Assalamualaikum.
Selamat hujung minggu kepada anda semua. Hari ini GR sedang berehat di rumah kerana keletihan semalam dan juga untuk bersedia menghadapi ujian pada esok hari. Apapun GR bersedia untuk menaip entri baru hari ni. Entri hari ni ada perkaitan antara kita semua dan juga GR sendiri, mengenai kehidupan kita sebagai seorang rakan, ahli keluarga dan seorang kekasih.
Secara umumnya kita memiliki sebuah keluarga, sekumpulan sahabat malah tambahannya ada yang memiliki kekasih. Anda juga memiliki mereka ini juga bukan? Jadi apa yang ingin GR sampaikan kali ini? Mari teruskan dengan perbincangan ini.
sumber google, tak ada kaitan dengan entri |
Hidup bersama keluarga tidak ternilai harganya
Selalukah kita, apabila pulang ke kampung berada di rumah bersama keluarga? Ataupun bagi mereka yang memang tinggal bersama keluarga, selalu menghabiskan masa bersama keluarga sendiri. Kalau dilihat dengan anak-anak masa kini, apabila mereka berada bersama keluarga, jarang dilihat sudi untuk menghabiskan masa bersama. Apabila pulang ke kampung ataupun rumah, masa itu lebih banyak diluangkan untuk bersama rakan-rakan dan juga kenalan mahupun kekasih hati.
Bukan untuk menghalang anda daripada bergaul dengan orang lain, tapi seharusnya kita tahu masa yang mana sepatutnya diluangkan bersama keluarga. Ada anak-anak yang tidak mahu untuk menemani ibu bapa mereka hanya semata-mata untuk keluar bersama rakan-rakan. GR akui, sehingga ke hari ini GR lebih mengutamakan permintaan ayah dan mak GR untuk menemani mereka daripada menuruti ajakan rakan-rakan untuk keluar berhibur. Kadang-kadang GR terpaksa untuk menolak ajakan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu kerana tidak mahu membiarkan emak keseorangan di rumah.
Jaga pergaulan dengan rakan-rakan anda
Walaupun GR menegaskan mengenai masa dengan keluarga, tidak bermaksud GR menolak mentah-mentah untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan. Tidak sama sekali, bahkan GR cuba untuk terus bergaul dengan rakan-rakan GR. Setiap kali pulang ke kampung, GR akan bertemu dengan rakan-rakan di kampung dan berborak malah ada juga melepak bersama mereka. Cuma ada masanya GR perlu untuk menolak ajakan mereka kerana masa yang tidak sesuai.
Satu lagi isu adalah apabila sudah mempunyai ramai rakan. Sebagai contoh antara rakan sekelas dan rakan serumah. Kadang-kadang ada sesetengah orang yang terlalu 'melekat' dengan satu dua rakan sehingga tidak bergaul dengan rakan-rakan lain. Ibaratnya sebegini, anda sudah punyai sekumpulan rakan yang anda selesa sehingga menyebabkan anda langsung tidak berminat untuk mencari rakan baru. Bagi GR, GR cuba untuk menyeimbangkan masa antara rakan-rakan GR. Ada masa yang GR luangkan untuk rakan-rakan serumah dan ada masa yang GR luangkan untuk rakan-rakan sekelas kerana mereka ini semuanya berharga bagi GR =).
Aku hanya nak bersama dengan dia, tiada orang lain
Ini perkara yang selalu berlaku apabila sudah mempunyai kekasih. Sangat sukar untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan terlalu banyak bersama dengan si dia. Ah, GR sangat sukar untuk menerima perkara seperti ini. GR juga agak terganggu apabila melihat orang-orang yang hanya mahu bersama kekasih mereka 24/7. Apabila diajak untuk keluar bersama, ada sahaja alasan seperti tak ada duit, ada kerja. Tapi bila diajak sang kekasih cepat pula bersiap. Untuk mereka-mereka yang seperti ini, anda harus sedar bahawa hidup anda bukan hanya untuk didedikasikan kepada kekasih sahaja. Selain daripada hidup untuk Allah dan agama, anda juga harus hidup untuk diri anda, hidup untuk kawan-kawan dan keluarga.
Mungkin ada yang tidak memahami apa yang GR maksudkan di atas. Maksudnya adalah anda bukan hanya perlu untuk menjaga kepentingan kekasih sahaja, tetapi perlu juga menjaga hati rakan-rakan dan keluarga anda. Mereka ini yang akan membantu anda di saat anda susah nanti. Mereka ini yang akan setia dengan anda saat kekasih anda tidak lagi setia. Bukan tidak boleh untuk meluangkan masa untuk kekasih, tetapi biarlah berpatutan dan tidak perlu melebih-lebih. Ajal, maut, dan jodoh di tangan tuhan bukan?
Akhir kata dari GR, kita harus bijak untuk membahagikan masa bersama dengan orang-orang yang penting dengan kita agar tidak melukakan atau membuat sesiapa merasa cemburu dengan kita. Sebenarnya ada rakan-rakan, keluarga, bahkan kekasih itu sendiri yang cemburu kerana kita tidak membahagikan masa sebaik-baiknya. Benarkah sebegini? Tanya sama hati anda sendiri.
Di bawah ini ada video istimewa untuk anda semua. Tengok dengan hati yang terbuka tanpa memikirkan apa-apa. hehehe.
Sekian untuk entri kali ini, wassalam.
nota kaki kiri: GR sayang semuanya =)
8 comments:
nice one bro..
utamakan keluarga.. hek3..
3Hari 2Malam Lawatan sambil belajar ke Kuching dan KK:Jumpa Blogger Sabah
part yg last tu setuju sekaliiiii sebab ada dlm situasi tu
kecik hati sgt bile kwn sendiri lebih pentingkan bf, hostel tu dh mcm hotel utk dye
lps abes kelas, mlm kuar pastu pagi baru balik utk pergi kls, balik hostel semata-mata utk mandi dan bersiap-siap utk ke kelas
bile kami yg kawan2 dye nie...ajk utk keluar bersama, mkn bersama..mesti xjoin sekali ats alasan bf =.=
*sigh*
kne bahagikan betol. baru hidup aman sentosa. heeeee
kena pandai membahagi masa agar tak ada yang terluka tp dlm masa yg sama harus utamakan keluarga dahulu lps tu baru kengkawan...
syafiq: terima kasih.
zuewairy: itu semestinya.
cik zetty: kan! sangat sakit hati kalau kawan-kawan asyik buat macam tu.
silah: ya, kena bahagikan betul-betul, baru dapat markah penuh. hehehe
pakcik lie: ya, sangat bersetuju dengan itu
=)
hehe. markah penuh? 100 markah? yeaaa A+ di situ~
tapi tak dapat pun, sebab tak tengok jawapan lagi betul ke tidak :P
Post a Comment