Assalamualaikum.
Apa khabar anda yang sudi membaca? Semoga sejahtera hendaknya keadaan anda semua. Bagaimana ramadhan? Ada baik ka? Haha dah terkenal dialog dari filem KL Gangster tu. Sangat ramai orang yang terpengaruh dengan fenomena tersebut. Tapi kali ini GR tak mahu bercerita mengenai filem ini, cuma sedikit renungan kita bersama untuk dunia penulisan blog.
Ok, rata-rata penulis blog berminat untuk menyebarkan sesuatu maklumat kepada pembaca. Ya, itu satu amalan yang bagus. Maklumat dan ilmu yang berguna disalurkan kepada pembaca atas niat yang murni. Tak kisahlah jika ada yang mengambil kesempatan menggunakan teknik SEO sekalipun kerana itu boleh dijadikan kegiatan sampingan untuk mencari sedikit pendapatan, ya tak? Yang penting maklumat-maklumat dan juga ilmu pengetahuan dapat disampaikan dan dimanfaatkan oleh orang lain.
Tetapi, dalam keghairahan kita sebagai penulis blog dalam menyebarkan berita, harus kita sedar bahawa semuanya mempunyai had. Apa yang dimaksudkan sebagai mempunyai had? Had di sini adalah untuk memastikan bahawa apa yang kita sampaikan itu adalah perkara yang benar, tanpa ada unsur-unsur fitnah.
Bagaimana pula boleh timbul isu-isu fitnah? Apabila perkara yang kita sebarkan itu belum mempunyai unsur-unsur kepastian yang pasti, dan juga sekiranya ianya melibatkan tuduhan kepada seseorang. Jika sesuatu tuduhan itu tidak benar, bukankah ianya boleh membawa kepada fitnah? Jadi, untuk mengambil langkah selamat, eloklah sekiranya diteliti dahulu kepastian setiap berita tersebut, samada ianya merupakan daripada unsur-unsur yang boleh dipercayai. Sekiranya anda benar-benar yakin dengan berita tersebut, silakan untuk menyebarkannya, itupun sekiranya ianya membawa kebaikan kepada kita.
Jika tidak, akan terjadilah kes-kes penulis blog disaman, kes-kes penulis blog dikecam kerana menyebarkan berita palsu. Kalau anda mempunyai fakta yang kuat, sila kemukakan, sepertimana yang dilakukan oleh blog aididleaks.
Maklumlah, pada hakikatnya memang penulis blog kebanyakannya suka mengambil kesempatan untuk menggunakan isu-isu panas sebagai daya tarikan blog. Ini adalah hakikat, suka atau tidak, terimalah.
Hadis Rasulullah S.A.W.
Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
”Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.”
(Muslim)
Ibnu Abbas menceritakan :
”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”
(Bukhari)
Dua hadis di atas menunjukkan betapa beratnya kesalahan melakukan fitnah ini. Jadi cubalah untuk kita elakkan daripada melakukan perkara ini, walaupun dalam keadaan tidak sengaja. Elakkan dari menyebarkan tuduhan yang kita sendiri tidak pasti akan kesahihannya, ok?
Pesanan ini ditujukan khas buat semua blogger, termasuk diri GR sendiri, kerana kita memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan maklumat kepada pembaca. Apa saja yang kita sampaikan, ada pembacanya yang tersendiri. Jadi, pilihan di tangan kita, untuk menyampaikan kebaikan ataupun tidak.
Jika anda menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua, insyaAllah, ada ganjarannya. Amal Makruf Nahi Mungkar. Semoga berjumpa di lain entri. Sekian, wassalam.
nota kaki kiri: mungkin ada antara entri GR yang juga menyampaikan tuduhan? :(
7 comments:
a'ah lah kan.semoga kita sama2 beringat lepas nei.
true! kdg2 kalau ad berita hangat, sboleh semua nak cerita, tp isi same. xtau btul atau x, men cite aje skali.
ak pn cuak nk tulis bnde outside. my mum pn da pesan awl2. :)
betul tue saya setuju..kt kne siasat dulu sesuatu maklumat tue sebelum sebarkn sbb takut mejaid fitnah..
aku kalau bukak blog, ada sumber fitnah atau copy paste tanpa kaji dulu.. aku malas dah nak masuk blog tu...
buat fitnah dapat dosa, iyakan fitnah dapat dosa, sebarkan fitnah dapat dosa.
elyana ahmad: semoga sama2 beringat
mra: tu lah, pantang ada je isu, berebut nak cerita. walhal tak tahu kebenaran. bagus mak anda :P
TB: ya, kena siasat dulu terutama yang melibatkan tuduhan kat orang tu
zulfikar: copy paste, ya. kadang2 jadi masalah bila diorang suka2 copy paste entri, kononnya untuk menyebarkan, tapi sebenarnya tak tahu menahu langsung pasal isu tu
betul tu, sebelum menulis kita kena kaji, selidik, belajar dulu agar tak akan terjadi sesuatu yg kurang elok..
GR pon baca blog encik aididmuaddib...
encik aididmuaddib tu kalau nak keluarkan apa2 entri dia slalu tunjukkan segala bukti dulu. siap dengan kira2 lagi kn.
cik kompas: benar. berat jika salah menyampaikan tuduhan.
beliau ada ilmu, jadi beliau mengaplikasikan dengan baik ilmu itu :)
Post a Comment