commercial break

03 December 2010

saya pernah sedang mereka tidak

Assalamualaikum.
Minyak, gula, gas naik harga lagi!
Sekarang ni, semua orang sedang hangat membicarakan kenaikan harga barang-barang keperluan. Dalam kehangatan perbicaraan mereka, timbul ayat-ayat seperti "itulah, dulu aku dah kata tapi taknak dengar. Undi lagi banyak-banyak, sekarang semua dah naik", "semua barang naik harga, habis kita rakyat kena tindas".

Ok, bukan topik-topik politik yang ingin saya sentuh. Ini bukan bidang kepakaran saya yang boleh saya bicarakan. Cuma ingin berkongsi sepatah dua supaya direnungkan kita bersama.

*pertama
saya pernah merungut, setiap kali barang-barang keperluan naik harga. saya mempersoalkan tindakan pihak bertanggungjawab yang menaikkan harga barang-barang tersebut.
tapi bila difikirkan semula, saya masih lagi bertuah, walaupun harga barang-barang meningkat naik saya masih mampu untuk memiliki dan menggunakan barang-barang tersebut
SEDANG MEREKA TIDAK!

mereka ini samada kenaikan harga barang berlaku atau tidak mereka tetap tidak mampu untuk mendapatkan barang-barang tersebut.

*kedua
saya pernah terfikir mengenai tempat tinggal saya, ketika saya rasa kurang selesa tinggal di rumah yang bukannya kecil, tapi masih tidak cukup ruang untuk saya meletakkan barang yang banyak. saya pernah terfikir untuk menukar rumah saya menjadi lebih besar agar saya berasa lebih selesa. tapi bila difikirkan semula, saya masih sangat bertuah kerana saya mempunyai tempat tinggal yang mampu melindungi saya daripada hujan dan panas, 
SEDANG MEREKA TIDAK

mereka ini berjuang untuk mempertahankan tempat tinggal mereka. dimana keselesaan yang dapat mereka rasai? 

*ketiga
saya pernah merungut apabila makanan yang saya makan tidak sedap atau tidak menepati citarasa saya. kalau nak makan, kenalah sedap bukan! kalau tak sedap mana ada selera nak makan! ini adalah pegangan kebanyakan kita. tapi jika difikirkan semula, kita sangat-sangat bertuah kerana walaupun makanan itu tidak sedap, ianya masih boleh menghilangkan kelaparan kita, masih boleh mendatangkan tenaga.
SEDANG MEREKA TIDAK


lihat saja mereka, adakah anda fikir mereka berkira-kira dengan apa menu mereka setiap hari? sudah tentunya tidak. mereka ini sekiranya menerima makanan yang basi pun sudah dikira sangat bertuah sesama mereka. mereka makan untuk meneruskan kehidupan.

Jadi wahai anda-anda yang sudi membaca entri ini, bersyukurlah kita. Sedang kita merungut mengenai kenaikan harga barang itu dan ini, sedarlah bahawa kita masih lagi bertuah, sangat bertuah.
Sekian dahulu entri kali ini. Wassalam. 

p/s: seratus peratus bebas dari unsur politik!

4 comments:

Syafiq Rosli said...

weh nek basikal je la..haha

blurryhanis said...

like this entry..bermakna

anamizu said...

seratus peratus bebas politik..hik3~~

GR said...

syafiq: basikal dah lama rosak. haha
hanis: alhamdulillah, terima kasih. hee
anamizu: yakin, 100% :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails