi daripada pemandu kereta tersebut, gunakan khidmat hon yang sedia ada. Tekan sekali sambil menunjukkan jari ke arah belakang. Jika masih tiada reaksi, tekan hon berkali-kali sambil membuat mimik muka paling marah. Insyaallah, pasti akan ada reaksi daripada pemandu tersebut. Reaksi yang bagaimana? Cuba buat baru tahu.


 Situasi ketiga:

Kereta anda diletakkan di ruang meletak kereta sebuah pasaraya. Selesai melakukan urusan, anda mahu keluar dari kawasan meletak kereta ada sebuah kereta lain yang berhenti di belakang kereta anda. Bukan sahaja dia berhenti, malahan dia berbual dengan seseorang yang berada di luar kereta. Lagaknya sangat bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan anda sudah terang-terang masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Apa nak buat ni?


Jangan panik dan berfikiran positif. Mungkin dia tiada niat untuk berbuat begitu, mungkin dia tidak perasan kehadiran anda. Tekan pedal minyak perlahan-lahan tanpa memasukkan gear. Tekan pedal dua atau tiga kali. Sekiranya dia masih kelihatan asyik berborak, gunakan hon anda. Tekan dua atau tiga kali. Jangan cepat marah, kawal perasaan anda. Insyaallah, ada reaksi akan berlaku. Jika tiada juga, mungkin anda perlu keluar dan memberitahu kepada beliau. Ok?



Rasanya cukup sampai di sini sahaja tips kali ini. Berhemah tak? Memang berhemah kan, hehe. Jangan cuba buat tau, kalau boleh bersabar cubalah untuk bersabar. Tiada kerugian yang kita dapat kalau kita bersabar malahan kita diberi pahala jika bersabar. Apa yang saya sampaikan dalam entri kali ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Cubalah cari, hehe.

nota kaki kiri: jalanraya boleh menjadi tempat yang sangat bahaya untuk kita.

6 comments:

Nieza Micha said...

situasi pertame tu selalu kene.. suke2 jek motong belah kiri.. time dah lampu ijau, mule la nak nyelit.. tp nieza sabor jela.. bg jela masuk.. tp dlm ati, bengkek jek.. hoho..

GR said...

hohoho. memang seorang pemandu yang penyabar. baguslah :)

Madam Pam said...

salam dik, kita nie kena banyak bersabar, x payah nak ikut perangai depa. kalau kita rasa depa nie kurang cerdik,kalau kita ikut depa, kita pun jadi kurang cerdik...betul?so jadilah org cerdik...(nk kurangkan sakit hati, selalu pk positif kat org, mungkin depa ada hal emergency....)

alyana hamdan said...

banyak nye situasi..tak sanggup den..

Anonymous said...

eheheheee...tips ni agak sopan sedikit..klo org yg bengang cpt tu rse lbih dr ni die wat..hakhak

GR said...

madampam: hehe, memang pun. tips ni bukan nak suruh orang jadi pemarah tapi cuba baca pesanan terakhir saya tu.

yana: tak sanggup? realiti di jalanraya

silah: memang saya seorang yang sopan pun. hehehehe

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails