commercial break

03 March 2011

Antara lampu isyarat dan manusia

Assalamualaikum kepada para pembaca.

sumber google
Anda semua semestinya kenal objek dalam gambar di atas bukan?
Ya, topik GR pada hari ini adalah mengenai lampu isyarat. Mengapa lampu isyarat?
Sewaktu tengahari tadi dalam perjalanan untuk pulang ke rumah sewa, GR berhadapan dengan masalah kerosakan lampu isyarat di pintu belakang UiTM, Seksyen 7 Shah Alam. Disebabkan kerosakan tersebut, berlaku masalah kesesakan yang sangat teruk. Maaf, GR terlupa untuk mengambil gambar lokasi kejadian.

sumber google
Ok, keadaan di lokasi tidak seteruk seperti gambar di atas, tapi tetap teruk juga.
Berbalik kepada entri, mengapa lampu isyarat ini dicipta?
Tujuannya adalah untuk mengawal lalu-lintas supaya lebih teratur dan tidak berlaku kemalangan.
Jadi, secara amnya tujuannya adalah untuk mengawal para pengguna lalu-lintas untuk memudahkan perjalanan mereka itu sendiri. Malah, lampu isyarat juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk bagi para pengguna jalanraya untuk melancarkan perjalanan dan mengelakkan berlakunya nahas.

Cuba lihat seperti gambar di atas, apabila lampu isyarat itu rosak ataupun tidak dipasang, betapa susahnya untuk para pengguna jalanraya untuk melalui jalan tersebut?
Signifikannya adalah, bagaimana hidup kita jika tiada petunjuk dari Allah S.W.T?
Bolehkah kita hidup dengan aman, teratur dan selesa?
Cuba lihat, baru sahaja lampu isyarat tidak berfungsi sudah kelam-kabut. 
Inikan pula jika hidup kita tidak dikurniakan petunjuk.
Usah disebut huru-hara, malah hidup kita pasti sia-sia jadinya.

Jadi, sama-samalah kita berdoa agar Allah tidak menjauhkan kita dari petunjukNya. 
Berdoa agar Allah tidak melupakan kita. Jika Allah sudah melupakan kita, nescaya hidup kita tiada erti lagi.
Pesanan ini adalah untuk semua terutamanya GR sendiri. Sudah terlampau jauh rasanya diri ini terpesong dari amalan hidup yang sebenar.
Sekian sahaja. Maaf kerana entri ini tidak mempunyai informasi yang lengkap mahupun berilmu untuk semua.

PENGUMUMAN KHAS:
KEPADA SEMUA PESERTA PERTANDINGAN APA ITU KITAR SEMULA, HARAP ANDA BERSABAR DENGAN PROSES PENJURIAN. GR MENGHADAPI MASALAH UNTUK MENGADILI ENTRI ANDA SEMUA. SEDANG BERUSAHA UNTUK MENILAI. MAAF ATAS PROSES PENJURIAN YANG LEWAT.

nota kaki kiri: sedih bila merenung perbuatan diri sendiri setiap hari

7 comments:

@cik_ezati said...

same-same kite dekatkan diri kite dengan Allah SWT, insyaallah :)

shida mj said...

setuju dgn GR, agar sama-samalah kita berdoa agar Allah tidak menjauhkan kita dari petunjukNya.

pawaih said...

xleh la... saya mmg nak sgt hadiah misteri niii!

Anonymous said...

smoge umat Islam sentiase d bwh petunjukNya.

Nieza Micha said...

woahh.. kawasan tu kalau lampu isyarat ok pun dah jamm giler.. ape lg bile lampu isyarat mati... hoho..

deqlis said...

moga kita sentiasa mendapat petunjuk dan berada di jalanyg lurus(benar)..

haha.. x sabar nak menanti keputusan..moga deqlis ada rezeki di contest nie..

GR said...

zati: insyaallah..

kak shida: mari kita sama-sama berdoa ya.

pawaih: hang terkecuali. hehe

silah: amin, semoga termakbul

nieza: tahu takpe, bertambah teruk jadinya.

deqlis: amin. bersabar, proses penjurian masih berjalan. hehehe

=)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails