commercial break

12 March 2011

Seronoknya berkahwin

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ini 12/3/2011 bermulanya cuti sekolah bagi para pelajar sekolah.
Pastinya adik-adik yang bersekolah sangat sukakan tempoh cuti sekolah ini. Bagi yang bernasib baik, ibu bapa akan membawa mereka untuk ke percutian keluarga ataupun pulang ke kampung halaman masing-masing. 
Untuk yang kurang bernasib baik akan duduk sahaja di rumah ataupun hanya meneruskan aktiviti seperti biasa.
Bagi ibu bapa pula, mesti sangat sukar untuk waktu cuti sekolah ini. Salah satu sebab mengapa ianya menjadi sukar adalah kerana undangan majlis perkahwinan yang adakalanya terlampau banyak di kala cuti ini.
GR juga tak terkecuali. Hari ini GR akan membantu di rumah kawan GR yang akan melangsungkan perkahwinannya. Selamat pengantin baru GR ucapkan.

sumber google
 
Apa yang seronoknya majlis perkahwinan di kampung ini? Kalau dulu, semasa GR bersekolah, majlis perkahwinan di kampung masih tidak mengamalkan sistem bufet. Pada masa itu, sistem gotong-royong masih diamalkan. Beberapa hari sebelum majlis bermula, orang kampung akan mula datang untuk membantu menyiapkan bahan-bahan yang hendak digunakan. Malam majlis perkahwinan pula, 'merewang' akan diadakan di mana orang kampung akan datang beramai-ramai untuk membantu memotong bawang, dan bahan-bahan terakhir yang hendak digunakan sambil mereka dijamu makanan. Daging lembu biasanya akan mula dihantar pada malam itu dan digantung serta dilumurkan minyak. Orang-orang muda pula akan berjaga malam untuk menjaga barang-barang daripada dicuri.

Semasa hari majlis berlangsung, orang-orang kampung akan datang pada awal pagi untuk membantu memotong daging lembu yang ada. Sistem hidangan pula tak sama seperti bufet, sewaktu majlis, makanan akan dihidangkan satu-persatu menggunakan dulang. Maknanya, setiap kali tetamu selesai makan, orang yang membawa dulang akan datang untuk mengemaskan meja dan menggantikan makanan dengan set dulang yang baru.
Hah, majlis dengan cara ini memang memenatkan tapi ianya seronok kerana selain melakukan kerja bersama-sama GR juga dapat melihat telatah orang yang bekerja. Bagaimana keadaan kelam-kabut itu, kadangkala mencuit hati. Biasanya akan ada persatuan di kampung yang dipanggil 'kendarat' yang akan diupah untuk membantu. Tapi, kalau tiada mereka pun orang kampung sudah cukup untuk membantu pergerakan majlis. 
Biasalah, sistem gotong-royong sentiasa diamalkan.

Selain daripada gotong-royong, waktu yang cukup ditunggu-tunggu adalah sewaktu mencuci periuk dan pinggan mangkuk. Hah, pada waktu ini pengantin tidak lagi digelar Raja Sehari. Mereka akan turut sama membantu untuk mencuci. Apa yang ditunggu-tunggukan tu?
Semasa mencuci, kami akan bermain arang. Hah, pasangan pengantin akan dilumurkan dengan arang yang serba hitam tu. Sumber adalah daripada periuk dan kuali yang hendak dibasuh itu. 
Kadang-kadang, pengantin tak perasan dengan perancangan yang teliti untuk mengenakan mereka, hehehe.
Apa yang boleh dibuat hanyalah pasrah dengan ketentuan Ilahi, hehehe.
Tapi sebenarnya bukan pengantin saja yang kena. Semua yang mencuci akan terlibat sama. Masing-masing akan pulang dengan muka yang hitam. Lebih menarik kalau ada makcik-makcik yang melatah, macam-macam aksi yang akan timbul nanti.
Tapi, aktiviti ini berbeza bagi setiap tempat. Bukan semua tempat ada aktiviti macam ini. 

Jadi, anda dapat bayangkan tak kemeriahan majlis perkahwinan cara ini? Berbeza dengan orang sekarang yang kebanyakannya menggunakan khidmat catering.
Suasana sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk kampung. 
  Rindu pula rasanya dengan suasana sebegini. Seronok tau kalau ada saudara mara yang akan berkahwin.
Tapi semestinya lebih seronok kalau diri sendiri yang akan berkahwin, hehehe.
Sekian sahaja untuk kali ini, semoga kita bertemu lagi dalam entri seterusnya.
Wassalam.

nota kaki kiri: kahwin bukan perkara yang mudah ok! 


7 comments:

amny said...

aduii..xsuka pegi kenduri kawenn..

ramai orng..!!

huhuhuh..

new entry:
blogspot vs blogpot

amny said...

aduii..xsuka pegi kenduri kawenn..

ramai orng..!!

huhuhuh..

new entry:
blogspot vs blogpot

Ms. Qhayal said...

hang bila nak kawen fit?

Anonymous said...

hehe mjlis kwin dulu beza dgn skg.
lpas kwin mcm2 lg dugaan berumah tgge kne harungi.
err gedung ble plak? heee

@cik_ezati said...

yup meriah kalau ada rewang bagai nie, pasnie dah tak ada lagi dah merase merewang bagai sebab adik-beradik belah ayah & juga mak zati (pangkat makcik pakcik) semuanye dah kawin, tinggal giliran zati je untuk kawin gyhahahah :p

shida mj said...

fitri cepat habiskan belajar tu, nanti boleh cepat kahwin, kahwin nanti jgn lupa jemput, dah lama tak pegi org melaka kahwin..hihi

GR said...

anny: memang ramai, tapi dapat makan nasi minyak sedaplah, hehehe

aren: aku? kena tunggu dululah geng.

silah: hah, tau tak apa. memang tak sama dah. err GR? nantilah dulu, huhu

zeti: ok zeti, saya pun tunggu awak kahwin dulu. haha

kak shida: er, kahwin lambat lagi kot kak. huhuhu

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails