commercial break

02 February 2011

Suai Kenal Blogger Baru edisi Februari

Assalamualaikum.
Baru pertama kali nak turut serta dalam segmen BEN ASHAARI ni.
Harap-harap penyertaan saya diterima. 
Ok, tanpa membuang masa.

Apa pendapat saya mengenai http://www.1tube.my/?
Ok, laman ini agak serupa dengan YouTube, tapi ianya adalah laman buatan Malaysia.
Saya sebenarnya tak berapa tahu sangat, baru sahaja beberapa hari yang lepas diperkenalkan dengan laman ini.
Melalui apa yang saya baca, di laman ini videonya lebih tertapis.
Maka, tidak seperti YouTube, laman 1tube setakat ini tidak membawa masalah gejala sosial. Insyaallah.

Dunia blog di Malaysia semakin menarik kerana
Ok, ini berdasarkan pendapat saya. Kalau kita lihat sekarang industri blog semakin meriah dengan kehadiran ramai penulis blog baru, punca utamanya saya pasti kerana pengaruh penulis blog yang terkenal. Kebanyakannya terpengaruh setelah melihat pelbagai kejayaan yang dikecapi.

Hah, di sini adalah kesan baiknya. Dengan kewujudan penulis blog baru ini, variasi penulisan blog semakin hari semakin berkembang. Maka, kalau kita lihat blog kini tidak lagi hanya menjadi seperti diari semasa bahkan terkandung juga sudut-sudut informasi, segmen-segmen menarik, penulisan cerpen, dakwah islamiah dan pelbagai lagi. Nampak tak, di situ kita boleh mengubah persepsi orang-orang luar yang tidak mempunyai blog ini. Jadi kalau nak diikutkan apabila persepsi orang mulai berubah, itu menunjukkan blog bukan lagi satu perkara yang luar biasa. Ada blog-blog yang sudah mula dijadikan rujukan terutamanya blog informasi.

Menarik tak? Itulah yang berlaku sekarang, perkembangan pesat dan pertambahan penulis blog memberi warna kepada dunia penulisan alam maya ini. Tambahan pula, kerajaan negara kita masih lagi memberi kebebasan untuk kita menulis selagi tidak menggugat keselamatan. Isu belakang? Saya tak mahu kupas di sini.
Sekian, itu sahaja pendapat saya.

nota kaki kiri: pantang diberi peluang beri pendapat, dah membebel jadinya, hehe.

2 comments:

Dinaz said...

salam singgah dr dinaz, hepi bloging ya..

GR said...

selamat menulis blog juga untuk anda :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails