Assalamualaikum.
Hari ni seperti biasa aktiviti kalau di rumah adalah melihat blog di awal pagi.
Blog pertama yang saya singgah hari ni adalah blog BEN ASHAARI.
Entri tersebut adalah mengenai pandangan beliau terhadap masalah para graduan baru yang ingin mencari kerja. Entri tersebut agak panjang, tapi tidak menghalang saya untuk membacanya sehingga habis.
Hakikat yang dinyatakan itu sebenarnya benar-benar berlaku di sebalik masalah pengangguran graduan IPTA dan IPTS.
sumber google |
Ya, saya sekarang sebagai pelajar tahun akhir turut berada di dalam dilema kerana memikirkan samada saya akan menemui kerja yang sesuai selepas graduasi nanti. Malah, fikiran saya sebenarnya lebih ke arah adakah mampu untuk saya mengadaptasi segala pengetahuan yang saya terima di alam pekerjaan saya nanti.
Kalau dikira berdasarkan jurusan yang saya ambil sekarang iaitu kejuruteraan awam, fikiran saya lebih ke arah mampukah secara teknikalnya saya mengaplikasikan segala teori itu dalam menyelesaikan masalah. Tapi, kita lupakan seketika perkara itu.
Dulu, semasa selepas SPM, saya pernah bekerja. Biasalah, lepasan SPM tanpa sijil kerjanya tentulah sekadar ada duit di poket. Kerja saya masa itu sebagai pekerja hotel di bahagian housekeeping. Selepas keputusan SPM keluar, saya bertukar kepada operator pengeluaran kilang pula. Ok, gaji operator ketika itu dirasakan sangat lumayan bagi seorang remaja yang baru kenal erti hidup. Selepas itu, saya memulakan pengajian di peringkat diploma. Sewaktu tamat diploma, saya ada mencuba untuk mencari kerja sementara di kilang-kilang. Ada juga tawaran tapi kerana terlampau lambat saya terpaksa menolak.
Cuti semester pengajian peringkat ijazah semester 5 (saya sambung ijazah bermula dengan semester 4) saya luangkan masa dengan bekerja sebagai budak kantin bersama Fauzi. Adalah sedikit duit untuk bayar sewa rumah. Masa pengajian semester 6 saya ada mengambil peluang bekerja separuh masa di hotel sebagai pekerja bahagian banquet. Selepas itu, ketika cuti semester 6 saya bekerja sebagai pembantu majlis konvokesyen di UiTM. Sekarang saya semester 7, saya bekerja sebagai penulis blog, hehe. Abaikan yang itu.
Kenapa saya cerita pengalaman saya bekerja?
Sebabnya, seperti yang dinyatakan dalam entri yang saya pautkan tadi, terdapat graduan-graduan di Malaysia ini yang merasakan bahawa mereka tidak setaraf untuk melakukan kerja-kerja seperti ini. Tidak sesuai dengan sijil, diploma, dan ijazah yang mereka ada. Tolonglah, kita sebagai mahasiswa perlu bangkit. Ruang pekerjaan bukan lagi seperti ketika zaman ibu bapa kita. Malaysia sedang menjalani pembangunan sebagai salah sebuah negara dunia ketiga. Jadi, peluang itu tidak semudah dahulu, tambahan pula persaingan dari segi graduan yang ramai.
Saya sendiri tidak kisah sekiranya saya perlu bekerja seperti pekerjaan sebelum ini sekiranya saya tidak menemui peluang pekerjaan selepas graduasi nanti. Sementara mencari pekerjaan yang sesuai, insyaallah saya akan cuba untuk tidak menganggur. Saya tidak malu untuk bekerja seperti itu, kerana orang sekarang sebenarnya tidak lagi bercakap. Semuanya sudah tahu realiti kehidupan kita bagaimana di zaman sekarang. Mungkin juga saya akan jadi penulis blog sepenuh masa, hehe. Lupakan itu, saya harus berbalik kepada realiti.
masih dari google |
Jadi, saya harap dengan sedikit penulisan ini dapat memberi mesej yang berguna kepada para graduan dan mahasiswa. Kalau tidak ramai sekalipun, harap-harap ada seorang dari sepuluh ribu graduan yang membaca entri saya ini. Sekurang-kurangnya daripada 30000 graduan yang ada nanti, ada 3 orang yang akan sedar.
Sekian sahaja daripada saya pagi ini.
Wassalam.
nota kaki kiri: entri sedikit panjang hari ini
7 comments:
Banyak jugak pengalaman kerja awak ni, bagus betul.. mahasiswa mcm ni la yg kita nak, berkualiti.. berpijak pada bumi yg nyata.. :)
entry yg bagus.. Thumbs up!!
hehe, terima kasih. inspirasi dari entri anda. :)
kini.. kebanyakan student xmacam dulu...
bile belajar tinggi..
diorang pk2.. kene keje pown pangkat tinggi.. gaji mesti tinggi
betol??
ya. kita seharusnya berpijak di bumi yang nyata, zaman tak sama seperti dulu lagi
feat lela panggil keje...
apalagi amik berus cuci vanlah
hahahaaaa
tunggulah cuti lama sikit nanti. haha
jom fit join skp lagi, bulan mei nanti
Post a Comment