commercial break

24 August 2011

Lagenda Ketupat Bahagian 1

Assalamualaikum.

Ketupat. Satu makanan warisan turun temurun yang wajib ada ketika hari raya. Eh? Tak tahulah betul ke tak, hehe. Tapi kalau untuk kampung GR, biasanya memang hidangan wajib kan. Mungkin ada tempat-tempat yang tak sediakan ketupat, tapi digantikan dengan lemang. Ah tak apalah, teruskan saja dengan ketupat, hehe.

Setiap kali menjelang raya, ketupat memang antara hidangan yang akan membuatkan GR bersemangat untuk melantak di pagi raya, hehe. Kalau kat kampung GR, ada 2 jenis ketupat yang akan dihidangkan. 2 ketupat tersebut adalah ketupat lemak dan ketupat tawar. Hah, ada tak antara anda semua yang tahu ketupat lemak? Tak sama dengan ketupat palas, tapi lebih kurang saja dengan ketupat tawar. Ketupat tawar tu kira ketupat biasalah.

Ketupat lemak dibuat biasanya menggunakan pucuk nipah. Hah, tahu tak pokok nipah? Pokok nipah ni ada kat tepi laut saja. Kat tepi rumah pun mungkin ada, tapi dengan syarat rumah tu kat tepi lautlah, hehehe. Laut pun, bukan kat kawasan pantai biasa. Hanya kawasan pantai yang mempunyai pokok bakau. Kalau pantai tanjung bidara atau port dickson tu, jenuhlah nak cari pokok nipah. Tempat orang mandi tak ada tau, jangan cari pulak.

Ok kejap, GR tunjukkan macam mana rupanya pokok nipah tu.

hah, inilah pokok nipah.
Hah, kenal tak? Pernah nampak tak? Kalau nak tahu maklumat mengenai pokok nipah, anda boleh baca di sini. Ok, jadi ini adalah bahan utama bagi membuat ketupat lemak ni. Pucuk pokok nipah yang kita akan ambil, akan digunakan untuk membuat sarung ketupat. Tapi, bukan sebarang pucuk yang boleh diambil. Hanya pucuk yang muda, maksudnya dia belum kembang lagi.

inilah rupa pucuk nipah yang sesuai diambil
Hah, hanya pucuk yang sebegitu saja yang layak diambil untuk digunakan. Mesti hairan kan, macam mana daripada batang yang serupa buluh tu boleh diambil daun? Hah, daunnya harus dikeluarkan dengan menetak batang itu. Mari, tengok lebih dekat.

yang ini ketika sedang ditetak
Hah, kita kena tetak pada batangnya itu, untuk keluarkan daun yang ada. Senang saja kerjanya tu. Tapi jangan pulak tetak bahagian belakang, cuma bahagian depan, yang mempunyai daun saja.


Kalau nak mudah, tetak bagi senget sikit, supaya mudah nak cabut lepas tetak nanti. Ada demo sekali dalam gambar tu, hehe. Selepas tetak tu, maka akan dapatlah hasilnya, daun-daun untuk dibuat sarung ketupat.

ini dia, daun untuk buat ketupat
Ok, dah ada bahan utama nak menganyam sarung ketupat. Jadi, bolehlah diteruskan dengan prosedur itu. Masalahnya, sarung ketupat belum sempat anyam lagi sekarang ni, tak boleh nak cerita, hehe. Sebab kalau nak seronok, biar ada gambar sekali, baru terang dan jelas kan?

Jadi, GR akan ceritakan sambungannya nanti insyaAllah, untuk cara anyam ketupat (sama je sebenarnya macam ketupat biasa), dan kenapa ianya dipanggil ketupat lemak. Untuk yang dah biasa dengar, makan, tengok dan pegang ketupat lemak ni, diam-diam sudahlah, hehe.

Sekian saja, terima kasih sudi baca. Wassalam.

nota kaki kiri: perasaan nak raya tak kuat tahun ni. emm

10 comments:

Unknown said...

"Pokok nipah ni ada kat tepi laut saja. Kat tepi rumah pun mungkin ada, tapi dengan syarat rumah tu kat tepi lautlah" hahahahahahahahhaha lawak

mana leh diam2... bagitau lahh weeiii.. aku tak penah makan tau tak

Anonymous said...

oh ade ketupat lemak dgn tawar erh. selama ni makan ketupat palas je.

sukeee palas. hehe

tetak elok2 tu, jgn tersalah. adehh bahaye2

Shila said...

nanti tunjuk gmbr..

da siap masak, jgn lupa antar kt umah..

time kasih~

kehkehkeh..

Asfan Ash said...

aku try banyak kali tp masih fail utk menganyam...

Fairuz Zainal said...

alololooo rajinnye. calon mak mentua ni. kah3 kbai

GR said...

zulfikar: gelak perlahan sikit weh, haha. nanti, tunggu bahagian 2 nanti. tunggu aku anyam ketupat tu, nanti aku ceritalah, hehe

silah: aah ada. ketupat palas tak buat kat sini, hehe. insyaAllah, dah selamat pun

miss senget: gambar semestinya akan ditunjukkan, hehe. ok buat entri bagitau alamat :P

arc: kau kena cuba dengan hati yang tulus mulus, haha. cuba lagi

fairuz: eh, terima kasih, hahaha. kbai

W.R said...

WR belum pernah rasa ketupat nipah ni...:)

3 pemain Harimau Muda pikat kelab Slovakia

cik kompas said...

ketupat kt tmpat GR tu segi empat ka?

kalu kt belah utara ni, kami wajib ada ketupat segi tiga atau nama lain ketupat palas.

mula2 pelik jugak tgk GR guna daun nipah, tp bila dipikir, mesti ketupa yang segi empat tu, sebab ada anyam2..

kalau ketupat palas, tak de anyam2..simpul2 ngn pusing2 saja.hahaha..

xkn xpernah rasa kot? dulu kn pernah dok perlis..

Anonymous said...

wah2. macy ni anyam ketupat pn bape ketul j dpt. grr huhu

GR said...

WR: nak rasa jemput datang rumah :P

cik kompas: ya, yang segi empat tu. tau ketupat palas, pernah makan dulu, hehe.

macy: tak apa, kira oklah dari tak dapat langsung kan, hehehehe

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails