Assalamualaikum.
Hai, apa khabar semua? Sihat ke di hari jumaat ni? Hari ni cuaca sangat baik di Melaka, bagaimana dengan tempat anda semua? Walau apa pun cuaca di tempat anda, harap-harap anda semua sihat hendaknya hari ini.
Hah, hari ini keputusan untuk permohonan IPTA menggunakan sistem UPU telah pun diumumkan. Jadi, bagaimana dengan adik-adik semua? Dah semak ke belum? Kalau belum, anda boleh semak di laman http://upu.mohe.gov.my. Walau apa pun keputusannya, harap adik-adik semua gembiralah. Bagi yang tak dapat tu, jangan bersedih kerana masih ada peluang untuk kemasukan kedua. Kalau tak pun, adik-adik boleh juga sambung pengajian di Politeknik, ILP, IKM dan banyak lagilah. Jangan kecewa ok?
Ok, entri ini khas untuk adik-adik yang pening tak tahu untuk memilih samada IPTA, Matrikulasi ataupun Tingkatan 6 bagi pengajian seterusnya. GR bukannya mahu menasihati adik-adik supaya memilih yang mana antara semua ni, cuma sekadar ingin memberitahu pro dan kontra yang ada bagi setiap pilihan tersebut. Jadi, apa kata adik-adik teruskan bacaan.
NOTA: Pernyataan di bawah adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat GR sendiri. Tidak semestinya betul ok?
Tingkatan 6
sumber google |
Kebaikan sambung di tingkatan 6:
- Pengajian yang singkat, cuma 2 tahun sahaja. Sesudah adik-adik selesai mengambil STPM, adik-adik boleh terus menyambung pengajian di IPT di peringkat ijazah.
- Kos pengajian rasanya tidak tinggi kerana adik-adik masuk ke arena persekolahan semula.
- Tidak perlu risau mengenai pengaruh-pengaruh budaya luar seperti yang terdapat di pusat pengajian tinggi.
- Maksud di atas adalah, tidak perlu risaukan masalah kejutan budaya, sebab adik-adik sekolah semula kan?
- Tiada pinjaman PTPTN, bermaksud, tiada bebanan hutang macam GR ni hah!
Kekurangannya:
- Walaupun pengajian yang singkat, adik-adik tetap akan menyambung ijazah dengan tempoh 4 tahun.
-Bosannya, sebab suasana pembelajaran yang tidak berkembang. Suasana di sekolah adalah berlainan dengan di IPT.
- Kena belajar dalam suasana persekolahan bermaksud, memakai uniform sekolah, terikat dengan peraturan sekolah, dan perhimpunan pagi? Arghhh!
- Adik-adik tidak dapat merasa pengalaman hidup berdikari di tempat orang (bagi yang sambung di sekolah lama, ataupun hanya di dalam negeri sendiri)
- Kurang pengalaman untuk berkomunikasi. Kalau sambung pengajian di IPT, adik-adik akan dilatih untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Komunikasi adalah salah satu kemahiran yang terpenting untuk alam pekerjaan.
Matrikulasi
sumber google |
Kebaikan sambung pengajian di matrikulasi:
- Tempoh pengajian yang singkat, samada 2 tahun ataupun 1 tahun sahaja.
- Perhatian, ini adalah tempat untuk mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk belajar, bermakna persaingan di sini adalah sengit dan membantu adik-adik untuk belajar.
- Adik-adik akan ditempatkan di asrama, yang mana langsung tidak perlu risau mengenai masalah rumah sewa.
- Suasana belajar di luar persekitaran sekolah, mungkin lebih menyeronokkan bagi adik-adik.
- Dapat melatih kemahiran komunikasi dengan orang ramai
Kekurangannya adalah:
- Walaupun suasana pembelajaran yang luar dari persekitaran sekolah, kalau tak silap kelasnya dijadualkan dari 8 pagi hingga 5 petang. Agak memenatkan bagi adik-adik yang seperti GR ni. haha
- Tinggal di asrama, dan kalau tak silap GR juga, proses untuk balik ataupun keluar adalah sama seperti sekolah, perlu meminta kebenaran, huhuhu. (Kalau tak silap ok!)
- Suasana yang penuh dengan persaingan, menyebabkan adik-adik perlu belajar bersungguh-sungguh. Untuk kelulusan dari matrikulasi, sijil yang adik-adik terima tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan, sekadar sebagai batu loncatan untuk sambung pengajian di peringkat ijazah.
- Ini bermakna, adik-adik perlu memastikan tekad adik-adik dengan tepat setelah mengambil keputusan untuk sambung pengajian di matrikulasi, kerana jika keputusan adik-adik tidak memberansangkan nanti, adik-adik akan ditawarkan kursus yang mungkin tidak diminati.
*Untuk masalah belajar bersungguh-sungguh itu, bukan bermakna kalau mahu belajar secara sambil lewa, adik-adik boleh memilih selain daripada matrikulasi, cuma adik-adik perlu tekad dan mungkin akan sedikit tertekan di matrikulasi.
IPTA/IPTS
sumber google |
Kebaikan sambung pengajian di IPT:
- Suasana pembelajaran yang berbeza dengan sistem persekolahan dan lebih santai, malah mungkin menyeronokkan.
- Dapat melatih sistem kemahiran komunikasi dengan baik.
- Pelbagai pengalaman yang akan adik-adik timba di sini, kerana bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi pelbagai aktiviti yang adik-adik akan temui di IPT.
- Adik-adik akan berpeluang untuk merasai kehidupan berlainan budaya (bagi yang terpilih di luar daripada negeri asal).
- Apabila menemui budaya yang pelbagai, adik-adik akan lebih menghargai keluarga adik-adik, malah boleh membuat adik-adik menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab.
- Jadual pembelajaran yang tidak ketat dan padat.
- Hidup seharian tidak terikat dengan apa-apa jadual seperti di asrama, maka anda akan bebas (cuma terikat dengan peraturan universiti, bagi yang menetap di kolej yang disediakan).
Kekurangannya adalah:
- Tempoh pengajian yang lebih lama, 3 tahun bagi diploma.
- Jika tidak pandai menjaga diri, adik-adik mungkin akan terkena kejutan budaya yang memungkinkan adik-adik untuk berubah sikap.
- Pinjaman sangat diperlukan, maka adik-adik akan terbeban dengan hutang (Boleh memohon biasiswa jika keputusan bagi semester awal adalah bagus)
- Suasana pembelajaran yang santai dan tidak padat kadang-kadang boleh melekakan pelajar IPT.
- Perlu pandai membawa diri, kerana di IPT kemahiran untuk mencari inisiatif sendiri adalah penting, dalam mencari ilmu di sini (perlu untuk berdikari).
*Untuk tempoh pengajian yang lama rasanya tidak menjadi masalah, kerana jika adik-adik menyambung pengajian di IPT yang sama bagi peringkat ijazah, adik-adik boleh memohon pengecualian kredit dan boleh mengurangkan semester pengajian di peringkat ijazah.
Ok, selesai sudah apa yang GR ingin sampaikan. Walaupun tidaklah penuh dengan informasi, harap-harap dapat membantu serba-sedikit adik-adik yang ingin membuat keputusan. Pilihan di tangan adik-adik sendiri sebenarnya. Walau ke mana pun adik-adik pergi, jika adik-adik bijak untuk mengawal diri, adik-adik boleh mencapai impian adik-adik. Tetapi semestinya dengan izin Allah S.W.T ok, jangan lupa itu. Sekian sahaja, ini entri yang sangat panjang rasanya. Wassalam.
nota kaki kiri: once you made your decision, you must attach to it and make sure you did what you need to achieve it! =)
9 comments:
semuanyew sma.. ^^
sama ada mahu atau tidak.. masih dlm tujuan yg sama.. menuntut ilmu.. bg ila, kita akan belajar smpy bila.. btol x GR??
boleh gtw tak kejuruteraan metalurgi tu cam mane ?
betul tu, memang tujuan asal semua sama. tapi kadang-kadang ada yang menjadikan perkara sampingan dalam pertimbangan mereka. apa-apapun memang GR dah beritahu, semuanya bergantung pada diri sendiri juga. menuntut ilmu ada dalam pelbagai cara, dan memang akan kekal selagi kita hidup. :)
mottymot: hasil dari carian google, mettalurgi engineering bermaksud kejuruteraan metal atau logam. mungkin untuk mengkaji logam dan sifat-sifatnya?
GR tak pasti, cuba cari di google ya. ataupun boleh buka di sini untuk tahu lebih lanjut:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Metalurgi
btol tu GR.. masing2 dgn pilihan mereka.. ila pown lulusan poly jew.. ila x pndai sgt teori2 niyh.. hik3..
jom masok uia reramai!!
ila: masing-masing punya kelebihan sendiri, cuma perlu diadaptasi dengan baik je. hehe
peep: wah, seronoklah ya pengaruh orang. hehehe
best je bace entry nih. simple tp byk info... hahakss
silah: ye ke? terima kasih. hehe
Post a Comment