commercial break

04 January 2011

Perbelanjaan Awal Semester

Assalamualaikum.
Hai, sekarang seperti semua sedia maklum sekarang adalah musim awalan bagi sesi persekolahan untuk pelajar sekolah dan semester baru untuk pelajar IPTA/IPTS.
Bagi pelajar sekolah, tidak ada masalah bagi mereka kerana semua perbelanjaan ditanggung oleh keluarga mereka.

cari-cari jumpa di google

Tapi perkara yang saya ingin tekankan adalah kepada para pelajar IPT yang menerima pinjaman samada dari PTPTN ataupun dari yayasan negeri masing-masing.
Saya melihat perkara ini sebagai satu amalan biasa bagi pelajar-pelajar yang menerima pinjaman, untuk membeli-belah pelbagai barangan samada pakaian ataupun gadget sebaik sahaja menerima wang pinjaman.

Mungkin memang kita agak terkejut dengan jumlah duit yang tiba-tiba bertambah. Masa lihat jumlah duit yang banyak memang agak teruja untuk membeli barang-barang yang sebelum ini tak dapat dibeli.
Jadi, bagi peminat-peminat barang berjenama ataupun gadget mulalah memasang hajat untuk membeli barang-barang yang mereka inginkan.
Saya tak nafikan bahawa saya juga pernah bersikap demikian dan menerima padahnya apabila hujung semester nanti.
Apabila tiba hujung semester, mulalah nak menghubungi ibu bapa atau abang kakak (saya tak ada) untuk meminta duit. 
Sekarang, semenjak saya duduk di rumah sewa, saya sudah boleh mengawal perbelanjaan. Mana taknya, jika dikira duit sewa rumah, perbelanjaan makan dan minyak motor semuanya memerlukan pengawalan. Kalau tak dikawal, silap-silap kena meminjam. Jadi, saya kini lebih menghargai perbelanjaan wang pinjaman saya.

Jadi, pesanan utama saya pada hari ini adalah khusus kepada peminjam-peminjam wang untuk pengajian mereka supaya belajarlah mengawal perbelanjaan anda. Jangan terlampau seronok berbelanja dengan duit pinjaman itu kerana kadangkala kita tak tahu apa yang akan kita perlukan pada masa akan datang nanti. Mungkin kita akan memerlukan duit secara tiba-tiba.

Di bawah ini saya cadangkan tips-tips untuk mengawal perbelanjaan anda:
  1. Asingkan dahulu duit yang perlu untuk perbelanjaan bagi semester tersebut.
  2. Kurangkan membeli barangan yang berjenama di awal semester. Mungkin boleh dibeli ketika cuti semester supaya tidak mengganggu perbelanjaan semasa pengajian.
  3. Selesaikan pembayaran yang perlu dahulu, contohnya membeli buku-buku rujukan 
 Sekian sahaja. Wassalam.

nota kaki kiri: takut nak beli barangan yang mahal. =_= 

5 comments:

Nieza Micha said...

yup.. betul tu... tp biase yg kite tgk.. asal duit pinjaman dah masuk jek, sume pegi shopping.. duit dah abis kang, mule la pinjam org.. member selalu camtu la... tp nieza tak bg pinjam pun... huhu...;p

GR said...

hah, tau takpe. kawan-kawan saya ada juga yang suka beli barang berjenama ni. tapi nak buat macam mana, kita mampu tengok je la. hehe

efa said...

nice tip...janganlah kita boros huhu

Hanim Mahali said...

penjimatan awal semester itu perlu... dah last sem baru la bleh enjoy sikit if de saki baki duit... ^_^

Fur Bites Pet Shop said...

bagus tips nih... sangat setuju.. kita sebagai student ni patut bijak mengawal perbelanjaan.. jangan ingat nak enjoy je..

Cerita Kedai Kopi

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails