commercial break

14 August 2011

Datang dan Pergi

Assalamualaikum.

Aku duduk diam, renung,
Aku duduk diam, fikir,
Aku duduk diam, ingat,

Masa lepasku bagaimana?
Masa lepasku bergunakah?
Masa lepasku berjasakah?

Aku duduk diam, ingat pada Yang Esa,

Dosa, selama ini aku berdosa,
Dosa, entah berapa tak terkira,
Dosa, jika terfikir aku jadi hiba,

Aku duduk diam, cari,

Jalan itu aku temui,
Jalan itu aku tempuhi,
Jalan itu aku tujui,

Aku berjalan ke sana, mereka ketawa,
Aku berjalan ke sana, mereka menghina,
Aku berjalan ke sana, mereka mencela,

Hati aku berbicara,

Ah, mereka tidak mengerti,
Ah, bukan mereka yang mencari,
Ah, bukan mereka yang ingin aku temui,

Aku jalan lagi, mara dan terus mara,
Terdengar bicara satu suara,

Kau mahu berseorangan di sini?
Tiada rakan?
Tiada keluarga?

Kata mereka yang mendampingi,

Pergilah kau, bawa mereka bersama ke mari,
Pergilah kau, mereka memerlukan kau sekali,
Pergilah kau, biarpun mereka tidak mengerti,

Oh, kini aku mengerti,

Walau dicaci,
Walau dimaki,
Walau dikeji,

Bawalah mereka bersama,
Bimbinglah mereka semua,
Jangan kau biarkan mereka sendiri.

Janji aku janji,
Walau perit aku tak akan berhenti,
Dari mencari dan membawa mereka sekali.



3 comments:

cik kompas said...

sungguh mendalam sekali.

untuk mencari agamaNya, jalan yg dituju tak akan mudah untuk dilalui. Cabaran dan ujian mesti ditempuhi, yg paling perit jika org yg terdekat tidak mengerti.

Fairuz Zainal said...

muhasabah. nice :)

GR said...

cik kompas: ya, halangan itu sentiasa ada, tanda ujian untuk kita.

fairuz: terima kasih :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails