Assalamualaikum.
Hai warga Blogger. Hari ni dah masuk 2011.
Tapi saya dah pun terima nasib buruk untuk hari pertama ni.
Mulut sedang sakit, tak lalu nak makan.
Kepala pening, badan sejuk-sejuk rasa nak demam.
Tapi saya tak marah pun, sebab sakit tu pun satu peringatan dari tuhan untuk kita kan.
Hah, satu lagi yang saya agak sedih adalah kerana kemasukan ke universiti telah diubah kepada bulan September dan itu bermakna pengajian saya hanya akan tamat pada tahun hadapan. Wah, sangat sedih ok! Lambat belajar, lambatlah saya boleh mula bekerja nanti.
Eh, dah menyimpang ni. Ok, semalam saya dah selesaikan 3 hutang. Tapi hari ni kena lagi langsaikan hutang.
Terima kasih kepada orang-orang yang membebankan saya dengan hutang-hutang ni. Hehe, saya tak marah pun ok.
Hutang pertama saya dari
Cik Nieza Miecha kita ni hah. Seorang penggemar oreo ok. Kalau nak berkenalan bolehlah singgah kat blog dia.
Tak payah nak jawab-jawab soalan, ambil secara percuma saja. Terima kasih kepada beliau sebab sudi beri anugerah ni kepada saya ya.
Tapi saya nak tag semua penulis blog yang baca entri-entri saya. Hah, saya rasa mereka semua prihatin, sebabnya kalau tak prihatin mereka takkan baca entri saya yang bosan, hehe. Jadi, sudi-sudilah ambil anugerah ini ya.
Ok, hutang kedua saya adalah soalan dari seorang penulis blog. Pangkat kakaklah sebabnya dia lebih tua dari saya. Beliau adalah
Kak Pam. Maaf saya tak tahu nama sebenar kakak, hehe.
Soalannya adalah dalam gambar di bawah.
Soalannya berbunyi:
"Dik, bagaimana kau membahagikan masa dengan blogging dan menjalani kehidupan"
Ok, cara kakak tanya macam saya seorang penulis blog yang terkenal, hehe. Bangga sebentar.
Jawapan untuk kakak:
Sebenarnya saya baru saja aktif menulis blog masa cuti semester saya ni. Sebelum ni saya menulis blog, tetapi tidak aktif sebab saya tak dapat idea untuk menulis dan sibuk dengan pembelajaran saya. Tapi untuk semester baru ini, dalam perancangan saya adalah untuk cuba kekal aktif menulis blog dan membahagikan masa seeloknya. Insyaallah saya akan cuba, tapi buat masa awal semester saya kena berhenti sementara waktu dari menulis entri kerana masalah talian internet. Hah, harap-harap jawapan saya ni cukup untuk kakak, hehe.
Ok, esok saya akan bertolak pulang ke Shah Alam untuk menjalani semester baru. Insyaallah pada awal pagi saya akan mula bertolak menaiki motorsikal. Jadi, doa-doakanlah saya untuk selamat sampai ya.
Ok, cukup rasanya entri pertama untuk tahun 2011 ni.
Insyaallah kalau selesai masalah sambungan internet di rumah sewa nanti, saya akan kembali menulis blog dengan aktif. Jangan rindukan saya ok! Haha, tak mungkin berlaku.
Sekian, wassalam.
nota kaki kiri: Rindu dengan kawan-kawan sekelas, dan AWAK! >.<