commercial break

04 August 2011

Ubah Ramadhan Kita

Assalamualaikum w.b.t

Salam ramadhan diucapkan buat semua. Apa kisah anda dan ramadhan pada tahun ini? Mungkin lebih baik dari yang lepas, insyaAllah. Sedar tak sedar hari ini sudah ramadhan ke 4. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ramadhan pada tahun ini. Semoga peluang ini dimanfaatkan oleh kita bersama.

Ramadhan, sebuah bulan yang penuh keberkatan. Pada bulan ini semua amalan yang dilakukan diberi ganjaran berganda, dihadiahkan juga sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan (lailatulqadar), pada bulan ini juga diturunkan Al-Quran untuk kita dan jika pada bulan lainnya kita lemah dan tidak bermaya jika tidak makan pada siang hari tetapi pada bulan ramadhan lain benar rasanya bukan?

Cuba kita renungkan kembali sejarah sikap dan amalan kita semasa bulan ramadhan yang lepas. Adakah kita mengambil peluang untuk menjalankan ibadah? Adakah kita memanfaatkan sepenuhnya hadiah yang dikirmkan kepada kita ini? Jika tidak seperti apa yang dijangkakan, maka seeloknya kita manfaatkan pula peluang yang terus menerus diberi kepada kita kali ini.

Jika sebelum ini kita melakukan pembaziran di bulan ramadhan, dengan membeli juadah yang terlampau banyak untuk berbuka, sehingga kadangkala tidak habis dimakan dan dibuang begitu saja, maka apalah salahnya jika kita buang sikap tersebut. Jika sebelum ini kita tidak mengambil peluang melakukan solat sunat terawih di malam hari, apalah salahnya jika kita cuba untuk menunaikannya semampu yang mungkin. Jika sebelum ini kita tidak membaca Al-Quran setiap malam, apalah salahnya jika kita mengambil peluang membaca sekadar yang termampu.

InsyaAllah, sekiranya dibetulkan niat kita, maka amalan kita akan diterima. Jika diubah sikap kita, nikmatnya pasti lebih terasa. Sesungguhnya ramadhan merupakan bulan keberkatan untuk kita semua, dan boleh juga diibaratkan sebagai bulan hadiah buat kita. Bulan untuk kita mula melakukan perubahan.

Manisnya pasti terasa jika kita berjaya di bulan ramadhan. Dan bahagianya lebih terasa sekiranya kita mampu meneruskan kejayaan itu dalam bulan-bulan seterusnya, insyaAllah. Seperti biasa, pesanan ini juga adalah untuk mengingatkan diri GR sendiri yang juga selalu hanyut dalam kelekaan duniawi. Semoga kita dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.

Sekian, wassalam.

6 comments:

Anonymous said...

amin, semoge dapat melakukan ape yang terbaik.

nasihat yg bagus utk dibaca dan diamalkan.

selamat berpuase gedung. =)

Unknown said...

Ramadhan kali ni aku berkempen untuk mengurangkan attend Buffet Ramadhan..

semoga ketamakan tidak akan menjadikan nafsu raja dan kita hamba.

GR said...

silah: amin, terima kasih. selamat berpuasa juga buat silah :)

zulfikar: semoga berjaya. sama-sama kita mengubah sikap :)

cik kompas said...

sungguh mendalam..

terima kasih atas entri ni..

GR said...

cik kompas: sama-sama, kita cuba untuk buat yang lebih baik :)

cik kompas said...

insyaallah...mari sama2 jadikan Ramadhan kali ini batu loncatan utk kita ke arah yg lebih baik.

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails