commercial break

17 August 2011

Apa yang blogger perlu buat?

Assalamualaikum.

Sepatutnya entri-entri dalam blog ini sudah mengurangkan isi-isi yang berkaitan dengan dunia blog, tapi ada sebabnya kenapa GR terpanggil untuk menulis serba sedikit. Salah satunya adalah kerana seorang pembaca dan penulis blog yang sangat budiman. Apa yang membuatkan GR terharu adalah, isi kandungan dalam entri dia yang INI. Tak sangka ada pembaca yang sangat baik sebegini, malahan dia merupakan seorang penulis blog yang GR kira bagus, kerana entri-entri yang dihasilkannya juga berkualiti pada perkiraan GR. Tak percaya? Cuba lihat sendiri dalam blog dia. Baca dan hayati entri-entri dia ok.

Saja nak berkongsi, walaupun mungkin tak ada yang nak ambil tahu pun, mengenai serba sedikit sejarah mengenai pembabitan GR dalam dunia blog dan juga apa nasihat yang GR rasa patut para penulis blog amalkan.

GR mula membabitkan diri dalam penulisan blog sekitar awal 2010 dan sebelum ini ada satu blog lain. Tapi blog itu telah dibuang, atas sebab-sebab tertentu. Jadi blog ini diwujudkan untuk menggantikan blog itu. Sebab utama adalah kerana GR memang suka menulis, dan memang GR sangat lain ketika menulis. Maksudnya, bila menulis, apa yang GR tak dapat fikirkan sewaktu berkata-kata semuanya terluah. Jadi, medan penulisan memang membuatkan GR dapat berfikir lebih luas.

Ok, awal penulisan, GR agak hanyut tanpa arah tujuan dan sangat naif dari segi penulisan, di mana tiada mesej-mesej yang disampaikan, sekadar menulis ikut suka hati, menyertai segmen, contest, dan sebagainya. GR akui, bukan salah untuk menyertai semua itu, tapi ada hadnya. Kalau setakat menyertai dunia blog semata-mata untuk menyertai segmen, contest, dan mencari follower semata-mata, usahlah teruskan. Kerana bagi GR, dunia blog ini boleh dimanfaatkan dengan lebih baik. Sebab itu, GR sudah berhenti menyertai semua itu, atas alasan inilah. Setelah melalui beberapa fasa perubahan, baik dari segi penulisan, identiti dan juga motif, terhasillah entri-entri sebagaimana yang ada sekarang. Bukanlah hebat, tetapi insyaAllah punya mesej dan identiti tersendiri.

Jadi, pesanan untuk Cik Kompas yang sanggup untuk baca entri-entri lama blog ini, harap jangan diketawakan kelemahan yang ada ya, hehe.

Oh ya, sedikit renungan buat para penulis blog yang ada. Ambil masa sejenak untuk anda fikirkan, mengapa anda melibatkan diri dalam dunia blog ini? 

Jika jawapannya untuk kepuasan diri, GR juga menulis untuk kepuasan diri. Tapi apa kata jika kepuasan diri itu disertai dengan hajat untuk menyampaikan mesej-mesej yang baik?

Jika untuk menyuarakan pendapat, seperti blog Rasa Hati, juga dipersilakan, dan cubalah tambah elemen-elemen kebaikan di dalamnya.

Jika jawapannya adalah untuk mencari wang-wang tambahan dengan pelbagai cara yang dihalalkan, baguslah kerana anda mempunyai misi yang bagus. Tetapi, jika anda tambahkan sekali amalan menyebarkan kebaikan, anda dapat lebih daripada duit, ya tak?

Tidak berniat untuk memanjangkan bebelan, sebenarnya GR ingin mengajak anda semua melakukan amal makruf nahi mungkar melalui cara anda yang tersendiri. InsyaAllah, bukan sahaja dapat kepuasan, wang, tetapi anda juga bakal mendapat saham yang baik untuk akhirat, mudah-mudahan. Untuk mendapat pahala, tidak semestinya anda perlu menulis mengenai hukum hakam dalam islam, tetapi dengan menyebarkan kebaikan juga, insyaAllah ada ganjaran yang dijanjikan.

Ok, entri ini dah terlalu panjang rasanya, insyaAllah akan ada bahagian 2, untuk sambungan kepada entri ini. Kesimpulannya, buat masa ini mesejnya adalah cubalah untuk manfaatkan blog dengan menyebarkan kebaikan. Selain dapat menyeru orang lain, kita juga boleh mendapatkan pahala.

Blogger memainkan peranan besar pada zaman sekarang. Cuba lakukan sebagaimana Musafir Ilmu lakukan dalam blognya. Selain berkongsi ilmu, dapat juga ditonjolkan bakat penulisan yang ada. Sekian, insyaAllah ada bahagian kedua. Wassalam.

nota kaki kiri: rasa terharu ok sekarang ni.


7 comments:

cik kompas said...

hahaha....entri sy biasa2 saja GR...

tp sgt setuju dgn ayat "bila menulis, apa yg xdpt dfikirkn sewaktu berkata2 semuanya terluah"

entri2 lama itu juga hasil dari buah fikiran GR, buat apa sy nk gelakkan pulak kn.

apa2 pun terima kasih byk, moga sentiasa berada dilandasan yg betul.

p/s; tersgt terharu baca entri ni..

Anonymous said...

nak juga....

GR said...

cik kompas. terima kasih =)

silah: nak apa tu? huhu

Unknown said...

tulis dan terus tulis.. tulis untuk kongsi pandangan dan pendapat...

belajar utk tidak takut berbeza pendapat... tanpa perlu menjadi kasar...

tulisan yang bagus,akan membuatkan org akan terus membaca tanpa mengharapkan apa2...

terima kasih Tuan Blog... :)

p/s Bloglist rasa hati dah dikemaskini lah... :)

Haikal Blank said...

yeah! walau apa pun tujuan, kalau boleh letaklah sedikit input dan cuba ikhlaskan diri dalam menulis.

aku sdg cuba walau gagal setiap kalinya. tak nampak2 mana inputnya. HAHA

GR said...

zulfikar, terima kasih untuk nasihat, dan juga untuk bloglist itu. sama2 juga :)

haikal blank: cuba dan terus mencuba, insyaAllah pasti berjaya :)

Wardah alisya said...

mencari ketupat di blog GR..dan telah tercampak ke blog cik kompas juga...


dua-dua saya follow.

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails